01 April 2013

Si Sepit & Si Cekak

Assalamualaikum =)

Tak tau kenapa pagi ni mata ni ngantuk sangat.
Susah nak buat kerja ngantuk-ngantuk ni kan.
Tak sure terlebih tidur ke terkurang tidur.hihi


Gambar ni adalah tempahan dari kawan sekolah dulu.

Ok, saya nak cerita tentang rumah saya (ehh bukan rumah saya, rumah mak ayah saya..kui3) yang telah dimasuki perompak malam ahad kelmarin.

Kejadian berlaku lebih kurang jam 3.15 pagi. Saya baru tidur 2 jam.
Macam biasa ayah atau mak saya akan bangun malam. Masa ayah saya bangun lebih kurang 2.30 pagi, dah dengar bunyi "kesek-kesek" tapi kejap je. Lepas tu ayah saya masuk tidur balik. Biasanya pintu bilik mak ayah saya ni tak tutup dengan rapat, maksudnya tak tutup habis. Masih nampak sikit-sikit cahaya dari luar.

Tiba-tiba ayah saya terdengar pintu bilik ditolak, engsel pintu nya memang berbunyi. "Krekkkk" .
Ayah saya raba sebelah nak pastikan mak saya ada ke tidak. "Ehh, ada!". "Ni bukan orang tempatan ni" ayah saya cakap dalam hati. hihi. Lebih kurang gini lah. Ayah saya terus jerit "Heyy, perompak, perompak, perompak". Saya terdengar ayah saya sebut "hey" je saya dah bangun. Gegar suami, susah betul dia nak bangun.

Time ayah saya sedar tu bukan orang dalam rumah, ayah saya dah bangun sambil jerit dan nak terpa perompak tu. Sebelah tangan nak capai perompak, sebelah tangan lagi capai buluh tumpat. Dapat juga ayah saya tarik baju dia dan ketuk kat tengkuk dia pakai buluh tumpat. Si perompak ni pulak dah suluh ayah saya dengan torchlight. Dan ayah saya pun mengejarlah sehingga ke luar rumah sambil jerit perompak, perompak. Pastu hilang.

Dia masuk ikut pintu belakang. Lepas dah tak dapat dikejar tu, mak dan saya pun tengokla ke dapur paling belakang sekali tempat si perompak ni masuk. Okeh, kat situ dah siap tersusun beg kerja ayah saya. Ada dua beg. Mak saya tunjuk, "tengok ni, dia dah siap susun". Pastu bakul-bakul besar tempat mak saya isi bekas-bekas plastik pun dah tersusun cantik kat dapur tu (almaklum kabinet semua dah tak muat..huhu). Sebelum tu memang bakul tu duduknya di belakang pintu, ada tiga bakul semuanya. Pintu yang ni memang jarang bukak. Siap ada dulang besi bersandar kat pintu, entah macam mana dia alihkan dulang tu sampai tak dengar bunyi pun. Dulang tu dia baling kat rumah jiran sebelah.
haa..bakul macam ni tapi saiz paling besar

Alhamdulillah takda apa yang hilang. Dia baru masuk agaknya dan baru survey kat ruang tempat kerja ayah dan suami saya. Memang ayah saya letak beg kerja dia kat situ. Ayah saya siap gelak, sebab dalam beg tu bukan ada duit pun. hihihi. Sape nak letak duit bersepah-sepah. Kalau orang kaya tu lainlah, ehh orang kaya pun simpan dalam peti duit tau. huhu.

Pagi tu, bila sembang dengan jiran sebelah. Rupanya dia cuba masuk rumah sebelah dulu, bila tak boleh dia pindah sebelah. Cehh, Jahat! Kalau kes macam ni, selalu aje nak kaitkan dengan pendatang asing. Sebab kat kawasan rumah saya ni memang ramai je kaum diorang-diorang tu.

Ok, saya nak cakap pasal buluh tumpat. Kalau korang jumpa buluh ni dijual di mana-mana, belilah satu. Kat Langkawi ada. Sebab buluh ni kalau pukul binatang, binatang pun boleh lumpuh. Pukul orang pulak, kalau tak pengsan, mungkin boleh lumpuh. Wallahualam. Tak tau lah apa jadi dengan perompak tu lepas ayah saya dah ketuk dengan buluh.

Sekian.

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^