13 March 2013

Mini Bantal Tema Ungu

Assalamualaikum =)

Lagi order mini bantal.
Kebiasaannya kalau customer order, diorang tak kisah color apa.
Haii saya pun pening, kalau ikutkan hati semua saya buat color pink.heh...
Tapi nak kena tanya dulu, bantal ni untuk lelaki atau perempuan.
Kalau lelaki tak payahlah letak color pink, segan pulak orang lelaki karang.

Kali ni saya try buat color purple.
Asyik pink je..
Purple pun sweet color jugak kan.



Kalau nak request color pun boleh, takde masalah. =)

Haaa nak cerita sikit...sejak akhir-akhir ni saya dah terjatuh hati baca novel online. Tapi tu lah, tak semua habis. Kalau nak cerita habis kena baca cerpen la jawabnya.
Masa awal-awal baca, saya fikir taknak baca banyak-banyak novel nanti tak ingat jalan cerita bila tiap kali writer update. Tapi bila dah seminggu lambat pulak writer update, kenalah cari novel lain. Sekarang ni dalam otak saya dah tonggang terbalik, ada yang watak A dalam novel A, aku masukkan dalam novel B..huhu..pasni kalau baca sambungan novel tu, kene ulangkajilah.huhu.

Kelebihan baca novel secara online walaupun novel tu tak habis sebab telah dibukukan ialah, kita dapat pilih novel yang betul-betul berkualiti untuk dibeli. Saya dah banyak kali tertipu dengan sinopsis. Sinopsis memang best giler tapi bila baca isi, sampai tahap saya selak-selak je. Huwarghhh!!!


Keburukan saya bila baca novel, saya akan jadi orang yang sangat kuat berangan sebab terlalu suka dengan watak hero dalam tu. Mulalah gatal membayangkan diri jadi heroin, terbawak-bawak sampai dunia realiti. Sampai lupa laki ada sebelah. hahaha..

Sekian.

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^