27 September 2013

Telekung Lycra Color Cun-cun

Assalamualaikum =)

Tetibe saya rasa dah lama tak upload gambar-gambar order.
Dah bape hari tak bukak blog pun iye jugak. huuu...
Minggu ni mood nak buat keje sangat lah ditahap kritikal.
Dua hari saya kena pegi klinik, hari pertama minum air gula, hari kedua kena jumpa doktor untuk scan baby.
Tambah pulak cuaca mendung je minggu ni, makinlah malashhh...huu...

Hari ni nak promote telekung.
Telekung Lycra.

Sebenarnya saya dah start ambil order sejak minggu lepas. Saya buat pre order,tarikh tutupnya semalam.
Tapi siapa yang berminat, boleh je order. InsyaAllah boleh diikhtiarkan.
Boleh PM saya kat facebook k. Kat page boleh, kat personal FB pun boleh.
Klik gambar untuk lihat pelbagai lagi color yang cun-cun.




Alhamdulillah, dapat sambutan telekung ni.
Saya suka color biru kat atas ni.hee...

Jika berminat boleh PM saya di facebook k.
Emel pon boleh.

Mekaseh.


20 September 2013

Huruf Kritikal, Huruf A dah ada di website ^^

Assalamualaikum =)

Hari ni saya masukkan pek huruf "a" di website.
Huruf ni sangat kritikal kan. Yela, kebanyakkan perkataan atau nama mesti ada "a".
Biasa yang beli pek huruf ada masalah tak cukup huruf  "a".
Jadi penyelesaiannya, saya buatlah pulak pek huruf untuk huruf "a" saja. =)



Berminat boleh dapatkan di website k.


Sekian. =)
 

16 September 2013

Huruf Felt Restock Lagi

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah, dapat restock sikit huruf felt.
InsyaAllah kalau masa mengizinkan saya tambah lagi.

Yang berminat bolehlah order di website k. ;)


Bagi yang masih baru dengan blog saya, huruf ni takde pelekat pun.
Kena lekatkan sendiri guna gam. hehh..
Saya bagitau sebab hari tu ada sorang customer dah beli, pastu dia tanya saya kenapa takde sticker.
Tampal secara manual la ye, kena letak gam sendiri. Yang mudahnya, korang tak payah dah nak potong-potong sendiri.

Haa...ada permintaan untuk huruf yang kritikal. InsyaAllah saya akan buat jugak. Sebab saya sendiri pun kadang-kadang memang perlu banyak huruf-huruf kritikal cuma saya kretip kan sikit, saya ubah beberapa huruf lain supaya dapat bentuk yang saya nak. ^^
Apalah saya merepek ni kan? huhuhu...takpe-takpe, nanti saya update lagi bila dah siap huruf-huruf kritikal tu. ngeee...

Boleh ke website www.inspiredesign.com.my untuk order huruf k. ;)

Mekaseh.


14 September 2013

Bantal-bantal Ready Stock

Assalamualaikum =)

Pehh jenuh nak update blog, geram je.
Tak pasal-pasal ada statement keluar bagitau yang kita dah log out dari tempat lain.
Padahal bukak kat satu laptop je. Ni pun dah boleh sebab pakai lappy asben. huhu...

Takpelah, mudah-mudahan oklah hendaknya.
Semua gambar kat lappy satu lagi, malas nak pindah-pindahkan. Leceh!

Saya ada buat beberapa biji bantal lagi sebagai persediaan untuk customer yang nak cepat.
Macam biasa, boleh letak nama. Tapi ada hadnyalah kan ikut jenis bantal dan ruang.
Semuanya boleh di order di website.


Yang berminat, boleh order di www.inspiredesign.com.my.
Details semua ada kat sana.
Boleh pos segera tanpa perlu tunggu turn untuk buat. hehh...

Mekaseh.


05 September 2013

Kain Felt Polyester dah masuk kedai

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah selesai sudah masukkan kain felt polyester kat website.
Dah boleh order...yeay!!

Kali ni hanya ada saiz A3 sahaja memandangkan sebelum ni lebih banyak saiz A3 yang habis berbanding saiz A4. Yela, saiz A3 lebih jimat kan dan boleh buat item yang besar-besar.

Tengoklah pada permintaan, kalau ramai yang nak saiz A4 lagi, insyaAllah saya usahakan. Tapi buat masa ni memang ada saiz A3 saja.

Boleh dapatkan felt polyester di website www.inspiredesign.com.my

Ooo...haaa lupe, untuk 81 color hanya ada dalam pakej. Kalau beli secara loose, color dah tak sampai 81  color dah. Saya dah kurangkan ikut permintaan. Ada 62 color je yang tinggal.


Gambar adalah sekadar hiasan. Heee....ni gambar lama. Saje tepek balik, malas nak snap gambar.

Jom shopping kat Inspire Design. ;)
Mekaseh.


02 September 2013

Cekak Rambut Lembut & Mini Bantal

Assalamualaikum =)

Cekak rambut lembut khas untuk baby dan kanak-kanak.
Berminat? Boleh dapatkan pelbagai color di website sekarang juga!
www.inspiredesign.com.my

Harga?? semestinya harga terbaik untuk korang. Peace!! ;)



Yang ni pulak mini bantal.
Saja buat ready stock. Lebih mudah untuk customer yang suka sangat buat urgent order.
Bantal ni dah update kat web minggu lepas, dah tinggal 3 biji.
Siapa berminat boleh dapatkan di website k. ;)
InsyaAllah kalau ada kesempatan akan dimasukkan lagi sebagai ready stock.



Bila rajin, saya ambil peluang untuk buat semua kerja.
Pastu mula lah rasa pinggang nak patah. Cenggini rupanya mengandung.
Baru terasa payahnya mak kita dulu mengandungkan kita. Memang insaf & terharu sangat.
Terima kasih mak, sayang ketat-ketat.
Tak lupa jugak buat ayah, sayang ketat-ketat jugak. Bila mak mengandung mesti ayah kita pun lebih ambil berat. Macam suami saya. ehhehe...suka sangat nak manja-manja 24 jam tanpa henti sebab dapat perhatian lebih time ni. Best sangat!

Mekaseh datang blog saya.
Esok-esok datangla lagi. ;)


Jom LIKE Page Inspire Design ^^