22 April 2013

Semuanya Tentang Foam

Assalamualaikum =)

Meh tengok apa saya update hari ni.

Foam Sheet color baru.
Pek lama yang baru-baru ni saya update dah habis.
So tukar color baru.


Foam sticker. Ada bentuk bunga-bunga dan nombor.


Yang terakhir, Mini Foam DIY Pack.
Minggu lepas saya plan nak dapatkan pek keychain nama dari foam tapi apa yang saya dapat tidak seperti yang saya harapkan. Jadi untuk tidak menghampakan diri saya sendiri, saya buat pek ini. huhu.
Rasa lebih berbaloi.

Apa yang korang boleh buat dengan foam ni, sebenarnya macam-macam. Sama je seperti felt.
Try la google. Kat bawah ni satu contoh yang saya buat dari DIY pack yang saya keluarkan.

Heee....

Jom-jom order sebelum habis. Ada sikit je stoknya.
Boleh buat aktiviti dengan anak-anak, adik-adik, anak-anak buah, untuk diri sendiri pun boleh.
Asal kreatif, macam-macam boleh jadi.


Untuk maklumat lanjut. Sila lah jenguk ke e-store saya ye.
Sekian. =)

17 April 2013

Mini Bantal Versi Merah Mak Ngah & Kicen

Assalamualaikum =)

Malas nak taip banyak-banyak >.<
Meh tengok gambar aje.











Sekian.

16 April 2013

Si Kemboja & Si Bulat Bersama-sama Si Rama-rama

Assalamualaikum =)

Takde idea nak tulis tajuk. huhu
Order borong.

Mari kita lihat dengan lebih dekat.
Benda yang sama, rugi je space gambar. kih3
Tak kira, nak letak jugak.

Pin Bunga Bulat

Pin Bunga Kemboja

Pin Rama-rama

Ok, sebelum mengakhiri entry ni saya nak cakap tentang lagu mengundi.
Perasan tak lepas pembubaran parlimen baru-baru ni, keluar lagu "Jom Kita Mengundi". Mungkin ni tajuk dia jugak kot, tak pasti.

Tiap kali dengar lagu ni saya jadi stress, "tak sedap okeh". Haa...jahat tak?
Pagi-pagi lepas solat subuh masa nak dengar tazkirah pagi-pagi dah dengar lagu ni.
Saya ni jenis, perkara pertama yang saya dengar pagi-pagi akan terbawa-bawa sampai malam. Asyik terngiang-ngiang jela.
Saya tak tau kenapa saya tak suka lagu ni, bila nampak je lagu ni nak mula terus saya alih channel ataupun off terus. Bukan niat nak menghina pun cuma telinga saya ni tak boleh terima.kihkihkih...

Sekian.

15 April 2013

Foam Sheet

Assalamualaikum =)

Wahh seminggu saya rehat.
Konon rehat tapi buat kerja jugak. huhu.
Kesihatan saya agak terganggu seminggu dua ni sejak saya demam hari tu.
Kenapa ntah?
Kadang-kadang fikir "Ada baby ke?" hihi..kalau ada, Alhamdulillah.
Suami pun asyik-asyik pegang perut cakap ada baby. huhuhu.
Sebenarnya memang feveret part dia pegang perut..ntah pape kan. kikiki (sssyuutttssss...)

Disebabkan minggu lepas minggu paling bizi buat suami saya, selalu je dia balik malam.
Saya pun asyik tak sihat je jadi mak ayah saya pun bawak pegi klinik untuk cek satu kes ni.huhu
Kelakor + malu jugaklah kalau nak cerita tapi harapan saya semoga saya cepat sembuh dari 'benda' tu.
Kata doktor, ianya takkan hilang. Tapi akan baik, dan akan datang lagi nanti. huhu..Seram saya dengar.
Tapi mak saya kata, "Setiap penyakit ada ubatnya". Betul tu.

Oklah stop sampai situ. hee
Hari ni saya dapat potong 3 set foam sheet saja.
Dah masuk kedai. Harga RM10 saja untuk 10keping/set.
Esok-esok sambung lagi memotong kalau larat.


Kegunaan foam sheet?
Pada saya sama je macam felt atau pvc. Masalah saya, saya suka beli barang-barang kraf tapi tak buat-buat.
Jadi takde contohlah nak tunjuk produk guna foam. Korang google je la untuk tengok ek. =D

Dua tiga hari lepas, saya baru sign up Instagram.
Cehh mentang-mentang dah ada instagram, rajin konon nak upload gambar.
Mehla follow saya ye "inspiredesign2u".

Sekian.

06 April 2013

Aktiviti : Bunga-bunga

Assalamualaikum =)

Badan masih tak sihat lagi ni tapi cuba jugak nak buat kerja.


Dari pukul 9 pagi sampai pukul 12 tengahari ni, baru dapat 3 kuntum.huhu..
Badan dah berpeluh-peluh ni, harap-harap esok dah sihat sepenuhnya.

Agak-agak saya nak buat apa ye bunga ni?
First time nak buat, kalau tak kerana ada orang tempah saya tak buat kot.hihi...
Nak buat ni pun nanti, kena mintak tolong bonda la jawabnya.huhu

Sekian.

05 April 2013

Pengumuman

Assalamualaikum

Hari ni saya tak dapat nak pos barang.
Semalam dekat page saya ada bagitau nak ambil item pre order untuk yang dah bayar
tapi nampaknya tak dapat jugak.

Awal pagi tadi dalam pukul 4 lebih saya bangun ke bilik air.
Baru perasan saya demam. huhuhu

Ni pun tak kebah lagi.

Lagi satu nak bagitau, saya tutup tempahan peribadi contohnya macam bantal ke atau item yang kena buat dulu. Yang lain masih on.


Sekian.

03 April 2013

Pre Order Keychain Ring 1000pcs

Assalamualaikum =)

Hari ni saya buka pre order untuk keychain ring pulak.
Sape-sape yang berminat boleh emel atau pm saya di fb untuk mengetahui harganya ye.


Untuk pre order ni, bayaran penuh diperlukan.

Sekian.

02 April 2013

Pre Order Pin Brooch 1000pcs

Assalamualaikum =)

Hari ni saya nak buka pre order untuk pin / brooch secara wholesale (1000pcs)

Pre order ni tidak mengambil masa yang lama pun, insyaAllah selagi stoknya ada.
Untuk pertama kali ni, saya keluarkan dua saiz sahaja.




Wholesale macam ni belum tentu ada lagi di masa akan datang. heee..
Jadi cepat-cepat order kalau nak ye.
Saya tawarkan harga tanpa caj pos kecuali Sabah dan Sarawak sahaja perlu tambah RM3.

Jika berminat, boleh emel atau inbox di FB untuk mengetahui harga.

Sekian.

01 April 2013

Si Sepit & Si Cekak

Assalamualaikum =)

Tak tau kenapa pagi ni mata ni ngantuk sangat.
Susah nak buat kerja ngantuk-ngantuk ni kan.
Tak sure terlebih tidur ke terkurang tidur.hihi


Gambar ni adalah tempahan dari kawan sekolah dulu.

Ok, saya nak cerita tentang rumah saya (ehh bukan rumah saya, rumah mak ayah saya..kui3) yang telah dimasuki perompak malam ahad kelmarin.

Kejadian berlaku lebih kurang jam 3.15 pagi. Saya baru tidur 2 jam.
Macam biasa ayah atau mak saya akan bangun malam. Masa ayah saya bangun lebih kurang 2.30 pagi, dah dengar bunyi "kesek-kesek" tapi kejap je. Lepas tu ayah saya masuk tidur balik. Biasanya pintu bilik mak ayah saya ni tak tutup dengan rapat, maksudnya tak tutup habis. Masih nampak sikit-sikit cahaya dari luar.

Tiba-tiba ayah saya terdengar pintu bilik ditolak, engsel pintu nya memang berbunyi. "Krekkkk" .
Ayah saya raba sebelah nak pastikan mak saya ada ke tidak. "Ehh, ada!". "Ni bukan orang tempatan ni" ayah saya cakap dalam hati. hihi. Lebih kurang gini lah. Ayah saya terus jerit "Heyy, perompak, perompak, perompak". Saya terdengar ayah saya sebut "hey" je saya dah bangun. Gegar suami, susah betul dia nak bangun.

Time ayah saya sedar tu bukan orang dalam rumah, ayah saya dah bangun sambil jerit dan nak terpa perompak tu. Sebelah tangan nak capai perompak, sebelah tangan lagi capai buluh tumpat. Dapat juga ayah saya tarik baju dia dan ketuk kat tengkuk dia pakai buluh tumpat. Si perompak ni pulak dah suluh ayah saya dengan torchlight. Dan ayah saya pun mengejarlah sehingga ke luar rumah sambil jerit perompak, perompak. Pastu hilang.

Dia masuk ikut pintu belakang. Lepas dah tak dapat dikejar tu, mak dan saya pun tengokla ke dapur paling belakang sekali tempat si perompak ni masuk. Okeh, kat situ dah siap tersusun beg kerja ayah saya. Ada dua beg. Mak saya tunjuk, "tengok ni, dia dah siap susun". Pastu bakul-bakul besar tempat mak saya isi bekas-bekas plastik pun dah tersusun cantik kat dapur tu (almaklum kabinet semua dah tak muat..huhu). Sebelum tu memang bakul tu duduknya di belakang pintu, ada tiga bakul semuanya. Pintu yang ni memang jarang bukak. Siap ada dulang besi bersandar kat pintu, entah macam mana dia alihkan dulang tu sampai tak dengar bunyi pun. Dulang tu dia baling kat rumah jiran sebelah.
haa..bakul macam ni tapi saiz paling besar

Alhamdulillah takda apa yang hilang. Dia baru masuk agaknya dan baru survey kat ruang tempat kerja ayah dan suami saya. Memang ayah saya letak beg kerja dia kat situ. Ayah saya siap gelak, sebab dalam beg tu bukan ada duit pun. hihihi. Sape nak letak duit bersepah-sepah. Kalau orang kaya tu lainlah, ehh orang kaya pun simpan dalam peti duit tau. huhu.

Pagi tu, bila sembang dengan jiran sebelah. Rupanya dia cuba masuk rumah sebelah dulu, bila tak boleh dia pindah sebelah. Cehh, Jahat! Kalau kes macam ni, selalu aje nak kaitkan dengan pendatang asing. Sebab kat kawasan rumah saya ni memang ramai je kaum diorang-diorang tu.

Ok, saya nak cakap pasal buluh tumpat. Kalau korang jumpa buluh ni dijual di mana-mana, belilah satu. Kat Langkawi ada. Sebab buluh ni kalau pukul binatang, binatang pun boleh lumpuh. Pukul orang pulak, kalau tak pengsan, mungkin boleh lumpuh. Wallahualam. Tak tau lah apa jadi dengan perompak tu lepas ayah saya dah ketuk dengan buluh.

Sekian.

Jom LIKE Page Inspire Design ^^