25 December 2014

Order : Mini Bantal Maroon

Assalamualaikum =)

Mini bantal color maroon eka & yusof.


Mini bantal ni saiz lama.
Untuk pengetahuan bakal-bakal customer, saya dah upgrade saiz bantal tau dan menggunakan kain yang lebih lembut. Jadi bantal akan jadi super gebuss..

Berminat untuk order?
Boleh terus emel atau PM saya di FB k ;)

Sekian.

15 December 2014

Order : Bantal Kahwin, Tunang & ikut suka...ngeeee

Assalamualaikum =)

Bantal ni dah buat lama, sebelum saya bersalin.
Maknanya dah setahun lah...kekekekke
Tak taulah apa nak jadi, tak pernahnya update order terbaru.
Rasanya boleh update yang baru-baru, bila yang lama dah habis upload.
Kesimpulannya kena update hari-hari baru boleh setel semua.kan kan kan?


Customer ni order bantal saja. Yang bookmark i love u tu saya bagi freeeeee... sebab masa tu ngengada nak buat bookmark. Agaknya si pengantin ni dah ada anak, order dia baru upload..huhuh

Haaa...lagi satu, website tak dapat update lagi. dah 2 bulan tak update tapi alhamdulillah ada jugak customer order kat situ. Planning nak upgrade website tu kasi cun dulu. Tengoklah camne ongkosnya ada ke idak ni nanti. errrr.....

Sekian untuk hari ini.

Berminat untuk order?
Contact saya k ;)

P/s : Orang-orang JB & Singapore, jumpa nanti bulan April 2015 di Stadium Tertutup MBJB k. Wowww lama lagi kau, dah promote awal-awal..hahaha
Barang apa yang ada??? ok, kita tunggu nanti ye. Saya pun tak tau nak bawak apa lagi nanti ni. Nak bawak semua, makanya kena sewa lori..best tak? ngehehehe...

Sekian.

03 December 2014

Order : Mini Bantal Love

Assalamualaikum =)

Mini Bantal Love.
Tapi ni versi lama.
Versi baru, kain lebih soft. =D

Maklumlah semua order lama-lama kan. Sekarang ni sedang melakukan perubahan sikit demi sedikit.ngeee


Customer guna mini bantal ni untuk dihiaskan di Mini Pelamin masa majlis perkahwinan beliau.
Nak tengok gambar?
Jom tengok kat page ID.

Berminat untuk order?
PM saya di FB PAGE atau Emel saja k ;)

Terima kasih.
Sekian.


02 December 2014

Order : Keychain Nama versi baru

Assalamualaikum =)

Kicen nama versi baru.
Saya dah masukkan dalam katalog, boleh rujuk details dalam katalog k ;)




Berminat untuk order?
Boleh pm saya di FB PAGE atau emel saya k =)

Sekian.

Sengat Fest di Teluk Sengat, Kota Tinggi.

Assalamualaikum =)

Sekejap je masa berlalu, dah masuk bulan 12 dah.
Dan hari ni baru rajin nak update gambar masa bukak gerai kat Sengat Fest bulan lepas =D
Festival Sukan Air ni berlangsung selama 4 hari bermula 20 November 2014 hingga 23 November 2014.
Kami jual baju bundle kanak-kanak & kraf.


Alhamdulillah, berakhir sudah 4 hari berkampung kat Teluk Sengat.
Banyak pengalaman kami dapat, bukan saya je tau. Suami & anak saya pun dapat sama. hehehe
Seronok sangat-sangat.
Semangat nak join event lagi.
Bulan Disember ni sepatutnya saya ada join event di Stadium Tertutup MBJB. Tapi cancel sebab penganjur cakap clash dengan banyak event. Takpelah, inshaAllah ada rezeki lagi boleh join.

Sekian. =D

Jom LIKE Page Inspire Design ^^