24 October 2013

Bantal Saiz Baru di Inspire Design =D

Assalamualaikum =)

Minggu ni boleh dikatakan agak bizi jugak.
Pulun habis nak siapkan order, takdelah banyak mana pun tapi syukurlah rezeki Allah nak bagi.
Makin dekat tarikh nak bersalin, makin banyak pulak order masuk. Alhamdulillah. Rezeki anak mungkin. =D

Kat bawah ni gambar order seorang customer. Tak silap saya awal tahun hari tu kot dia order.hehe
Bantal ni saiz A4.
Saya tak update awal-awal sebab sebelum ni saya tak beli banyak pun kain felt jenis lembut ni.
Tapi setakat ni dah ada beberapa orang jugak order saiz A4, bila sembang-sembang kat FB saya cadangkan diorang order saiz A4 memandangkan Mini Bantal yang saya buat tu kecik benor kalau nak letak ucapan panjang-panjang.

Order pun saya terima bergantung pada masa dan keadaan saya jugak masa tu.
Tapi time tu saya ada satu color je, color purple. kekeke..terpaksalah customer amik color pepel je. haha.
Lepas tu saya beli color pink & biru pulak. Semua semeter-semeter je beli. Dapatlah bape biji bantal je kan.

Hari ni saya update pasal saya dah order kain felt lembut ni banyakkkkkkkkkkkkkkk.
Dah seminggu dah sampai. Beshhhh!!!
Gebussss sangat kan bila buat bantal.
Kononnya nak buat projek dalam pantang nanti. Tapi bila makin dekat tarikh due, rasa macam tak sempat pulak nak running projek tu. huhuhu
Dalam mimpi jela agaknya. Kain tu pun simpan jela dulu. kikiki

Sok dah anak, keje nak ngadap anak je.hihi



Harga bergantung pada deko atau hiasan.
Kalau Mini Bantal harga dah fix.

Berminat nak order?
Bolehlah PM saya kat FB atau emel.

Saya buka tempahan jahitan sehingga hujung bulan 10 ni je.
Pastu nak standby untuk bersalin.
Kang ambik punya ambik, order tak sempat siap. Sian customer kan.

Ohh ye, hari tu ada sorang customer saya bagitau ada online shop lain gunakan gambar saya untuk ambil order. Segan nak tanya customer tu. Siapalah agaknya ye?
Nak cari rezeki halal, buatlah hasil tangan sendiri. Kerja tangan ni kan tak sama hasilnya.
Sabar ajelah kan.

Sekian. Wassalam =)

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^