31 October 2013

Pre Order Borong Bahan Kraf

Assalamualaikum =)

Hari ni macam-macam saya update kat web & kat FB Page.
Tengah rajin katakan. ngeee...
Sampai terlupa nak makan, baby pun dah tendang-tendang. Cehh macam tau-tau je dia tendang sebab laporr =P

Ada 2 perkara yang saya update hari ni.
Tapi saya cerita satu persatu dalam satu entry.
Ada harapan tak hari ni naik 2 entry? huhu

Yang pertama, saya buka pre order borong untuk bahan kraf.
Ada 8 jenis kesemuanya.

1. Keychain Ring 2.5cm
2. Pin Brooch 2cm
3. Pin Brooch 2.5cm
4. Snap Clip 6.5cm
5. Snap Clip 4.5cm
6. Alligator Clip 3.2cm
7. Cekak Rambut Colorful
8. Cekak Rambut Hitam


Boleh rujuk link ni untuk tengok gambar-gambarnya.

GAMBAR PRE ORDER BORONG BAHAN KRAF

PRE ORDER di buka dari hari ini Khamis, 31 Oktober 2013 hingga Selasa, 5 November 2013.

Saya bukan order secara online ye, saya ambil pakai tangan sendiri.
Jadi bayaran penuh diperlukan selewat-lewatnya pagi hari Selasa minggu depan.
InsyaAllah petang tu saya nak pergi ambil barang-barangnya.
Esoknya bolehla terus pos. ;)

Ohh ye, hari tu saya ada nak join photo contest. Dah dekat 2 minggu saya hantar gambar tapi masih tak di upload-upload pun oleh pengajur sampailah semalam tarikh akhir hantar gambar tapi gambar saya still takde.
Emmmm....kecewa sikit tapi nak buat macam mana, takde rezeki kan. huhu

Sekian, Mekaseh.

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^