16 July 2013

Sakura Brooch versi Felt

Assalamualaikum =)

Dulu saya ada buat sakura brooch jugak tapi guna reben.
Peh tu, ni felt pulak.
Otak ni jem, tak boleh pikir nak letak nama apa dah. huhu

Semalam tak tido disebabkan ayahanda tiba-tiba sesak nafas.
Dua kali hantar ke hospital dalam masa satu malam, doktor cek semua takde pape masalah lagi pulak ayahanda saya takde asma pun. Doktor suruh cari alternatif kedua, mana tau ada gangguan.

Bila dibawa jumpa seorang ustaz kat satu pesantren (madrasah), rupa-rupanya memang ada.
Dah dibuang, bila balik menjadi lagi sesak nafas tu. Seolah-olah ada benda mencekik kat leher. Nak nafas tak boleh, macam angin tersekat dalam badan.

Lepas tu, panggil jiran yang memang buat perubatan islam. Dekat 3 jam cari punca, alhamdulillah ada keluar seketul benda putih dari tekak. Dalam masa sejam dua, jadi lagi. Jiran saya datang lagi untuk follow up semula. Dan malam tadi nampaknya dah ok sikit ayahanda saya. Memang "degil" la benda tu nak keluar.

Gini lah risiko kalau kerja berdepan dengan orang ramai. Orang nak sampaikan ilmu agama pun, ada saje yang tak suka. Mudah-mudahan ujian ni ada ganjaran yang besar untuk ayah saya. Dulu pernah jugak ada gangguan tapi ni la rasanya paling teruk. Tak tau nak fikir siapa sebab ayah saya ni kerja masuk banyak kampung, taman, felda untuk DUN kawasan ayah saya kerja. Terlalu ramai. Kalaulah benar ada yang mendengki, biarlah orang tu terima balasan daripada Allah je.

Kesian tengok ayahanda. Sedih saya. Dahlah bulan puasa. ='(


Ok, untuk order Sakura Brooch. Boleh ke web ye www.inspiredesign.com.my

Mekaseh ;)

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^