24 July 2013

Mini Pek Permulaan Felt

Assalamualaikum =)

Semalam petang sebelum start masak saya dah taip dah satu entry, tiba-tiba line internet terputus.
Ohhh penat saya menaip, tak dapat diselamatkan. Lepas tu terus malas. huhu..

Ok, semalam keje saya dari lepas subuh membawa ke petang adalah menyediakan Mini Pek Permulaan Felt. Nak kata rajin tu takdelah sangat sambil-sambil fikir cemane nak kemas bilik yang dah hampir penuh dengan barang-barang saya. Mulalah fikir nak beli almarilah, box la..Dah bersepah-sepah..haii laa...


Sesuai untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia felt.
Kalau cikgu-cikgu atau ibu bapa yang nak beri aktiviti untuk anak-anak pun boleh jugak sebab harganya sangatlah murah. Dah nama pun mini kan =)

Untuk order boleh ke www.inspiredesign.com.my yep!

Mekaseh.

18 July 2013

Edisi Sentap Malam Jumaat

Assalamualaikum =)

Dah lama saya tak update blog waktu malam.
Sejak bape bulan yang lepas, saya ada jadi agen kepada beberapa online seller.
Ataupun nak senang paham, DROPSHIP.

Kiranya kesimpulan awal saya nak bagitau, nasib saya kurang baik dengan owner salah satu produk yang saya jual.

Saya bukan nak nasihat sebab saya sendiri pun kadang-kadang terlepas pandang dengan kekurangan servis kita dengan pelanggan tapi apa yang saya boleh ingatkan, KALAU TAK RETI NAK BUAT DROPSHIP, TAK PAYAH GATAL NAK BUAT. huhuhu...

KALAU TAK DE MASA NAK LAYAN AGEN, TAK PAYAH BUAT DROPSHIP.

Haaa...kau, saya betul-betul emosi malam Jumaat ni.
Apa yang berlaku pada saya?
Haa meh tengok.

1. Owner hanya beri barang yang tak laku untuk agen jual
2. Owner mendahulukan pelanggannya sehinggalah stok habis, barulah tengok order dari agen. Jadi, bila dia reply order dari agen. Semua SOLD OUT.
3. Owner mengambil masa lebih 24jam untuk reply pertanyaan dari agen sedangkan dalam term, dia minta kita tanya stok terlebih dahulu sebelum ambil duit.
4. Owner kerap kali buat silap dengan availablity stock. Kejap ada, kejap sold out. Kesannya buat customer kepada agen kurang percaya lagi.
5. Owner tidak menggunakan konsep win win situation sebab apabila penghantaran dibuat, label dan details owner semua terpampang kat parcel. Ini dah dikira mencuri customer dari agen. Dapat detected daripada cara owner ambil details customer. Maklumat yang tak perlu juga diminta. Tak mustahil owner akan ambil maklumat customer daripada agen untuk customer terus membeli dengan mereka.

Saya dah pernah beberapa kali buat dropship dengan beberapa online seller. Kalau yang bagus tu, bagussss sangat-sangat. Tapi kalau sebaliknya, memang hampeh. Masalahnya yang bagus tu, tak kena kan fees pun. Yang tak bagus tu, ada jugak kena bayar. Setakat ni, dah 3 kali saya dapat online seller yang bad services.

Saya buat dropship, salah satu sebab mestilah nak tambah income kan. Sebab lain, saya nak FB PAGE saya sentiasa update dengan barang-barang. Kalau nak harap kraf saya ni, asyik barang yang sama jela melainkan sesekali je ada barang baru. Saya tak pandai nak update status setiap masa. Jadi saya lebih suka update barang je kat FB. Kalau kat blog lainlah..uhuhuhu.

Kawan saya pun pernah juga ada problem dengan owner dropship. Terus dia cabut lari. Bukannya kita takde sale. Kadang-kadang sale mencanak-canak tapi owner boleh buat sambil lewa.

Jadi, pada korang-korang yang dropship tu carilah owner yang betul-betul boleh beri servis yang baik. Kalau tak, cabut lari jek. Nak buat dropship ni kena ada satu sistem yang efisyen. Bukan nya, orang buat dropship kita pun nak buat jugak. Last, dropshippe yang makan hati tau. Boleh giler jadinya..huhuhuhu..

Ya Allah sabarkanlah hati ku di dalam bulan penuh berkah ini. AMIN...

Mekaseh kerana sudi baca. =D

16 July 2013

Sakura Brooch versi Felt

Assalamualaikum =)

Dulu saya ada buat sakura brooch jugak tapi guna reben.
Peh tu, ni felt pulak.
Otak ni jem, tak boleh pikir nak letak nama apa dah. huhu

Semalam tak tido disebabkan ayahanda tiba-tiba sesak nafas.
Dua kali hantar ke hospital dalam masa satu malam, doktor cek semua takde pape masalah lagi pulak ayahanda saya takde asma pun. Doktor suruh cari alternatif kedua, mana tau ada gangguan.

Bila dibawa jumpa seorang ustaz kat satu pesantren (madrasah), rupa-rupanya memang ada.
Dah dibuang, bila balik menjadi lagi sesak nafas tu. Seolah-olah ada benda mencekik kat leher. Nak nafas tak boleh, macam angin tersekat dalam badan.

Lepas tu, panggil jiran yang memang buat perubatan islam. Dekat 3 jam cari punca, alhamdulillah ada keluar seketul benda putih dari tekak. Dalam masa sejam dua, jadi lagi. Jiran saya datang lagi untuk follow up semula. Dan malam tadi nampaknya dah ok sikit ayahanda saya. Memang "degil" la benda tu nak keluar.

Gini lah risiko kalau kerja berdepan dengan orang ramai. Orang nak sampaikan ilmu agama pun, ada saje yang tak suka. Mudah-mudahan ujian ni ada ganjaran yang besar untuk ayah saya. Dulu pernah jugak ada gangguan tapi ni la rasanya paling teruk. Tak tau nak fikir siapa sebab ayah saya ni kerja masuk banyak kampung, taman, felda untuk DUN kawasan ayah saya kerja. Terlalu ramai. Kalaulah benar ada yang mendengki, biarlah orang tu terima balasan daripada Allah je.

Kesian tengok ayahanda. Sedih saya. Dahlah bulan puasa. ='(


Ok, untuk order Sakura Brooch. Boleh ke web ye www.inspiredesign.com.my

Mekaseh ;)

11 July 2013

Lagi-lagi Brooch...

Assalamualaikum =)

Hari ni saya update Najwa Brooch pulak.
Belasah jela apa-apa nama.
Amik nama anak buah..huhu

Paling simple dan paling murah..uhuhu
Untuk order boleh ke www.inspiredesign.com.my ok.

Mekaseh & selamat berpuasa.

09 July 2013

Shopping Cart Inspire Design...Jom Shopping!

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah, saya dah masukkan sedikit demi sedikit bahan kraf kat website.
Lepas ni boleh order dah.


Proses pemindahan dari blog e-store ke website masing berlangsung. cewahh..hee
Tak dapat nak masukkan semua dalam sehari. Muakkk tau!
Hari ni baru masukkan sikit dah rasa muak..kena relax kejap.

Baru balik check up kat klinik terus online sebab taknak bagi mata ni tidur.
Berat saya naik sekilo dalam masa 3 minggu. Dah kena pergi klinik 3 hari berturut-turut. Redha jela...
Padahal hari tu berat dah turun. Ni naik sekilo, kecoh lebih..hahaha.

Esok, kita dah mula berpuasa.
Jadi saya ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa.
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik berbanding yang lepas.

Mekaseh. ;)

06 July 2013

Close Up Keronsang Untuk Diborong =D

Assalamualaikum =)

Semalam tunjuk gambar bekas-bekas je.
Terlupa nak terus up gambar-gambar nya..huhu

Ni saya tempek k.
Urusan pembelian boleh dibuat di website Inspire Design Shopping Cart

Pin Bunga
Pin Bunga Layer

Pin Matahari
Mix Pin Matahari & Pin Bunga Layer
Rafflesia Felt Flower
Uzma Soft Headband

Dah update kat web, dah boleh beli =)
Semua stok tak banyak dan saya tak restock.
Sape nak boleh dapatkan segera.
Mekaseh.

05 July 2013

Stok Borong Bulan Ramadhan 2013

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah berjumpa lagi dengan blog ni...huhu

Planning kononnya nak keluarkan stok borong sebulan atau 3 minggu sebelum puasa tapi dah lari target pasalnya badan ni malas bebenor, meleret-leret sejak mabuk hari tu. Ni nasib baik dah agak bertenaga.
Bila rasa badan rajin je, semua kerja nak buat sampai sakit-sakit badan.
Baby pun dah macam berdenyut-denyut je. Dia pun penat gaknya..kihkihkih.


Ni adalah sebahagian yang dah saya kira.
Kena tambah lagi bape ratus biji, dah siap potong-potong semua tinggal nak menjadikan dia bentuk yang sepatutnya je. Tu pun kalau rajin..errr
Senang sikit stok dah ada.
Laku tak laku lain cite kan. heee....

Ada brooch/ kerongsang yang dah lama saya tak keluarkan, ada semula ye. Tapi kalau yang ni habis, dah tak restock tau. So, sape-sape yang nak tu nanti cepat-cepat order bila saya dah update nanti k. Stok pun bukan banyak sangat. =D
Tangan ada dua je nak buat itu ini..uhu

Saya dah start nak guna shopping cart sebab lebih mudah rasanya. Takdelah customer tunggu saya reply.

Sekian. Mekaseh semua sebab baca. ;)

01 July 2013

LELONGGG : Perca / Lebihan Foam

Assalamualaikum =)

Wahhh...dua bulan tak update blog. ^^
Alhamdulillah, sekarang dah ok sikit.
Dah masuk trimester ke-2 ni, dah rasa lebih bertenaga.
Kalau tak, lembik je. 
Mudah-mudahan bulan puasa nanti sihat bertenaga la.
Pertama kali nak dapat puasa penuh bulan Ramadhan ni. heee...

Ok, gambar kat bawah ni adalah perca / lebihan foam.
Sebenarnya dah lama kemas-kemas barang-barang saya dan inilah antara hasil yang saya fikirkan.
Banyak lebihan foam yang saya dah buang sebenarnya tapi bila pikir balik, sayang pulak jadi saya gulung-gulung dan masuk dalam plastik.



Sape yang nak boleh emel saya k. Saiz, pelbagai ye.
Satu pek ni RM10 je.
Tak masuk pos k.
Ada 5 pek je.
Emel cepat-cepat tau. 


Sekian.

Jom LIKE Page Inspire Design ^^