15 April 2013

Foam Sheet

Assalamualaikum =)

Wahh seminggu saya rehat.
Konon rehat tapi buat kerja jugak. huhu.
Kesihatan saya agak terganggu seminggu dua ni sejak saya demam hari tu.
Kenapa ntah?
Kadang-kadang fikir "Ada baby ke?" hihi..kalau ada, Alhamdulillah.
Suami pun asyik-asyik pegang perut cakap ada baby. huhuhu.
Sebenarnya memang feveret part dia pegang perut..ntah pape kan. kikiki (sssyuutttssss...)

Disebabkan minggu lepas minggu paling bizi buat suami saya, selalu je dia balik malam.
Saya pun asyik tak sihat je jadi mak ayah saya pun bawak pegi klinik untuk cek satu kes ni.huhu
Kelakor + malu jugaklah kalau nak cerita tapi harapan saya semoga saya cepat sembuh dari 'benda' tu.
Kata doktor, ianya takkan hilang. Tapi akan baik, dan akan datang lagi nanti. huhu..Seram saya dengar.
Tapi mak saya kata, "Setiap penyakit ada ubatnya". Betul tu.

Oklah stop sampai situ. hee
Hari ni saya dapat potong 3 set foam sheet saja.
Dah masuk kedai. Harga RM10 saja untuk 10keping/set.
Esok-esok sambung lagi memotong kalau larat.


Kegunaan foam sheet?
Pada saya sama je macam felt atau pvc. Masalah saya, saya suka beli barang-barang kraf tapi tak buat-buat.
Jadi takde contohlah nak tunjuk produk guna foam. Korang google je la untuk tengok ek. =D

Dua tiga hari lepas, saya baru sign up Instagram.
Cehh mentang-mentang dah ada instagram, rajin konon nak upload gambar.
Mehla follow saya ye "inspiredesign2u".

Sekian.

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^