31 October 2013

Promosi & Barang Baru...yeayyy!!!

Assalamualaikum =)

Haa...entry kedua hari ni.
Kali ni tentang promosi & beberapa item baru yang saya dah masukkan kat website.

Tentang promosi, saya ada buat promosi untuk item terpilih.
Nak tau apa dia?
Boleh klik gambar kat side bar kanan blog saya ni, yang ada tulis SPECIAL OFFER.
Ataupun klikla kat SPECIAL OFFER.

Kat bawah ni pulak, barang baru masuk kedai.

1. Pakej Felt 12 color
Yang bestnyee..FREE 1 keping (random color)
Jadinya, korang dapat 13 keping lah..yippiii!!!

2. Snap Clip 6.5cm

3. Snap Clip 4.5cm

Untuk kedua-dua saiz Snap Clip ni saya ada buka untuk pre order borong.
Yang berminat boleh PM/Inbox saya di FB atau emel saya untuk mengetahui harganya.
Harga menarik menanti korang ;D

Macam biasa, untuk order secara runcit boleh order di website.


Sekian. Mekasehhhhhh

Pre Order Borong Bahan Kraf

Assalamualaikum =)

Hari ni macam-macam saya update kat web & kat FB Page.
Tengah rajin katakan. ngeee...
Sampai terlupa nak makan, baby pun dah tendang-tendang. Cehh macam tau-tau je dia tendang sebab laporr =P

Ada 2 perkara yang saya update hari ni.
Tapi saya cerita satu persatu dalam satu entry.
Ada harapan tak hari ni naik 2 entry? huhu

Yang pertama, saya buka pre order borong untuk bahan kraf.
Ada 8 jenis kesemuanya.

1. Keychain Ring 2.5cm
2. Pin Brooch 2cm
3. Pin Brooch 2.5cm
4. Snap Clip 6.5cm
5. Snap Clip 4.5cm
6. Alligator Clip 3.2cm
7. Cekak Rambut Colorful
8. Cekak Rambut Hitam


Boleh rujuk link ni untuk tengok gambar-gambarnya.

GAMBAR PRE ORDER BORONG BAHAN KRAF

PRE ORDER di buka dari hari ini Khamis, 31 Oktober 2013 hingga Selasa, 5 November 2013.

Saya bukan order secara online ye, saya ambil pakai tangan sendiri.
Jadi bayaran penuh diperlukan selewat-lewatnya pagi hari Selasa minggu depan.
InsyaAllah petang tu saya nak pergi ambil barang-barangnya.
Esoknya bolehla terus pos. ;)

Ohh ye, hari tu saya ada nak join photo contest. Dah dekat 2 minggu saya hantar gambar tapi masih tak di upload-upload pun oleh pengajur sampailah semalam tarikh akhir hantar gambar tapi gambar saya still takde.
Emmmm....kecewa sikit tapi nak buat macam mana, takde rezeki kan. huhu

Sekian, Mekaseh.

30 October 2013

Colorful Bow Brooch & Diandra Brooch...cewahhh!!

Assalamualaikum =)

Saya dah update katalog dengan 2 jenis brooch dari felt.

Brooch bow ni saya dah buat sejak hujung tahun lepas.
Ada lah sorang regular customer saya, nak brooch yang baru tetiap bulan.
Jenuhla mikir nak buat brooch apa lagi kan.
Haa...yang ni simple. Murah pulak tu. Kan...kan...kan? =D

Lepas raya haji hari tu saya bawakkan anak buah saya untuk dia jual kat kengkawan.
Alhamdulillah, budak-budak sekolah rendah, dah tentulah suka menda tiut-tiut gini kan.
Anak buah saya suka pulak tu, dapat upah. hehehe
Semangat dia nak jual, baru sehari jual dah dapat dekat RM100. Terer le tu untuk budak umur 10 tahun kan.
Sekarang kan dah canggih, sehari sebelum bawak ke sekolah dah whatsapp kat kengkawan gambar-gambar brooch.

Walaupun dah lama start buat bow brooch ni, tapi saya baru je nak kuarkan.
Orang lain dah melambak buat kan. Siap buat macam-macam variasi dari satu bentuk ni.
Takpe, rezeki masing-masing.
Saya ni jenis kalau rasa belum mampu nak ambil order dari online, saya peram dulu.
Gerak secara offline atau senyap-senyap jela sikit-sikit.


Yang ni pulak Diandra brooch. Wahh glemer gitu. Macam tajuk cite malam tadi. Kahkahkah
Hentam jela, dah tak tau apa nama bunga mau letak. Kita tiru orang lain yang suka bagi nama orang. ngeheee..


Hari ni nak siapkan order dari seorang pelanggan yang saaaaaaaaaaaaaangat saya sayang.
Siapa tu ek?? Jeng jeng jeng...
Husband saya laaa...

Siap order kat saya, pastu saya suruh bayar. Dengan seriusnya dia jawab, ok berapa ek kalau buat bantal letak kat kerusi kereta tu? hahaha.. Kesian dia..
Oklah, hari ni saya luangkan masa untuk buat husband saya punya bantal.
Ni hadiah kecil, insyaAllah dalam masa terdekat dia dapat hadiah besar pulak kan. Memang tak terbayar la gamaknya. hihihi

Minggu ni minggu terakhir saya ambil tempahan jahitan tau.
Tapi order di website, masih berjalan seperti biasa. Begitu jugak dengan ready stock item, boleh je nak order.

Minggu depan dah 36weeks. Dah dikira cukup bulan kan. Dup dap dup dap jantungku.

Sekian. Mekaseh ;)

29 October 2013

Bantal Pepel Untuk Si Comel

Assalamualaikum =)

Bantal ni order dari kawan saya.
Maceh Rafidah.


Macam yang saya cite hari tu, permulaan order untuk bantal saiz A4 ni semuanya color pepel.
Sebab saya ada color pepel je masa tu, awal tahun hari tu tau..keke
Sekarang dah banyak pilihan tapi masa pulak tak mengizinkan saya nak variasi kan color-color kain untuk buat bantal. Tinggal minggu ni je nak ambil tempahan. Minggu depan kena siapkan semua order.
Pastu selagi tak bersalin & ada masa bolehlah buat ready stock apa-apa item yang terlarat.

Menghitung hari.
Tak sabar nak tengok anak sendiri tapi neves tetap ada. huhu
Doakan semoga saya selamat melahirkan anak pertama saya. huuu...terharunya.

Sekian.
Mekaseh sudi baca entry kedua saya hari ni. ngeheee..

Harga RUNTUHHH...Bookmark & Felt Cut : Meh klik SINI!!!

Assalamualaikum =)


Bookmark ni jenis foam.
Saya bagi harga yang sangat rendah.
Sesuai untuk buat doorgift.
Sekarang ni ramai student yang bakal ambil SPM minggu depan cari gift yang murah-murah nak bagi kawan-kawan. Jadi akak cadangkan korang ambil ni, murah sangat dik oiiii.. hehe
Tapi ada 30pcs je. Tak buat lagi. ;)


Yang ni pulak felt cut bentuk dedaunan. Ohh bentuk love tu je bukan daun. ngehee..
Sebenarnya saya nak buat benda lain, tapi akhirnya terbengkalai pasal banyak sangat nak dibuat.
Jadi saya let go jelah felt cut dedaunan ni.
Ni pun separuh je, lagi separuh dah hampir nak jadi projeknya tu tapi terbengkalai jugak. kihkihkih
Yang ni pun saya bagi harga runtuh ok! Bestnyee...

Nak order boleh ke website.


Sekian. Mekaseh semua. ;)

25 October 2013

Bookmark & Soft Headband

Assalamualaikum =)

Sekarang ni saya tengah rajin nak update gambar-gambar order saje ye.
Marilah kita cuci-cuci mata. =D

Bookmark ni order dari rakan sekerja husband untuk anaknya.


Soft headband ni pulak, order dari staff kat sekolah husband untuk anaknya jugak. huhuhu


Sekian untuk hari ni.
Mekaseh =)

24 October 2013

Bantal Saiz Baru di Inspire Design =D

Assalamualaikum =)

Minggu ni boleh dikatakan agak bizi jugak.
Pulun habis nak siapkan order, takdelah banyak mana pun tapi syukurlah rezeki Allah nak bagi.
Makin dekat tarikh nak bersalin, makin banyak pulak order masuk. Alhamdulillah. Rezeki anak mungkin. =D

Kat bawah ni gambar order seorang customer. Tak silap saya awal tahun hari tu kot dia order.hehe
Bantal ni saiz A4.
Saya tak update awal-awal sebab sebelum ni saya tak beli banyak pun kain felt jenis lembut ni.
Tapi setakat ni dah ada beberapa orang jugak order saiz A4, bila sembang-sembang kat FB saya cadangkan diorang order saiz A4 memandangkan Mini Bantal yang saya buat tu kecik benor kalau nak letak ucapan panjang-panjang.

Order pun saya terima bergantung pada masa dan keadaan saya jugak masa tu.
Tapi time tu saya ada satu color je, color purple. kekeke..terpaksalah customer amik color pepel je. haha.
Lepas tu saya beli color pink & biru pulak. Semua semeter-semeter je beli. Dapatlah bape biji bantal je kan.

Hari ni saya update pasal saya dah order kain felt lembut ni banyakkkkkkkkkkkkkkk.
Dah seminggu dah sampai. Beshhhh!!!
Gebussss sangat kan bila buat bantal.
Kononnya nak buat projek dalam pantang nanti. Tapi bila makin dekat tarikh due, rasa macam tak sempat pulak nak running projek tu. huhuhu
Dalam mimpi jela agaknya. Kain tu pun simpan jela dulu. kikiki

Sok dah anak, keje nak ngadap anak je.hihi



Harga bergantung pada deko atau hiasan.
Kalau Mini Bantal harga dah fix.

Berminat nak order?
Bolehlah PM saya kat FB atau emel.

Saya buka tempahan jahitan sehingga hujung bulan 10 ni je.
Pastu nak standby untuk bersalin.
Kang ambik punya ambik, order tak sempat siap. Sian customer kan.

Ohh ye, hari tu ada sorang customer saya bagitau ada online shop lain gunakan gambar saya untuk ambil order. Segan nak tanya customer tu. Siapalah agaknya ye?
Nak cari rezeki halal, buatlah hasil tangan sendiri. Kerja tangan ni kan tak sama hasilnya.
Sabar ajelah kan.

Sekian. Wassalam =)

19 October 2013

Mini Bantal & Kad Felt

Assalamualaikum =)

Hari ni tahap kerajinan ada lebih sikit jadi saya update katalog. huhu
Setakat ni saya masih terima order, insyaAllah.
Sekarang ni pun masih gigih nak siapkan order.
Bulan depan dah kena slow sikitlah, kot kang terberanak awal. Waaa..nebes betol!

Ni order tak tau bila punya.
Jom tengok pic nya.



Kad felt bahagian depan

Kad felt bahagian belakang

Ok, sekian untuk hari ni.
Untuk shopping barang kraf dan readymade item, boleh order di website k.


Mekaseh ;)

18 October 2013

Car Neck Pillow Set

Assalamualaikum =)

Salam hari jumaat.
Hari ni saya nak update order yang telah saya buat.
Lama betul tak update.
Tapi takleh update semua, karang takde benda pulak nak update. kiki
Walaupun sebenarnya sangat jarang nak update blog.
Err..apa ulang-ulang ayat sama ni?


Haa pestime ni buat Car Neck Pillow atau bahasa melayu nya Bantal Leher Kereta, lebih kurangla kan. hee..
Design sama je macam saya pernah buat sebelum ni dari customer yang lain.
Ni atas permintaan customer sendiri. =)

Nak order, bolehla emel atau pm saya di FB k. ;)
Mekaseh.


17 October 2013

Tutorial : Set Comel DIY Snap Clip

Assalamualaikum =)

Ok, entry ni saya buat untuk korang yang belum tau nak guna set DIY snap clip yang saya masukkan di website.

Set yang ni tau. 








Heee...pestaim buat tutorial. =P

Faham kan? Senang kan? Haa...jom order!


Mekaseh.

Set Comel DIY Snap Clip & Felt Cut

Assalamualaikum =)

Waaaa...lama betul tak bersiaran. hihi
Hari ni saya ada masukkan beberapa barang kat website.
Ehh sebenarnya 2 barang je. huhu
Dalam kepala je fikir banyak barang, tapi yang mampu buat 2 aje. =P


 Felt cut bunga kelopak hati


 Set DIY Snap Clip

Kedua-dua barang ni boleh di order di website k.
Yang paling best Set DIY snap clip tu, memang memudahkan kerja ;)


Nanti saya update tutorial nak guna set DIY snap clip tu dalam entry akan datang.
Mekaseh. Jom order! ;)

Jom LIKE Page Inspire Design ^^