30 August 2013

Promosi Pakej Felt Polyester 81 Color

Assalamualaikum =)

Saya dah masukkan Pakej Felt Polyester 81 warna di website.
Harga saya beri adalah harga promosi untuk clearkan stok sedia ada sebelum masukkan stok baru.


InsyaAllah kalau tak ada apa-apa masalah dari segi kerajinan, minggu depan dah boleh masukkan belian loose untuk kain felt. huhu...Dah lama sangat saya peram kain felt ni.
Maklum dulu pakai blog, bila orang order ikut code saya kena update manual, tambah pulak yang beli offline. Kena  update lagi, lama-lama jadi malas. Lagilah hari tu tengah mabuk. huhu..terus peram je kain nya.
Tapi dah order lagi sebagai langkah berjaga-jaga color yang cantik-cantik habishhh.
Kali ni saya atau hubby tak potong sendiri, upah aje.
Malas bebenor tambah pulak baby dah pandai tendang-tendang ni, mood happy sangat-sangat. ngeee..

Sekian. Nak order felt boleh ke website www.inspiredesign.com.my

Mekaseh.


Pic : Order Terperam

Assalamualaikum =)

Order dah berzaman.
Ni masa saya belum mabuk preggy lagi ni.
Bulan bila pun tak taula.
Berderet folder yang tak update.
Bukan ekcen nak cakap order banyak, biasa-biasa je pun. heee..
Tapi alhamdulillah lah, ada yang sudi order.



Mekaseh ;)


24 August 2013

Pre Order Acrylic Felt

Assalamualaikum =)

Saya nak buka pre order untuk acrylic felt.

Tarikh tutup adalah hujung bulan ni.
Pembelian adalah secara pakej iaitu 20 color.
1 meter bagi setiap color.
Harga semeter ialah RM10.
Ketebalan 1.6mm, tebal tau.

Sesiapa yang berminat boleh emel atau PM saya di FB Page.
Kat bawah ni adalah color-color nya.

Pre order ni ada kuota, jika kouta dah penuh. Order akan ditutup bila-bila masa.


Pada crafter yang dah berpengalaman, mesti dah tau kegunaan acrylic felt.
Pada yang masih baru, acrylic adalah felt lembut. Boleh digunakan untuk buat bantal, plushies, dan macam-macam lagi. Felt polyester lebih keras berbanding acrylic.

Emel atau PM saya di FB Page jika berminat.

Mekaseh.

Huruf felt jenis baru dah masuk kedaiii...

Assalamualaikum =)

Ok, hari ni saya masukkan huruf felt bentuk yang lain dalam web.
Bagi yang berminat, dah boleh order.


Nak beli boleh ke link ni ye www.inspiredesign.com.my

Mekaseh.

23 August 2013

Soft Headband Simple dan 3D

Assalamualaikum =)

Hampir-hampir lupa dengan blog sendiri.
Kesian blog ni, rugi je bayar domain kan. huhu..

Order dari nurse yang selalu check up saya n baby ^^.
Mula-mula dia order yang ni. Kecik sikit daripada yang selalu saya buat. Layer nya dikurangkan.

Pastu nak raya, order yang kat bawah ni pulak.


Baru nak try buat yang 3D. Dies ngan headband dah beli lama, tapi takde masa nak buat.
Macam saya pernah cerita sebelum ni, saya suka beli, beli dan beli. Buat tak buat lain cite.
Ni kebetulan ada orang order, barulah muncul hasilnya. Tapi biasa-biasa jela bentuk 3D tu.huhu
Orang lain semua dah advance. Takpelah kan..buat apa nak ikut orang..

Headband hitam yang gambar bawah tu tak beli banyak pon. Jadi tak dapatlah nak terima order dalam jumlah yang banyak. Esok-esok barulah borong headband ni. Pastu peram lagi... =P

Mekaseh sudi jenguk belog kita. Baby kita dah gerak-gerak dalam peyot ni. Tak sabor nak jalan agaknya sebab ayah dia dah janji nak bawak mak dia makan sushi..heee..
Alhamdulillah, saya dah 6 bulan. Doakan semoga semuanya selamat sehingga melahirkan. Tak sabar sangat!

Sekian.

17 August 2013

Huruf Kembali Lagiii...

Assalamualaikum =)

Salam 10 Syawal.
Kejap je kan dah 10 hari raya.
Tekak pun dah perit, kering, selsema. Musim selsema ke apa tak taulah. Mak saya pun dah batuk selsema.
Asben saya lagi lah, dahlah memang hidung asyik sok sek sok sek. Tambah dengan tekak perit, lagilah haru.

Bermula dari hari ni, saya dah start beroperasi balik dah.
Kalau ikutkan minggu depan tapi dah ada order masuk, so start awal lah. hehe
Sehari sebelum raya pun ada orang order jugak. Nasib baik dia boleh sabar tunggu habis cuti raya.

Saya dah masukkan huruf felt di website.
Jadi sape-sape yang berminat bolehlah membeli di website ye. www.inspiredesign.com.my


Sebenarnya sama je dengan yang dulu. Cuma gambar je ambik yang baru. Fresh le sikit kalau tengok tu. huhu
Dapatlah jugak saya restock sikit.

Ok, itu saje untuk hari ni. Nak iron baju, hari ni nak pegi beraya lagi. Tinggal hari ni dan esok jela nak beraya jauh-jauh sikit. Lepas ni dah naik sekolah, memang tak lah nak jalan jauh-jauh. huhu

Sekian. Mekaseh. ;)

08 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum =)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI semua.

Kenapa lah tab ni tak boleh upload gambar. Huhu...

Takpelah...apa pun, saya mohon maaf andai ada terkasar bahasa, tersilap tingkah dengan korang, lebih-lebih lagi customer saya.

SELAMAT HARI RAYA.
MAAF ZAHIR BATIN.

Dengan ini saya cuti dari bisnes buat seketika untuk menyambut hari raya. =)

Mekaseh.

Jom LIKE Page Inspire Design ^^