28 February 2014

Pre Order Borong Bahan Kraf

Assalamualaikum =)

Bermula hari ni saya buka lagi pre order untuk borong bahan kraf.
Ini kali ke-2 saya buka, dan baru-baru ni saya tak open pada public. Saya hanya ambil order mereka yang PM saya je. Bukannya apa dalam kepala ni macam-macam nak buat sampaikan nak update untuk pre order pun terlupa. huhu

Tapi takpe, InsyaAllah lepas ni saya sentiasa buka pre order. Mungkin seminggu sekali atau sebulan 2 kali. Bergantung pada kesibukan. Pre order saya tak lama ye, buat masa ni saya ambil dari supplier terdekat.

PRE ORDER DIBUKA
28 Februari 2014 - 7 Mac 2014


1. Keychain Ring 2.5cm
2. Keychain Ring 3cm
3. Pin Brooch 1.5cm
4. Pin Brooch 2cm
5. Pin Brooch 2.5cm
6. Snap Clip 6.5cm
7. Snap Clip 4.5cm
8. Alligator Clip 3.2cm
9. Alligator Clip Silver 5.5cm
10. Cekak Rambut Colorful
11. Cekak Rambut Hitam
12. Baby Headband

Ok, gambar kat atas tu antara barang-barang yang boleh di order.
Kalau nak tahu harga, boleh emel saya atau PM di Page ok.
Sekian.

26 February 2014

Angry Birds & Zombi Kampung Pisang =P

Assalamualaikum =)

Hari ni saya masukkan keychain & hp strap untuk belian borong.
Tak banyak pun, stok terhad.
Hanya design zombi & angry birds je. huhu




Jika berminat boleh order di website k. ;)

21 February 2014

Huruf Felt Lagiii...

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah, malam ni saya dah belajar satu benda.
Benda apa ek? hee...
Benda yang perlu di edit kat website..kiki. Kesian, budak baru belajar.

Jadi disebabkan saya dah tau hal tu, jadi saya pun updatelah huruf-huruf yang dijual secara loose ni.
Ada kaitan ke benda baru belajar dengan update huruf?
Ohhh...dah tentu ada. hee...tak payah cerita sebab ianya agak memalukan kalau otai-otai yang baca. =P


Sebelum ni saya hanya buat pek untuk 1 set. Lepas tu saya tambah huruf A je sebab huruf A memang selalu tak cukupkan. Sekarang ni semua huruf ni boleh dibeli asing-asing. Tak payah ikut set pun boleh. Kalau nak jimat, belilah set tapi kekurangannya ada huruf-huruf tak cukuplah kan.

Untuk pengetahuan, huruf jenis ni untuk yang set memang cepat je habis. Sekarang ni dah out of stock. Insyaallah, ada rezeki nanti saya restock semula. Jadi sebagai ganti, saya keluarkan yang loose lah. Itu pun ada yang dah habis sebelum saya update kat blog..huhu

Berminat boleh order di website k.
Sekian. Mekaseh =D


20 February 2014

Telekung Kanak-kanak ^^

Assalamualaikum =)

Hari ni saya ada upload telekung kanak-kanak di FB PAGE.





Jika berminat boleh tengok di page saya untuk color-color lain ye.

Harga hanya RM69. Free postage ke seluruh Malaysia. =)

Sekian. Mekaseh

13 February 2014

Barang Baruuu... ;D

Assalamualaikum =)

Lagi item baru dah masuk kat website seperti gambar di bawah ni.


Cuti hari raya Cina hari tu sempat jugak mintak tolong anak buah packing item kecik-kecik ni. =D
Nasib baikla rajin anak buah saya tu.

Alhamdulillah, setakat ni order sentiasa ada untuk barang-barang kat website. Walau tak banyak cukup untuk menyejukkan hati saya sebab kedai online saya ni masih wujud di mata pembeli online. huhu
Cuma tempahan jahitan je saya tak ambil lagi.
Kena tunggu sikit hari lagi.

Selama dalam pantang ni saya mudah masuk angin / pedih ulu hati. Memang seksa betul. Berapa kali panggil bidan datang urut tak kira siang ke malam. Bila kena je, terpaksa panggil. Saya tak boleh salah makan sikit. Silap je mesti kena. Masalahnya makanan yang tak boleh makan tu lah yang saya suka.hehe
Kena sabar je ni, sampai bila lah agaknya ek.

Malam tadi pun kena lagi, rasanya sebab makan tembikai kot. Kena pulak pukul 1 pagi, tengah nak nyusukan anak. Saya cuba baring untuk tidur, mula-mula susah sampailah terlelap sendiri. Pagi-pagi nak bangun solat subuh, saya cuba muntahkan isi perut. Sebab pengalaman sebelum ni, saya muntahkan semua sampai keluar air. Kira dah habis keluar dah tu. Dan saya kira air yang penghujung tu la asid.
Sebelum tu saya minum susu, bila muntah susunya berketul-ketul. Bayangkan susu bercampur dengan asid, dah tentulah berketul kan. Tu yang tadi pagi, saya keluarkan semua. Siap jolok-jolok lagi tekak. uhuhu..Alhamdulillah sekarang agak ok sikit, tak payah panggil bidan urut. Jimat duit..heee

Ok, itu saja perkongsian saya hari ni.
Berminat nak beli barang, boleh ke website k.
Sekian.


06 February 2014

50 Hari Yang Menyeronokkkan Dihiasi Butang-butang Comel ^_^

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah, tercapai jugak nak update blog. hihi
Maklumlah sejak ada anak ni, banyak masa habis kat anak je.
Hari ni hari ke-50 saya berpantang.
Tak tau nak pantang berapa lama, kalau ikutkan badan ni memang sangat-sangat perlu pantang makan lagi. Selagi larat, selagi tu la saya pantang makan.
Badan pun masih belum kuat lagi. 

Memang berbeza sangatlah kan masa ada anak dengan belum ada anak.
Biasa dulu kalau nak update blog, facebook dan semua-semua tu, relax je. Tak kisah berapa lama.
Sekarang ni, kena curi-curi masa. Anak tido je buat apa yang patut.
Kadang-kadang time dia tido je, kita pulak gatal nak usik-usik dia.hihi..

Oklah, malam ni saya nak update apa yang saya dah upload kat website.
Saya update beberapa jenis butang kat website. Tu pun upload siang tadi, malam ni baru dapat update blog.hihi


Ada lah 2-3 jenis butang saya update hari ni.
Esok lusa ada masa masukkan lagi yang lain.
Stok semua dah packing, tinggal tunggu upload je.
Kalau berminat nak order, boleh terus order di website k.
Website memang saya akan cek selalu, jangan risau.
Tempahan jahitan masih ditutup, saya masih belum larat & kuat lagi badan ni nak buat kerja-kerja memotong dan menjahit =D
Sekian.


Jom LIKE Page Inspire Design ^^