20 March 2013

Kicen Hati

Assalamualaikum =)

Saya dah lama tak buat kicen.
Pada saya yang tak berapa mahir nak buat laju-laju ni, saya rasa nak buat kicen mengambil masa yang agak lama juga (agaknya lah) ataupun cara saya yang lain membuatkan proses menyiapkan jadi lambat.
Jadi saya dah tak ambil order kicen gemuk-gemuk ni lagi. =)

Minggu lepas ada customer order 2 biji kicen bentuk love.
Satu lagi untuk bf nye la kot. heh... (alaa pangkat adik-adik aje customer ni)
Sebab dah lama tak buat, jadi teringinlah pulak.
Lagipun 2 biji je, bolehlah.







Saya buat saiz besar. 
Nak jahit huruf tu, adoii la kena test kat kain lain dulu.
Test kat kain lain, buruk betul. Dalam hati, macam manalah saya nak buat ni sebab dah siap-siap gunting semua bentuk love tu.(budget boleh jahit cantik)

Sebenarnya kain lain yang saya maksudkan tu ialah bentuk love dah siap potong.huhu
Bila tengok buruk je, saya relax kejap. Baring-baring sambil fikir. Pastu try potong felt color hitam membentuk huruf kecik-kecik. Ahh dah kaku pulak nak potong kecik-kecik ni. Jalan akhir kena jahit jugak.

Potong lagi kain jadi bentuk love dan terus jahit. Ehhh macam cantiklah pulak (perasan!)
Kira oklah tu. heh...Asal jelas namanya. (sesuka je kan?)
Alhamdulillah, empunya diri pun kata cantik. Kira dah syukur sangatlah.

Sebelum ni saya pernah dapat order keychain beratus-ratus biji tapi saya terpaksa tolak. huuu...
Dia bagi seminggu je untuk siapkan. Sila bayangkan. @-@


Sekian.

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^