07 March 2014

Mencari bunga penanggah yang cute? Ini dia..jom tengok! ;)

Assalamualaikum =)

Semalam saya dah update katalog dengan satu item baru. Cute Ribbon.
Boleh buat brooch, sepit rambut.
Ishh kalau diikutkan, macam-macam boleh buat kan.
Tapi buat masa ni saya jadikan brooch je, ataupun korang yang masih mencari-cari idea nak buat bunga penanggah, haa jomla guna cute ribbon ni. Comel tau!

Saiz nya besar ye. Jadi sangatlaaaaa sesuai buat bunga penanggah atau bunga rozet. hehh..
Nak order boleh terus emel atau PM saya di FB PAGE.



Sekian ;)

06 March 2014

Headband Nurin =D

Assalamualaikum =)

Hari ni saya masukkan headband seperti gambar kat bawah ni di website.

Sebenarnya masa memborong barang-barang kraf, anak saya yang baru 2 bulan lebih ni suka pulak tengok warna-warni headband ni. Terlonjak-lonjak dia. Jadi saya boronglah sikit. huhu
Macam-macam bentuk bunga ada. Geram dibuatnya.
Bukannya tak boleh buat sendiri kan. heee...Bila dah geram, apa kisah. Beli jela.


Murah je tau!
RM6 saja.
Jom beli untuk si kecil korang. ;)

Nama headband ni sempena nama anak saya. hihi..
Nurin nama pertama anak saya. Nama kedua? Jeng jeng jeng...kalau ada mana-mana item yang boleh dinamakan lagi, saya letak nama kedua pulak.kihkihkih

Order boleh dibuat di website ye.
Sekian.

02 March 2014

Promosi Bulan Mac ;)

Assalamualaikum =)



Promosi bulan Mac saya dah update di website.
Bolehlah tengok-tengok mana yang berkenan =D
Sebenarnya sejak tahun 2014 ni, azam saya nak buat promosi setiap bulan. Promosi untuk item terpilih. Mungkin akan bertukar setiap bulan atau ada item yang masih kekal dengan harga promosi. Semuanya bergantung kepada diri saya. hihi

Untuk shopping, macam biasa boleh ke website k.

Lupa nak update sebelum ni, saya dah buka tempahan jahitan semula.
Nak tempah boleh emel atau pm di Page ya.
Sekian.

Jom LIKE Page Inspire Design ^^