06 February 2014

50 Hari Yang Menyeronokkkan Dihiasi Butang-butang Comel ^_^

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah, tercapai jugak nak update blog. hihi
Maklumlah sejak ada anak ni, banyak masa habis kat anak je.
Hari ni hari ke-50 saya berpantang.
Tak tau nak pantang berapa lama, kalau ikutkan badan ni memang sangat-sangat perlu pantang makan lagi. Selagi larat, selagi tu la saya pantang makan.
Badan pun masih belum kuat lagi. 

Memang berbeza sangatlah kan masa ada anak dengan belum ada anak.
Biasa dulu kalau nak update blog, facebook dan semua-semua tu, relax je. Tak kisah berapa lama.
Sekarang ni, kena curi-curi masa. Anak tido je buat apa yang patut.
Kadang-kadang time dia tido je, kita pulak gatal nak usik-usik dia.hihi..

Oklah, malam ni saya nak update apa yang saya dah upload kat website.
Saya update beberapa jenis butang kat website. Tu pun upload siang tadi, malam ni baru dapat update blog.hihi


Ada lah 2-3 jenis butang saya update hari ni.
Esok lusa ada masa masukkan lagi yang lain.
Stok semua dah packing, tinggal tunggu upload je.
Kalau berminat nak order, boleh terus order di website k.
Website memang saya akan cek selalu, jangan risau.
Tempahan jahitan masih ditutup, saya masih belum larat & kuat lagi badan ni nak buat kerja-kerja memotong dan menjahit =D
Sekian.


No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^