16 December 2013

Bahan Kraf Baru Dah Masuk Website ^^

Assalamualaikum =)

Ingatkan nak rehat terus dari update sampai habis pantang tapi nampaknya barang kat website pun dah banyak habis. Jadi haruslah di restock kan. heee...

Malam ni update sikit, esok mungkin ada barang sampai lagi. Lepas tu, update barang yang baru sampai tu pulak. Wahhh...kerja ni akan saya buat sampailah baby keluar. Tapi untuk barang ready stock kat website jela, kalau custom made tu memang mintak maaflah, dah tak larat nak buat.

Ni dua barang yang baru saya update tadi.

Butterfly Mariposa Felt Cut

Manik Separa Bulat warna putih


Tadi jugak saya tengah kira-kira item untuk buat sale sempena hujung tahun ni atau glemernya orang sebut YEAR END SALE. =D

Dah update sikit item yang masuk dalam YEAR END SALE. Boleh tengok kat website.

Nak cite sikitlah kan, kot ada yang masih tertanya-tanya. Kata hari tu tengah tunggu hari nak bersalin tapi masih boleh update blog, FB, jawab PM dan emel bagai. hehe
Masalahnya sekarang ni baby belum nak keluar lagi. Dah terlebih hari dah ni. Hari ni kandungan saya dah 40minggu 2 hari. Kalau tak bersalin jugak kenalah serah diri 24haribulan ni kat Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Doakan baby saya cepat keluar sebelum tarikh serah diri tu. Semoga semuanya dipermudahkan. Aminnnn.

Disebabkan barang-barang kat website tu sentiasa ada je yang order, jadi cepatlah barang-barang kat situ habis. Jadi sebelum bersalin ni saya restock dan masukkanlah beberapa item untuk memenuhkan balik website tu. Dapat restock sikit-sikit dulu pun jadilah daripada habis terus. Kesian kat customer nak tengok-tengok barang dah habis. Kesian jugak nanti kat website tu, kosong aje takde barang. ngeheee...

InsyaAllah kalau ada kesempatan lagi, esok-esok saya update beberapa lagi barang lain. 

Untuk membeli barang-barang ready stock, boleh ke website saya.
Jangan lupa bagi BUKTI BAYARAN tau. Ada kes customer senyap sampai hari ni, dah bayar tapi tak bagi bukti payment. So tak tau sape yang bayar. huhu



No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^