03 May 2013

Update Ringkas Nak Cuti =D

Assalamualaikum =)

Kali ni paling lama saya tak update blog..huhu
Sejak dua menjak ni, memang badan tak berapa sihat.
Hari tu pun saya ada update saya demam.
Lepas tu berlarutan, asyik tak sihat je. Pelik tambah risau.

Bila saya dah ok, asben pulak demam.
Asben dah ok, balik pada saya pulak.
Saya tak tau kenapa jadi macam tu, tapi bila hari tu kebetulan saya belum datang bulan.
Sajalah gatal buat urine test...nak tau apa resultnya???
v
v
v
v
hehehe...
Alhamdulillah, saya dah pregnant. Setelah 2 tahun lebih menunggu.
Bila ditunggu, takde. Bila tak ditunggu, rezeki datang. Syukur sangat-sangat.
Patutlah badan saya lain macam je.
Bila dah tau berita ni, bukan saya je excited. Dengan kakak-kakak saya sekali. hihi...
Maklum dah lama tak keluar baby dalam family saya ni. =D

Memang rezeki anak ni mencurah-curah sampai saya terkejut & tak menang tangan.
Hari-hari banyak je order yang masuk terutama bahan kraf sebab saya kurangkan buat order custom made macam bantal. Hari tu masa asyik tak sihat tu, lambat betul saya buat keje.
Mana taknya, baru nak duduk terasa dari dada macam nak muntah. Tapi setakat ni saya takde mabuk-mabuk lagi. Cuma takleh bau sesetengah benda & masakan je & saya tak boleh makan nasi. Dah buntu dah ni nak makan apa.

Nak buat kerja tu memang tak boleh lama-lama dah.
Nasib baik asben memahami, dia je yang buat semua.

Saya ingat nak cuti seminggu dua, nak setelkan pending order.
Sambil tu saya nak sediakan stok untuk jualan sebelum bulan puasa khas untuk mereka yang nak berniaga ketika bulan ramadhan. Tapi takdelah banyak stoknya. InsyaAllah cuba sedaya upaya yang boleh, mudah-mudahan dipermudahkan sebab saya ambil pembantu. huhu...

Update untuk produk bulan puasa mungkin 2 hingga 3 minggu sebelum start puasa. Jadi korang boleh prepare untuk jualan masa bulan ramadhan. Tak kisahlah untuk bazar ke apa ke. =)

Haa...lagi satu, sebenanrnya saya dah siapkan item khas sempena Hari Guru. Pastu ada banyak lagi benda-benda baru saya dah buat. Tapi terpaksalah saya tangguh dan tak update langsung sebab bimbang tak mampu nak siapkan buat masa ni. Sedih kan? Takpe, kalau dah rezeki tak kemana & rezeki buat crafter lain.

Ok, yang ni khas untuk mereka yang belum pernah beli dengan saya.
Untuk pengetahuan korang, saya hanya akan pos barang sekiranya telah mendapat bayaran penuh.
Kalau ada baki, saya akan refund sama ada melalui parcel atau transfer ke bank terpilih.
Saya tidak menggunakan konsep bayar separuh, lepas tu tunggu barang sampai dan baru korang setelkan bayaran.
Setakat ni saya tak pernah jumpa lagi online shop buat term macam ni.

Emmm...apa lagi ye?
Cukuplah sampai sini. =D
Boring pulak karang baca panjang-panjang.

Ok, sebelum tu saya mintak maaf sekiranya saya reply terlalu lambat.
Apa pun saya cuba yang terbaik k. ;)

Sekian.

Jom LIKE Page Inspire Design ^^