23 November 2013

Barang Baru Belum Bersedia Untuk Dikeluarkan...hik3

Assalamualaikum =)

Saya belum bersalin lagi. kihkihkih
Minggu ni minggu ke-37.
Makin dekat. makin nebes.

Blog dan FB Page tak update sebab konon-konon dah tak ambil order tapi still ada order masuk. Alhamdulillah rezeki di saat-saat nak melahirkan. Dah setelkan semua.
Sekarang ni saya dah tak ambiklah, kang tak pasal-pasal tak siap pulak.

Tapi tu lah, bila takde kerja nak buat rasa macam tak syok je.
Barang-barang kerja saya dah siap kemas kat bilik, maklum nak sambut orang baru. Takkan nak biar barang-barang saya bersepah-sepah kan. Dahlah saya ni bukan jenis yang suka buat kerja kat tempat kerja yang khusus. Asal nak buat kerja mesti duduk depan tv. Jadi depan tv memang bersepah. Bila dah kemas, rasa tak syok pulak tak buat kerja.

Haa...sebut tentang "Barang Baru".
Tak sangka pulak bila dah dihujung-hujung kehamilan ni, kuar pulak barang baru. Ecewahhh!
Semuanya request dari customer. 1st time buat, jadi ianya barang baru buat saya walaupun orang lain dah melambak-lambak terima order untuk item tu. heee...

Tapi update tahun depanlah, lepas habis pantang. Baru best. Sekarang ni kalau update pun, takleh nak ambik order. Jadi sama-samalah bersabar untuk tengok apa agaknya item baru tu ye. Jeng jeng jeng... =D

Ok, ni untuk pengetahuan semua.
Pembelian di website masih dan akan terus berjalan seperti biasa.
Pastikan korang bagi proof payment k. Nanti husband saya tolong cek, packing dan pos.



Ok, jumpa lagi. In sha Allah.
Mekaseh. ;)

Jom LIKE Page Inspire Design ^^