24 November 2015

Order : Special Request - Cat Car Charm

Assalamualaikum =)

Customer ni pernah order keychain dengan plushy bentuk kucing.
Kali ni pun order kucing jugak tapi versi car charm.
Akak buat je dik.
Kalau takde apa-apa halangan in sha Allah akak usahakan =D


Ok, akak nak tegaskan kat sini tau.
Cara order, korang boleh refer kat side sebelah ni.
Entry yang lepas baru pertama kali akak publish nombor phone.
Nombor fon tu hanya boleh digunakan untuk whatsapp atau telegram SAHAJA.
No message ok.
Akak hanya layan pertanyaan dari whatsapp & telegram saja, bukan melalui mesej.
Nak order kat FB PAGE pun boleh.

Buat masa sekarang ni, melalui emel akak tak galakkan sebab jarang sangat dah bukak emel.
Sebab kadang-kadang terlupa nak bukak.
Tau-tau nak seminggu customer emel. Kesian korang kan.

Ehhh tetiba guna "AKAK" pulak kan?
Tak memasal. haha
Tak mau..tak mau. Kita balik pada asal.

Nak order?
Boleh hubungi saya dengan menggunakan medium order di side kanan blog ini ok.

Sekian.

19 November 2015

Order : Mini Bantal Love

Assalamualaikum =)

Mini Bantal Love color cream bersama dua kuntum bunga ros.


Berminat untuk order produk di sini?
Boleh hubungi saya melalui :

1. PM di FB PAGE
2. Whatsapp atau Telegram 019-6221801

Saya nak mintak tolong pada customer atau bakal customer, kalau nak tengok contoh silalah rujuk contoh-contoh order yang pernah saya buat yang saya dah upload di blog, FB Page atau Instagram.
Tak faham, boleh tanya.

Saya bagitau ni sebab dah bape orang customer PM atau whatsapp suruh send contoh-contoh produk yang saya buat.
Aduii laaa sayang, kalau camtu tak payahlah saya upload gambar kat blog, FB & instagram semua tu. Baik saya taip je kat situ, nak tengok contoh kene PM saya. Nanti saya bagi semua contoh gambar.

Beratus-ratus gambar sayang oiii nak send gambar contoh kat PM.
Saya dah sediakan katalog kat link atas sebelah kanan blog ni.
Saya dah categorize. Senang untuk korang tengok.
Cuma untuk tengok contoh banyak-banyak tu kenalah tengok kat blog, FB atau instagram.
Kalau tak suka baca ayat panjang-panjang kat blog, susah nak tengok contoh, sila tengok di FB PAGE atau instagram. Haa kat situ boleh tengok gambar dengan senang. Kat FB PAGE siap ada folder lagi ikut jenis. Kat instagram scroll je atas bawah.

Agak emosi sikit pagi ni sebab tengah migraine. huhu
Saya tak suka nak marah-marah ni sebab boleh bertambah-tambah sakit migraine ni karang.

Saya jenis mesra, kalau korang PM saya dengan ramah- tamah dan mesra. Saya layan lagiiiiiii ramah. Macam kengkawan je saya layan.

Buat korang yang jenis suka order last minute, kadang-kadang awal-awal tak terfikir nak order, bila dah dekat tarikh ke apa ke terasa nak order pulak kan. Nak tau saya boleh buat atau tidak?
Sila PM, whatsapp atau telegram saya. Kadang-kadang saya boleh buat last minute. Tengok pada keadaan, kuantiti, stok, kesihatan. Pendek kata, kalau takde masalah, in sha Allah saya boleh buat.
 
Ok, sekian bebelan hari ini.

Sekian.



12 November 2015

Order : Bantal 33cm Pink Color

Assalamualaikum =)


Bantal 33cm tema pink.

Berminat untuk order?
PM saya di FB PAGE k. ;)

Sekian.

08 November 2015

Order : Bantal A4 Half Printed

Assalamualaikum =)

Kali ni Bantal A4 saya buat style printed.
Tapi tak semua la sebab guna kain felt macam tak best sangat. huhu
Kena guna material lain, baru best nak print bagai ni.

Boleh kena air tau atau senang cakap kalau nak basuh tu, boleh jeee.



In shaa Allah lepas ni ada produk guna teknik heat press atau print bagai ni. huhuhu
Tapi saya ni baru lagi nak buat produk camni, jadi banyak alatan tak lengkap.
Jalan mana yang boleh dulu.

Sekian.


06 November 2015

Order : Sakura Brooch

Assalamualaikum =)

Tempahan daripada regular customer aka kawan sendiri. hik3


Suka betul kawan saya sorang ni dengan sakura brooch.
Dah bape kali dia tempah. =D
Alhamdulillah, ada jugak kawan yang menyokong bisnes kecik kawan dia ni. heee...
Actually kawan masa sekolah tapi umur dia muda setahun dari saya.
Bila dah habis sekolah, jumpa balik sebab dia satu ofis dengan ayah saya. huhu...
Walaupun ayah saya dah bersara sekarang tapi hubungan tak terputus. Maklumlah zaman teknologi, media sosial banyak untuk berhubung.
Skema tak ayat saya?

Ok. Bye.

Sekian.

05 November 2015

Order : Set Hiasan Kereta Tema Hitam Putih

Assalamualaikum =)

Kali ni buat pertama kali, ada customer tempah tema hitam putih untuk set kereta.hehh
Ok apa. Cantik jugak. Sesuai untuk dalaman kereta yang color hitam ke kan.
Lelaki perempuan bawak kereta tu pun tak kisah.
Kalau color pink, dah sah-sah kereta pompuan. Ye tak?

Tapi kereta saya guna tema kelabu. huhuhu
Kain color kelabu banyak, buat color kelabu la..haha


Customer ni tempah Full Set & tambah lagi sebiji bantal A4

Dalam Full Set ada :
1. Bantal A4 2 biji
2. Bantal Leher 2 biji
3. Sarung Kotak Tisu
4. Seat Belt Cover

Berminat untuk order?
Jom PM saya di FB PAGE.

Sekian.

04 November 2015

Order : Bantal Kereta Saiz A4

Assalamualaikum =)


Depan

Belakang

Berminat untuk order?
Jom PM saya di FB PAGE.

Sekian.

03 November 2015

Ready Stock : Mini Bantal Limited Edition =D

Assalamualaikum =)

Sibuk sungguh dua tiga minggu ni, dengan sepupu-sepupu kahwin 3 minggu berturut-turut. huhu
Patutnya entry ni dah post 3 minggu lepas. Tapi tersimpan kat draft pulak..caittt...

Ok lah, kat bawah ni ready stock mini bantal tau.
Ada 10 color.
Tinggal letak nama je, tampal je tau. Tak dijahit.

Nak tengok lebih dekat, boleh rujuk FB PAGE saya.
Ada album untuk ready stock.


Nak order, boleh terus PM saya di FB PAGE k.

Bulan November ni banyak kerja kena siapkan termasuklah renew domain & hosting.
In sha Allah menjelang 2016 website dah boleh guna payment gateway.
Lebih mudah & cepatlah lepas ni customer nak shopping.

Produk pun akan saya tambah in sha Allah, daripada kraftangan, produk baby & kanak-kanak, produk kesihatan & kecantikan.
Cuma kemunculannya akan berlaku perlahan-lahan.
Tangan ada dua je nak buat semua. huhu.
Bila macam-macam benda nak buat, otak pun jadi serabut.
Perlukan waktu & hati yang tenang nak buat semua.hehe

Oklah, stop membebel.
Jom sambung buat keje.

Sekian.

19 October 2015

Order : Special Request - Cat Plushy & Keychain

Assalamualaikum =)


Customer ni peminat kucing ke apa, tak pasti lah pulak. hee..siap repeat order lagi. Bentuk kucing jugak.
Tapi next post saya upload k. ;)
Design semua customer yang beri, saya tinggal potong & ikut je macam dia bagi.
Yang besar tu kira macam plush toy jugaklah, yang kecik tu keychain.

Korang boleh request nak apa & macam mana.
In shaa Allah, kalau mampu saya buat. =D
Kita bincang-bincang dulu k.

Macam biasa , kalau tajuk ada tulis Special Request maksudnya takde dalam katalog saya.
Saya buat ikut permintaan customer.

Berminat nak order dengan Inspire Design?
PM saya di FB PAGE k.

Sekian.

16 October 2015

Order : Colorful Signage

Assalamualaikum =)


Colorful signage sangat la kan...
Yang colorful nya bunga cinonet tu je.

Signage ni digunakan untuk apa yek?
1. Nak bagi cenderahati kat boss / officemate bila nak resign atau tamat perkhidmatan/latihan praktikal
2. Gantung kat pintu bilik tidur, bilik ofis
3. Gantung kat luar rumah
4. Gantung kat katil anak
5. Buat props untuk majlis-majlis tertentu

Haaa...kalau korang kreatif nak guna kat mana lagi. Sila order...hikhikhik

Sekian.

15 October 2015

Tips & Tutorial Perniagaan : Tips Untuk Memulakan Perniagaan

Assalamualaikum =)

Topik hari ni yang ingin saya kongsikan ialah TIPS UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN.

Jika anda telah membaca entry saya yang lepas dan anda seorang yang masih samar-samar untuk memulakan perniagaan, di sini saya bagi tips yang mudah untuk anda ikuti.

1. JUAL PRODUK ORANG LAIN
Anda masih tak tau nak jual apa?
Takda idea nak keluarkan produk sendiri?

Baik, satu cara paling mudah ialah jual produk orang lain.
Jika produk itu sudah mempunyai jenama yang kukuh di pasaran, itu lebih baik.
Tetapi jika sebaliknya, anda harus lebih kerja kuat. Sesetengah pemilik produk akan membantu stokis atau agen mereka dalam aspek pemasaran. Gunakan peluang ini untuk mendapatkan ilmu daripada mereka.

2. PROGRAM DROPSHIP
Pernah dengar program dropship?

Program ini sangat membantu mereka yang tidak mempunyai modal. Kebanyakan pemilik tidak mengenakan sebarang yuran atau caj untuk membantu menjual produk mereka. Namun masih ada yang mengenakan sejumlah bayaran untuk mula menjual produk mereka. Ini bagi memastikan anda benar-benar serius untuk menjual produk mereka.

Terpulang kepada anda untuk memilih yang mana. Jika anda sanggup membayar yuran, anda harus berusaha supaya yuran yang anda bayar berbaloi dengan komisyen yang anda akan dapat.

Sekiranya anda tidak dikenakan sebarang bayaran, anda akan mendapat komisyen atau keuntungan bergantung kepada usaha anda. Ianya lebih menguntungkan bukan?

3. MODAL YANG RENDAH
Jika anda berniat untuk mempunyai stok sendiri dengan modal yang rendah, anda boleh membeli secara borong dalam kuantiti yang sedikit.
Sebagai contoh anda mempunyai modal sebanyak RM100, gunakan sebaik-baiknya untuk memilih produk yang ada inginkan.
Terlalu banyak produk yang boleh dijual hanya dengan modal yang sangat rendah. Risiko anda juga rendah. Tidak perlu modal beribu-ribu tetapi anda tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya kepada perniagaan anda itu.

Semoga anda mendapat manfaat dan idea untuk memulakan perniagaan sama ada secara atas talian atau tidak.

Sekian.

Order : Brooch & Sepit Rambut

Assalamualaikum =)


Order dari regular customer. huhu
Sepit Rambut untuk anak dan brooch untuk ibu.

Berminat untuk order?
Jom PM saya di FB PAGE.

Sekian.

14 October 2015

Tips & Tutorial Perniagaan : Siapa yang sepatutnya berniaga?

Assalamualaikum =)

Tahukah anda, siapa yang sepatutnya berniaga?
Jawapannya, semua orang patut berniaga.
Besar atau kecik, muda atau tua, lelaki atau perempuan semua boleh dan seharusnya berniaga.

Apa yang penting
  • Rajin
  • Minat
  • Komitmen 
Baru-baru ni, saya nak beli barang kosmetik dengan seorang online seller.
Bila dah senaraikan barang, seller offer saya untuk join group dropship untuk dapatkan harga yang murah.
Niat saya pada awalnya nak beli barang untuk diri sendiri je, bukan nak dropship.
Malaslah juga sebab saya taknak jual kosmetik.hehehehe

Tapi saya ubah fikiran, oklah saya join. Tak rugi pun. Bukan keluar modal.
Bila dah masuk group, alangkah terkejutnya saya.

Dalam group tu, saya antara yang dikira agak berusia.
Majoriti dalam tu semuanya belasan tahun.
Paling muda 13 tahun.
Masing-masing buat sale gila-gila.

Admin sampai pening kepala, baru restock dah habis. Tak menang tangan dibuatnya.
Dan inilah satu-satunya group yang paling aktif pernah saya join.
Tiba-tiba rasa diri ni kerdil nak dibandingkan dengan adik-adik ni.

Nampak tak?
Seusia 13 tahun dah buat sale mencanak-canak.
Baru 13 tahun, bayangkan 10 tahun akan datang macam mana kehidupan dia?
Kalau sekarang ada diantara anak muda bergelar jutawan seawal usia 20an, tak mustahil akan datang belasan tahun dah jadi jutawan. (Ke dah ada sekarang budak sekolah dah jadi jutawan? Mungkin saya agak ketinggalan di sini?)
Saya sangat kagum dengan kesungguhan adik-adik ni.
Tak payah mintak mak ayah duit belanja sekolah lagi.

Tapi adik-adik yang nak berniaga kenalah mintak izin mak ayah dulu.
Sebab ini melibatkan jadual harian.
Kena fikir waktu belajar, waktu uruskan perniagaan. Kena seimbang, jangan abaikan pelajaran ok!

Sekian untuk entry kali ini.
Kena sambung siapkan tempahan sementara tengah cuti Maal Hijrah.

SALAM MAAL HIJRAH.
Mari sama-sama kita berhijrah.

Sekian.


Order : Keychain Talk

Assalamualaikum =)

  • Buat cikgu, pekerja swasta, pelajar praktikal, bakal-bakal pengantin atau sesiapa yang rasa takde idea nak bagi cenderahati
  • Rasa bosan dengan cenderahati yang korang selalu nampak kat pasaran
  • Suka sesuatu kelainan untuk bagi cenderahati kepada seseorang
  • Nak buat hang tag kat beg anak, beg sekolah atau apa-apa jela
Memperkenalkan......................

KEYCHAIN TALK

Sebelum ni saya pernah keluarkan Button Talk.
Button Talk sebenarnya macam button badge tapi saya punya versi felt.
Boleh klik BUTTON TALK untuk tengok koleksi tempahan customer.

Sekarang ni muncul pulak Keychain Talk.




 

Berminat untuk order?
Sila PM saya di FB PAGE ye.

Sekian.

13 October 2015

Order : Sarung Telefon

Assalamualaikum =)



Sarung telefon untuk handphone apa tak ingat pulak.
Tapi saiz besar, kena buat lubang kocek melintang..huhu

Berminat untuk order produk Inspire Design?
Jom PM saya kat FB PAGE.

Sekian.

12 October 2015

Order : Special Request - Mini Coin Purse

Assalamualaikum =)


Mini Coin Purse untuk Hari Raya Aidilfitri yang lalu.
Kecik comel je. Kalau duit kertas kena lipat 4 kalau tak silap..hehe

Special request daripada customer. Takde dalam katalog k.

Berminat untuk order produk di Inspire Design?
Jom PM saya di FB PAGE.

Sekian.

11 October 2015

Order : Button Talk Pink Color

Assalamualaikum =)

Button Talk Raikan Cinta.
Takde gambar close up.
Masa ni kelam-kabut. huhu..


Berminat untuk order?
Jom PM saya di FB PAGE.

Sekian.

10 October 2015

Tips & Tutorial Perniagaan : Produk yang berguna?

Assalamualaikum =)

Sedikit perkongsian hari ni berkenaan dengan tajuk di atas.
Apa yang saya maksud dengan produk berguna?
Semua produk pun berguna ye tak?



Pernah dengar tak kata-kata seorang sifu tentang ayat ini.

"Jual produk yang dapat menyelesaikan masalah orang lain"


Tentu pernah dengar kan?
Tak payah nak pening-pening, sebenarnya kebanyakan perniagaan memang mengeluarkan produk yang dapat menyelesaikan masalah orang lain.

Sebagai contoh, produk sambal.
Sekarang ni banyak betul produk sambal kat pasaran kan?
Sambal belacan, sambal kering, sambal tempe.

Macam mana pulak produk tu boleh menyelesaikan masalah orang lain?
Tahukah anda, dengan adanya produk ini di pasaran dapat menjimatkan masa orang lain untuk masak? haa...hehehe
Daripada 30 minit memasak, dah jadi 20 minit je. 
Contoh kalau selalunya nak masak 3 lauk. 1 lauk mengambil masa 10 minit untuk siap. 3 lauk dah 30 minit. Tolak masa membuat sambal dengan membeli yang dah readymade kat pasaran, tinggal 20 minit je waktu memasak. Haa kan jimat masa tu...hahaha.
Ehh saya bergurau je. 

Sebenarnya, nak buat promosi pastikan kita buat promosi dengan highlight kan masalah & kita dapat menyelesaikannya dengan produk keluaran kita.

Saya pun masih lagi belajar untuk buat promosi cara begitu. Memang agak sukar nak fikir promosi yang kreatif bila kita asyik terkejar-kejar nak buat itu ini. Memandangkan produk saya bukan produk readymade, nak produce produk, nak promosi, nak update media sosial. Haihhh, bukan suatu perkara yang mudah tau. Saya percaya ramai lagi seperti saya.

Tak mengapa, jom perlahan-lahan kita tingkatkan usaha.

Satu lagi kata-kata daripada seorang sifu.

Letaklah impian setinggi langit. Kalau jatuh, jatuh di atas gunung.
Jangan impian setinggi gunung, nanti jatuh terus tersungkur.

 Sekian.
 

Order : Mini Bantal

Assalamualaikum =)

Lagi order mini bantal tema pink.


Berminat untuk order produk di Inspire Design?
Jom PM saya di FB PAGE.

Sekian.

08 October 2015

Tips & Tutorial Perniagaan : Mengenalpasti Potensi Bisnes Dengan Diri

Assalamualaikum =)

Sebagai sambungan daripada entry yang lepas, "Macam mana nak mulakan bisnes".
Sekarang ni kita masih berada di zon mencari idea perniagaan & baru ingin mencuba.


PERTAMA : CUBA PERNIAGAAN PENIAGA LAIN YANG DAH MAJU

Sesetengah peniaga, dia akan berniaga seperti peniaga yang menjual produk yang laris. Contohnya pisang goreng. Sebab dia nampak perniagaan orang tu berjaya & dia pun nak buat jugak.

"Minah tu jual pisang goreng, laku. Ramai orang beli. Nak kata sedap sangat, biasa je"

Pertama, rezeki Allah bagi kat dia.
Kedua, mungkin lokasi perniagaan dia betul.
Ketiga, mungkin juga dia memang suka memasak.
Keempat, cara promosi yang berkesan.

Percayalah pada potensi diri, meniru orang lain bukan tak boleh tapi biar kena dengan caranya.

Pada saya nak meniru, kena tengok diri sendiri dulu.
Kalau orang tu jual pisang goreng laku, kita nak jual pisang goreng jugak.
Tapi tak tengok potensi diri.
Boleh ke kita memasak?
Minat atau tidak untuk buat bisnes ni?
Perniagaan untuk jangka masa panjang, sama ada kita boleh bertahan atau tidak sebab kita meniru orang lain.

Jujur daripada diri saya sendiri, saya tak minat nak jual pisang goreng sebab saya tak minat memasak..hahaha. Masak untuk family je bolehlah.
Boleh memasak, resepi pun tak susah mana tapi boleh ke saya buat perniagaan ni dalam jangka masa yang panjang? Minat atau tidak?
Jawapan saya, tidak. Sebab saya tak minat memasak. Full stop.

Kalau saya paksa jugak untuk buat, pada awal berniaga saya akan rasa begitu bersemangat. Maklumlah, baru mula. Tapi lama-kelamaan, semangat saya akan merundum sebab saya sedang buat perkara yang saya tak minat. Itu saya, kalau anda rasa anda boleh. Sila teruskan. Pendek kata, ukur di badan sendiri.


KEDUA: MENCUBA PELBAGAI JENIS PERNIAGAAN

Ada beberapa usahawan yang dah berjaya, pernah membuat pelbagai perniagaan. Ada yang masih teruskan perniagaan itu sehingga sekarang, ada yang hanya 1 daripada 3 perniagaan dahulu dan ada yang berubah ke perniagaan yang lain.

Pernah saya terbaca cerita salah seorang usahawan kosmetik yang dah famous dalam dunia online. Dulu dia pernah cuba untuk buat bisnes andaman, jual laksa, tudung dan beberapa lagi. Beliau memang seorang yang sangat rajin dan suka mencuba. Tapi apa yang beliau nak sampaikan, tak semua perniagaan tu punyai potensi terutama pada diri sendiri. Dalam 5 perniagaan, hanya 2 yang masih bergerak hingga sekarang. Dan dia fokus pada perniagaan sekarang.

Risiko mencuba pelbagai jenis perniagaan ni, pertama sekali dah tentulah modal. Walaupun sedikit tapi ia tetap dipanggil modal. Buat keputusan dengan bijaksana sebab yang nak keluarkan modal, diri kita jugak.
Tak jadi bisnes A, cuba bisnes B. Tak jadi bisnes B, cuba bisnes C. Rugi modal, rugi masa.

Pastikan modal yang kita keluarkan, akan dapat pulangan yang berganda. Jadi pastikan perniagaan yang kita nak jalankan, kena dengan jiwa, kena dengan minat & kita tahu arah tuju perniagaan tu. Bila dah buat keputusan, fokus pada yang satu.

KETIGA : FOKUS PADA MINAT & BAKAT

Sangat beruntung orang yang mempunyai minat & bakat. Semua orang punya minat & bakat. Sedar tak sedar je.

Sebagai contoh, bakat dalam bertukang. Tak semua orang lelaki boleh buat. Dahlah berbakat, minat pulak tu. Baik, sila teruskan perancangan anda untuk memulakan bisnes yang berlandaskan minat dan bakat. Percayalah, anda akan rasa sangat enjoy, seronok dan sangat bersemangat untuk berniaga.

Kawan-kawan, anak buah pernah bertanya dengan saya. Nak bisnes tapi tak tau nak bisnes apa? Nampak macam best je bisnes online ni.
Jawapan saya sangat mudah, bisnes apa yang kau minat. Kalau kau minat make up. Kau jual barang-barang make up. Simple. Jadi, kita boleh fokus, rasa sangat seronok & sangat bersemangat.

Bak kata Dr Azizan masa saya pergi seminar dulu, "Berniaga kacang tanah pun boleh jadi jutawan".
Betul, saya sangat setuju dengan Dr Azizan. Saya pegang kata-kata tu. In shaa Allah, moga kita sama-sama berjaya.

Semoga apa yang saya sampaikan ni serba sedikit, dapat membantu anda dalam mencari idea untuk perniagaan.
Pesanan saya, semua ni hanya pendapat daripada pengalaman saya. Mohon jangan ada pertikaian mengenai point yang saya sampaikan. Buat pesanan awal-awal sebab ada ramai manusia di luar sana yang suka mencari kesalahan orang lain. Peace! ;)

Sekian.

Order : Mini Bantal Pinkish

Assalamualaikum =)

Mini Bantal tema pink love love...hehh


Berminat untuk order produk Inspire Design?
PM saya di FB untuk order k.
Boleh tengok katalog di link kanan atas.

Sekian.

07 October 2015

Tips & Tutorial Perniagaan : Macam Mana Nak Mulakan Bisnes

Assalamualaikum =)

In shaa Allah, mulai hari ni saya buat slot untuk Tips & Tutorial.
Mana yang saya tau, akan saya kongsikan kat slot ini.

Memandangkan setiap kali saya bukak blog, bila tengok bahagian keyword searching (kalau tak silap)
banyak pulak keyword cari tutorial, ada yang berkaitan macam mana nak buat kraf, bahan-bahan yang digunakan, tips lah..pendek taip..macam-macamlah. Tercetuslah idea yang tak seberapa ni.
Jadi, sesiapa yang dah sampai kat blog saya ni. Follow dan Bookmarklah terus..hihihi

Apa yang saya kongsikan ni berdasarkan pendapat saya sendiri melalui pengalaman tau.
Pengalaman yang tak berapa nak lama pun.
Saya bukan otai, bisnes pun masih lagi merangkak, belum boleh berjalan @ berlari lagi (dalam proses in shaa Allah).
Jangan nanti ada yang mempersoalkan itu ini.

Hari ni saya kongsikan berdasarkan tajuk di atas k.
Buat yang berangan-angan, merancang atau nak mulakan bisnes tapi blur dan tak tau nak start bisnes apa. Jenuh dah fikir nak bisnes apa. Boleh guna tips yang saya berikan ini.

APA YANG ANDA SELALU LAKUKAN SEHARIAN / HOBI?

  • Cuba semak balik apa yang korang suka buat hari-hari. Fikir dari korang celik mata nak solat Subuh sampailah korang nak tidur malam.
  • Jangan fikir benda besar je, fikir yang kecik-kecik sekali. Maksudnya, kalau kerja memasak, basuh baju semua tu benda yang biasa dan kita nampak kerjanya. Cuba cari benda yang korang sendiri je buat.
  • Contoh dalam pemilihan pakaian dalam..haaa...kehkehkeh...Korang agak cerewet dan suka sangat pakai corak kartun. Ada orang tau tak korang suka pakai corak kartun selain pasangan (kalau dah ada pasangan)? Gunakan tabiat korang sebagai idea bisnes, ianya akan jadi sangat menakjubkan. Sebabnya korang tau tak, ada berjuta-juta manusia kat dunia ni. Mustahil takde sorang pun sama tabiat macam korang. Haaa...nampak tak? nampak tak? Betul ke betul?
MINAT ATAU BAKAT


  • Cari minat atau bakat korang sepanjang berapa belas atau puluh tahun korang hidup. Sila ingat kembali. 
  • Mungkin minat itu boleh menjadi idea bisnes
PENYELESAIAN KEPADA MASALAH ANDA

  • Dalam kita menjalani kehidupan seharian, kadangkala ada benda yang kita ada trick tersendiri nak menyelesaikan masalah tersebut.
  • Sebagai contoh, korang ada idea nak settle kan kain perca atau baju-baju lama yang tak dipakai untuk dijadikan perhiasan, selimut yang cantik, permaidani dan lain-lain. Selalunya korang buat untuk guna kat rumah je, maklumlah guna kain terpakai. Dulu masa kecik-kecik mak saya suka sangat buat selimut dari perca-perca baju raya. Jadilah selimut yang sangat cantik sebab ada macam-macam corak. Lepas tu kami adik-beradik dah macam main teka-teki ni baju mak, baju akak, ni baju kau...hehehe
IMBAS KEMBALI CARA HIDUP ZAMAN LAMPAU
  •  Korang perasan tak air minuman dalam botol kaca sekarang dah banyak brand? Setahu saya, zaman saya kecik-kecik dulu ada jual. Lepas tu dah tak nampak lagi. Tup tup sekarang keluar lagi dalam versi yang lebih cool & segar.
  • Kalau korang rajin bersembang dengan moyang, atok nenek. Cuba tanya mereka, benda yang paling rare pada zaman tu yang ramai anak-anak muda atau orang ramai suka. Jadikan itu sebagai idea bisnes.

Inilah serba sedikit tips dari saya untuk anda yang nak mencari idea bisnes secara kecil-kecilan...besar-besaran kena cari sifu-sifu ya..hehehe
Semoga dapat dimanfaatkan.
Jumpa lagi dilain kesempatan dalam slot ini.

Sekian.

Order : Bantal A4 Ekpress

Assalamualaikum =)

Bantal Ekpress ni sesuai sangat untuk mereka yang suka order last minute..ngeee..
Yela saya bagi contoh, kadang-kadang dok cari-cari nak bagi apa kat member nak kahwin minggu depan.
Cari punya cari tak jumpa-jumpa.
Tup tup lusa dah majlis kawin member, tetiba jumpa pulak ON9SHOP saya ni kan.ngeee
Boleh terus order readymade, tinggal letak nama je.

Order pagi, petang dah boleh pos. Esoknya dah boleh sampai uolss.
Tapi nama ditampal je tau.


Nak order?
Meh PM saya kat FB.

Sekian.

06 October 2015

Order : Signage Gemuk

Assalamualaikum =)

Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Kenapa mesti signage gemuk?
Apa tu?

Nak bagi nama produk pun kena kreatifkan?
Otak ni jem, takde idea..
Belasah jela. gemuk pun gemukla.haha
Macam orang yang buat..sama..ngeee


Haaa ni lah dia si gemuk.
Ala gemuk sikit je.
Semua atas permintaan customer.

Customer saya ni dia bisnes sambal, korang boleh tengok-tengok kat instagram the sambal.
Sapa suka makan sambal boleh cari akak ni. =)

Berminat nak order produk di Inspire Design?
PM saya di FB PAGE k. ;)

Sekian.



Order : Hard & Soft Headband

Assalamualaikum =)



Soft headband sesuai untuk bayi hingga dewasa.
Kalau yang keras tu sesuai untuk kanak-kanak hingga dewasa.

Berminat untuk order?
Jom PM saya di FB PAGE.

Sekian.

05 October 2015

Order : Special Request - Keychain Huruf

Assalamualaikum =)

Macam biasa, kalau special request tu, maknanya takde dalam katalog saya.
Saya buat ikut permintaan customer =D


Sekian.

Craft Supplies : Pakej Felt Polyester

Assalamualaikum =)

Pakej Felt Polyester 12 color dan dapat FREE 1 color.
High Quality Felt Poly.
14.mm
Tebal dan sangat sesuai untuk buat kraf.

Felt jenis ni yang saya guna dari dulu sampai sekarang dan tak rasa nak tukar supplier lagi.
Untuk yang mengenali Ms Craft Shoppe, ok saya merupakan salah seorang agen dia ya sejak 2012. ;)
Mungkin sedikit mahal tapi kualiti sangat best.


 PAKEJ FELT POLYESTER 12 COLOR
FREE 1 COLOR
(NORMAL COLOR)
1.4mm
Random color
Saiz A4
RM20/pek

PAKEJ FELT POLYESTER 12 COLOR
FREE 1 COLOR
(PASTEL COLOR)
1.4mm
Random color
Saiz A4
RM20/pek
Berminat untuk order?
PM saya kat FB PAGE k.
Kat website tak boleh nak tambah stok sebab space dah penuh..huhuhu
Tunggu hujung tahun ni, renew terus tambah space..ngeee..
Sekian. 

04 October 2015

Order : Set Hiasan Kereta Tema Ungu

Assalamualaikum =)

Set Hiasan Kereta order dari nunnn jauh di Sabah.


Set Hiasan Kereta Full set ada :
2 biji Bantal A4
2 biji bantal leher
1 unit sarung kotak tisu
2 unit seat belt cover

Customer ni tambah 1 biji bantal A4. Sebab anak dia ada 3 orang kot..hehe

Ada jugak yang tak nak seat belt cover atau sarung kotak tisu.
Boleh je, yang tu saya namakan 3 in1 set.

3 in 1 set ni ada :
2 biji bantal A4
2 biji bantal leher
1 unit sarung kotak tisu / 2 unit seat belt cover

Nak pilih sendiri pun boleh. PM je saya kat FB, nanti kita sembang-sembang.
Deposit / full payment diperlukan untuk lock turn & confirm order.
Selagi tak buat payment selagi tu la order tak proceed. =)

Jom cantikkan kereta korang.. ;)


Sekian.

03 October 2015

Lelong Mix Brooch

Assalamualaikum =)

Dekat FB PAGE saya ada buat folder khas untuk saya LELONG barang-barang saya.
Boleh skodeng kat FB PAGE saya jugak k.
Kat bawah ni, saya nak clearkan stock brooch.
Ada banyak brooch ready stock sebenarnya untuk standby bawak ke event ke apa ke kan.

 LELONG MIX BROOCH
Ada 50pcs. FREE 3pcs+kotak
RM50 sekotak
Free Postage SM
Sabah/sarawak tambah RM4

Ada 2 kotak je.
Nak order, PM saya FB PAGE k.
Mekaseh.

Sekian.

Order : Special Request - Flowery Handbouquet

Assalamualaikum =)

Bunga tangan ni special request.
Order dah bertahun kot.
Customer request untuk hari pertunangan, rasanya sekarang ni dia dah kawin. Ntah-ntah dah ada anak..hahaha

Tak upload awal-awal sebab saya tak berminat sangat nak buat handbouquet ni..haha..boleh gitu?
Hanya orang yang betul-betul dah tau teknik nak buat bunga tangan ni je yang rasa betapa best nya buat bunga ni kan. ngee...

Masa tu saya terima order ni sebab rasa macam syiokkk je kalau dapat buat bunga tangan.
Tengok gambar nampak macam menjadi & customer pun puas hati tapi diri sendiri rasa tak best. Tak tau kenapa..ngeee...
Nak tengok customer saya pegang bunga ni masa bertunang bolehlah ke FB PAGE saya ek, tak mo penuhkan space letak gambar banyak-banyak kat sini..kehkehkeh



Kalau saya letak Special Request tu maksudnya takde dalam katalog saya.
Saya buat mengikut permintaan.
Kalau customer percaya kat saya, saya ok je.
Mana yang mampu, saya usahakan. In Shaa Allah. =)

Sekian.

02 October 2015

Order : Special Request - Keychain Ikan Emas

Assalamualaikum =)

Kali ni customer request untuk buat kicen Ikan Emas.
Memandangkan customer ni kawan saya masa mengajar dulu, jadi macam-macamlah permintaan kan..hehehe
Tapi permintaan yang saya mampu buat, Alhamdulillah.

Kawan yang saya panggil Kak Maznah ni sambung belajar ambil kos Pendidikan Seni, jadi projek sem dia kena buat benda ni lah, tak tau ape benda namanya tapi Keychain ikan ni objek utama dalam projek dia..hehehe

Setiap ekor kena lain-lain coraknya.
Mula-mula rasa macam susah je tapi bila dah buat, oo bolehlah cuba.

Best kan, projek sem upah kat orang..haha


8 ekor saiz besar & 7 ekor saiz kecil.

Buat masa sekarang ni saya masih terima special request camni, nanti dah start projek baru rasanya terpaksa tutup order camni..huhu.

Berminat untuk order produk Inspire Design?
Jom PM saya kat FB PAGE.
Akan dilayan dengan penuh mesra..hekhekhek

Sekian.

01 October 2015

Craft Supplies

Assalamualaikum =)

Disebabkan space website dah penuh, terpaksalah update craft supplies kat blog..huhu
Belum ada daya nak upgrade website..ngeee
Semua exclude postage ye.
Boleh PM saya di FB untuk order.

BROOCH PIN
2cm (30pcs) = NP : RM5, Sale : RM4
2.5cm (30pcs) = NP : RM5, Sale : RM4
2.5cm (100pcs) = RM12

EYEBALL 8mm
100pcs = RM5

LELONG
MINI PEK PERMULAAN FELT
RM6/pek
Free 1 PEK
semua dalam gambar

 PRE CUT FLOWER LOVE PETALS
10set = NP : RM6 , Sale : RM5.50
1 set = 3 size
10set = 10colors

 SET COMEL DIY SNAP CLIP
10set = RM7.50
10 color/pek

PRE CUT MARIPOSA BUTTERFLY
10set = RM7.00
10 colors/pek

DONUT BUTTON 10pcs = RM1.80
LOVE BUTTON 10pcs = RM1.80
FLOWER BUTTON 10pcs = RM1.80
START BUTTON 10pcs = RM1.80
KISS BUTTON 10pcs = RM2.50
BEAR BUTTON 10pcs = RM2.50
 
 MOUSTACHE BUTTON 10pcs = RM1.80
FELT FLOWER APPLIQUE 10pcs = RM5.00
CANDY ROUND BUTTON 6mm 20pcs = RM2.50
PEARL COLORFUL 4mm 50pcs = RM2.00
PEARL COLORFUL 5mm 50pcs = RM2.50

MANIK MUTIARA SEPARA BULAT 
30pcs = RM3.50

PAKEJ FELT POLYESTER 65color = RM90.00

 PAKEJ FELT POLYESTER 12 COLOR
FREE 1 COLOR
(NORMAL COLOR) 
Random color
1.4mm
Saiz A4
RM20/pek

PAKEJ FELT POLYESTER 12 COLOR
FREE 1 COLOR
(PASTEL COLOR) 
Random color
1.4mm
Saiz A4
RM20/pek

 SNAP CLIP 4.5cm 12pcs = RM1.50

 SNAP CLIP 6.5cm 12pcs = RM2.00

 HURUL FELT FONT 1 10set/pek = RM6
10colors/pek

 HURUL FELT FONT 2 10set/pek = RM7
10colors/pek

HURUL FELT LOOSE FONT 1 10pcs/pek = RM2.50
1 huruf = 10colors/pek
Huruf a hingga z

HURUL FELT LOOSE FONT 2 10pcs/pek = RM2.50
1 huruf = 10colors/pek
Huruf a hingga z

HEADBAND 0.8cm (PLASTIK) 
12pcs/pek = RM9.60

PRE CUT FLOWER 8PETALS 3.58cm
50pcs/pek = RM5.00
 10colors/pek
5pcs/color

PRE CUT BUNGA LILAC 15cm & 22cm
100pcs/pek = RM10.00
 10colors/pek
10color 15cm / 50pcs
10color 22cm / 50pcs

KEYRING BERBIKU 2.5cm
 30pcs = RM5.50
 100pcs = RM16

LELONG MIX BROOCH
Ada 50pcs. FREE 3pcs
RM50 sekotak
Free Postage SM
Sabah/sarawak tambah RM4

PRE CUT DAUN 1
RM2.50 / pek
1 pek = 10pcs


PRE CUT FLOWER LAYER
RM7 / pek
1 pek = 10set/20pcs

PRE CUT BUNGA LILAC
RM10 / pek
1 pek = 50pcs saiz kecil & 50pcs saiz besar
Mix Color

Jom LIKE Page Inspire Design ^^