30 October 2013

Colorful Bow Brooch & Diandra Brooch...cewahhh!!

Assalamualaikum =)

Saya dah update katalog dengan 2 jenis brooch dari felt.

Brooch bow ni saya dah buat sejak hujung tahun lepas.
Ada lah sorang regular customer saya, nak brooch yang baru tetiap bulan.
Jenuhla mikir nak buat brooch apa lagi kan.
Haa...yang ni simple. Murah pulak tu. Kan...kan...kan? =D

Lepas raya haji hari tu saya bawakkan anak buah saya untuk dia jual kat kengkawan.
Alhamdulillah, budak-budak sekolah rendah, dah tentulah suka menda tiut-tiut gini kan.
Anak buah saya suka pulak tu, dapat upah. hehehe
Semangat dia nak jual, baru sehari jual dah dapat dekat RM100. Terer le tu untuk budak umur 10 tahun kan.
Sekarang kan dah canggih, sehari sebelum bawak ke sekolah dah whatsapp kat kengkawan gambar-gambar brooch.

Walaupun dah lama start buat bow brooch ni, tapi saya baru je nak kuarkan.
Orang lain dah melambak buat kan. Siap buat macam-macam variasi dari satu bentuk ni.
Takpe, rezeki masing-masing.
Saya ni jenis kalau rasa belum mampu nak ambil order dari online, saya peram dulu.
Gerak secara offline atau senyap-senyap jela sikit-sikit.


Yang ni pulak Diandra brooch. Wahh glemer gitu. Macam tajuk cite malam tadi. Kahkahkah
Hentam jela, dah tak tau apa nama bunga mau letak. Kita tiru orang lain yang suka bagi nama orang. ngeheee..


Hari ni nak siapkan order dari seorang pelanggan yang saaaaaaaaaaaaaangat saya sayang.
Siapa tu ek?? Jeng jeng jeng...
Husband saya laaa...

Siap order kat saya, pastu saya suruh bayar. Dengan seriusnya dia jawab, ok berapa ek kalau buat bantal letak kat kerusi kereta tu? hahaha.. Kesian dia..
Oklah, hari ni saya luangkan masa untuk buat husband saya punya bantal.
Ni hadiah kecil, insyaAllah dalam masa terdekat dia dapat hadiah besar pulak kan. Memang tak terbayar la gamaknya. hihihi

Minggu ni minggu terakhir saya ambil tempahan jahitan tau.
Tapi order di website, masih berjalan seperti biasa. Begitu jugak dengan ready stock item, boleh je nak order.

Minggu depan dah 36weeks. Dah dikira cukup bulan kan. Dup dap dup dap jantungku.

Sekian. Mekaseh ;)

2 comments:

blog-tips-kurus said...

comelnya!

pandai matching color.. :-)

manis said...

hehe..
maceh ;)

Jom LIKE Page Inspire Design ^^