13 October 2014

Pengharaman Perkataan "MURAH"

Assalamualaikum =)

Petang-petang gini sementara nak tunggu mandikan anak, bolehlah taip satu entry kat blog.heee...
Sebenarnya lebih pada nak cerita tentang sambungan entry saya yang lepas.

PENGHARAMAN PERKATAAN "MURAH" OLEH SEBUAH BUTIK ONLINE.

Sebenarnya saya terlupa huraiannya dan tadi dah cari balik, tak jumpa! Alamakk tulah, taknak copy.
Antara isi penting saya dapat kenapa butik online tu tak guna perkataan MURAH sebab perkataan MURAH melambangkan kualiti yang rendah.

Itu hanya pandangan beliau. Kita sebagai individu yang juga berniaga online mestilah ada cara tersendirikan.
Tapi saya tak tolak pandangan pemilik butik ni. Jadi marilah tambah ilmu tak kira dari mana sumber pun, mana yang baik kita cuba. =)

Sekarang ni saya nak cerita lain pulak.hehehe

Semalam saya terima PM dari customer "tak jadi" . Nak order bantal tapi dia tanya boleh tak pos esok atau lusa? Mean pos hari ni atau esoklah...aishhh. Saya tak marah mungkin dia tak tau proses nak buat bantal ni macam mana. Tapi agak tak logik di situ, malam ni order. Esok dah kena pos.

Ok, ini mungkin alasan yang tak boleh diterima oleh orang yang telah berjaya atau orang yang nak berjaya.hehe..dulu saya belum ada anak, anytime, anywhere..haaa apa lagi any...saya boleh buat &siapkan dalam masa beberapa jam je tapi bergantung decoration camne kan. Tapi sekarang dah ada anak, daripada 24jam waktu yang ada, 20 jam hanya untuk urus anak je. Sepatutnya 1 bantal boleh siap 2-3jam, sekarang ni dah jadi 2-3 hari..huhu. Kalau anak sporting masa tu, bolehlah siapkan cepat.

Anak saya dah nak masuk 10 bulan tapi saya masih lagi cuba untuk susun jadual. Bila waktu dia tido, bila waktu saya kena siapkan kerja-kerja rumah. Bila waktu saya perlu online & siapkan kerja-kerja bisnes. huhu. Jadi surirumah tidak se "relax" yang disangka.

Kalau dah tau tak relax, tak payahlah bisnes!". Ehh ada tak orang cakap camni? hehehe...
Saya menyahut seruan PM ye. Surirumah jana pendapatan dari rumah. emmm ok tak?

Ok..bersambung!
Dah maghrib. heee...

Sekian


No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^