13 February 2014

Barang Baruuu... ;D

Assalamualaikum =)

Lagi item baru dah masuk kat website seperti gambar di bawah ni.


Cuti hari raya Cina hari tu sempat jugak mintak tolong anak buah packing item kecik-kecik ni. =D
Nasib baikla rajin anak buah saya tu.

Alhamdulillah, setakat ni order sentiasa ada untuk barang-barang kat website. Walau tak banyak cukup untuk menyejukkan hati saya sebab kedai online saya ni masih wujud di mata pembeli online. huhu
Cuma tempahan jahitan je saya tak ambil lagi.
Kena tunggu sikit hari lagi.

Selama dalam pantang ni saya mudah masuk angin / pedih ulu hati. Memang seksa betul. Berapa kali panggil bidan datang urut tak kira siang ke malam. Bila kena je, terpaksa panggil. Saya tak boleh salah makan sikit. Silap je mesti kena. Masalahnya makanan yang tak boleh makan tu lah yang saya suka.hehe
Kena sabar je ni, sampai bila lah agaknya ek.

Malam tadi pun kena lagi, rasanya sebab makan tembikai kot. Kena pulak pukul 1 pagi, tengah nak nyusukan anak. Saya cuba baring untuk tidur, mula-mula susah sampailah terlelap sendiri. Pagi-pagi nak bangun solat subuh, saya cuba muntahkan isi perut. Sebab pengalaman sebelum ni, saya muntahkan semua sampai keluar air. Kira dah habis keluar dah tu. Dan saya kira air yang penghujung tu la asid.
Sebelum tu saya minum susu, bila muntah susunya berketul-ketul. Bayangkan susu bercampur dengan asid, dah tentulah berketul kan. Tu yang tadi pagi, saya keluarkan semua. Siap jolok-jolok lagi tekak. uhuhu..Alhamdulillah sekarang agak ok sikit, tak payah panggil bidan urut. Jimat duit..heee

Ok, itu saja perkongsian saya hari ni.
Berminat nak beli barang, boleh ke website k.
Sekian.


No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^