31 January 2015

Mini Bantal Limited Edition

Assalamualaikum =)

Cewahhh...dah baca tajuk entry ni?
Bantal pun ada limited edition tau.
Tetiba teringat cerita Delina tv3, Salmah Limited Edition..huhu


Mini bantal ni design nya camni la ye, tinggal letak nama je.
Ada 10 color.
Berminat boleh PM saya di FB, nanti saya bagi color-color yang ada.
Gambar setiap satu bantal belum edit lagi.

2 hari tak update blog, bizi update kat instagram & Facebook.
Balas whatsapp sume..huhu. Super bizi okeh.

So, pada mommies yang mencari Pencil Skirt bolehla jenguk ke FB saya atau instagram.
Harga super duper BEST!!!!!!
Dah ramai yang grab. Jom!

Instagram : @babyncrafts_inspiredesign2u

Sekian.

28 January 2015

Kerongsang Kreatif

Assalamualaikum =)






Semua kat atas ni ready stock ye.
Limited quantity.
Berminat untuk order, boleh terus PM saya di FB k. ;)

Ok, nak share satu cerita ni.
Satu hal yang buat saya terfikir-fikir dan rasa macam tak percaya...hehehe
Kawan satu sekolah, satu kampung, bakal jadi ahli keluarga saya. Tak sudah-sudah rasa tak percaya ni.
Kawan yang saya kenal sorang yang pendiam, baik, pegi sekolah pun kemas, baju licin je, muka pun nampak baik suci gitu..hihih...tetiba tup tup nak jadi ahli keluarga..wawawawa....

Yang paling rasa tak percaya, saya naik pangkat jadi makcik dia...waaaaaaaaaa....kelako ok!
Kawan saya ni lelaki, umur sebaya saya berkenan pulak dengan anak sedara saya. Anak sulung abang saya. Jarak umur diorang 9 tahun. Umur memang bukan penghalang tapi saya terasa tua bebenor ni. Auchh...bertabahlah menghadapi dugaan..kihkihkih.

Si member ni pun serba-salah nak panggil abang saya ni pakcik..hahaha..sebab abang saya sebaya dengan abang dia. Dia bantai panggil abang je, gasak kaulah Zainuddin....aduiii laa.kihkihkih

Ok, masih cuba menerima kenyataan yang kawan sendiri akan jadi anak buah. hahaha

Sekian.

27 January 2015

Order : Soft Headband Lembut

Assalamualaikum =)


Order borong.
Customer ni ada kedai, pasal tu le diborong. heh..

Tak boleh nak  duduk kat lappy lama-lama.
Hari ni entah kenapa secara tiba-tiba, banyak benor pertanyaan/order masuk dari beberapa medium. cewahh! Rezeki. Syukran.
Whatsapp, FB Page, Fb Profile, Emel..Dah macam berpinar-pinar mata ni. Nak update stok lagi. kekeke

Jom ke instagram saya. @babyncrafts_inspiredesign2u
Ada banyak baju, kasut baby cute mute.
haaa...saya tambah sikit nama kat depan.
Sebabnya orang ingat saya bisnes print & design pulak.
Print & design coming soon. Kalau cukup kaki tangan ni nak buat semua.
Plan awal bagi nama cenggini sebab nak bisnes printing tapi dah kelaut pulak.

Sekian.

26 January 2015

Order : Mini Bantal Love

Assalamualaikum =)


Mini Bantal Love
Ni lama punya style ye.
Yang terkini, saya dah ubah bentuk. Rasa macam lagi comel le...perasan! heh...

Berminat untuk order?
PM saya di FB k ;)

Sekian.

25 January 2015

Big Shot rosak? Jom repair sendiri!

Assalamualaikum =)

Haa...baru tercapai hasrat nak post entry tentang Big Shot.ngeee...

Haritu Big Shot saya rosak. Tak boleh gelek.
Memang nak menangis sebab dalam beberapa hari lagi saya akan join Festival.
Mintak tolong suami betulkan. Ok, dia janji dia akan betulkan. Lega hati & letakkan sepenuh harapan pada dia. heh...

Tapi disebabkan tak sabar, saya memandai bukak skru sendiri. Tapi nak pisahkan part yang ada tu tak reti sebab dia melekat. Jadi bila suami saya balik sekolah tu, dia cuba bukak pelan-pelan. Ok, berjaya!

Jadi, kalau korang nak bukak sendiri. Bukak pelan-pelan ye, jangan takut takde benda pun. Cewah!


Gambar kat atas ni semua part yang ada ye.
Bila dah dibukak semuanya, suami saya cek rupanya bearing pecah.
Kami google.
Kebanyakkan masalah Big Shot memang inilah. Bearing.
Jadi, kalau Big Shot korang tak boleh gelek dengan smooth, maknanya bearing la.
 


Ni rupa side yang tempat kita nak pusing-pusing tu.


Haa...yang ni lah bearing. Yang bulat ada dua ni, atas dan bawah.
Bearing bawah yang pecah, tapi gambar atas ni dah guna bearing baru.

Benda ni boleh cari kat kedai spare part motor atau kereta. Harga yang saya dapat paling murah RM17.
Banyak kedai cari, semua kena order sebab saiz bearing ni tak banyak mesin guna. Kalau saiz biasa melambak, saiz untuk Big Shot ni kena order. Ni kat tempat saya,  kalau tempat korang ada ready stock lagi senang.

Kenalah bawak bearing ni, cakap kat kedai saiznya. Sebab suami saya order, 3 kali baru dapat saiz yang betul. jadi memang ambik masa. Bila dah dapat, sekejap je dah boleh pakai.

Sebelum saya stop, saya mintak maaf sebab saya tak ingat saiz bearing yang betul untuk Big Shot ni. Dah tanya suami, dia pun lupa. Dah lebih 3 bulan kot. Napelah, tak teringat nak tulis kat mana-mana. Cett!
Tapi jangan risau ye, semua boleh settle. hehehe. Jangan menangis k.

Sekian.

24 January 2015

Order : Bantal A4

Assalamualaikum =)


Bantal A4 untuk Izz Zayani.
Saya ni kalau nak buat kartun-kartun animasi bagai, memang tak pandai.
Nasib baiklah yang order pun kawan sendiri untuk anak dia. huhu...tak bape kisah, asal kartun tu boleh dikenalpasti..haha
Saya memang tak ambik order untuk bantal yang nak letak kartun-kartun camni ok. Kalau kartun ikut logik akal tu bolehla..hehehe..Kalau nak jugak, boleh cari kat crafter lain k.

Akan datang inshaAllah ada bantal boleh letak gambar sendiri. Akan datang...tapi tak tau bila..haha.
Benda semua dah ada. Tinggal nak buat nya je tak jadi-jadi.

Berminat untuk order bantal?
Jom PM saya di FB.

Sekian.

22 January 2015

Order : Kicen Nama

Assalamualaikum =)


Kicen nama versi frame.
Frame? Mana frame nye?
Alaa bentuk je...tak tau nak terjemahkan bentuk apakah ini.
Ehh..apa melalut ni?

Kicen ni sebenarnya saya punya. hahaha..saja mengantoikan diri.
Kicen ni saya buat 2 biji, untuk apa nak tau?
Saya gantung kat beg untuk pegi sepital masa nak bersalin dulu.
1 kat beg saya, 1 lagi kat beg baby.
Haaa...cun tak?
Standby jela kan, mana tau kena stay lama kat sepital sebelum bersalin masa tu.
Rupa-rupanya takde bawak beg pun, baju baby pun pakai baju sepital. Esoknya baru salin baju sendiri.
Tapi takpela, sekurang-kurangnya standby. Senang nak cam, ooooo....tu beg kita. Mana tau nurse tolong alihkan beg ke kan.

Kicen ni nak letak kat beg sekolah anak pun ok.
Dah ada dah customer order untuk gantung kat beg sekolah anak. Siap letak nombor telefon lagi tau.
Haa best tak best. Anak sulung, sorang pulak tu. Baru nak sekolah, excited mak dia.
Nanti saya post kat sini gambarnye. Banyak lagi que gambar order nak post ni. 2-3 bulan lagi baru sampai turn dia kot..muahahah.
Nak edit gambar malas weiii...walaupun tak guna photoshop ke bagai, guna software simple je. Tapi kalau dah malas, takleh nak buat apa dah. Apa punya peel lah.

Berminat untuk order?
PM saya di FB k ;)

Sekian.

21 January 2015

Order : Pin Bunga Bulat

Assalamualaikum =)


Haa..lama sangat tak tunjuk balik gambar brooch design-design lama ni.
Walaupun hakikat sebenar disebalik gambar ni, order ni pun dah berkurun jugak..kihkihkih

Cuma yela, saya nak bagitaulah kan. Pin bunga bulat ni masih boleh order. Takde expired nye dik. Boleh sajooo... akak yang buat dia...heheh

Nak order sebijik dua pun boleh, nak borong lagilah akak suka dik.

Ehhh..ehhh..sekarang dah panggil akak adik pulak kan...maklumlah, tahun ni kan umur kita dah bertambah 1.
Aduiii...terasa tua pulak dah.

Oklah, tak boleh merapu panjang dah. Nak kena buat keje sementara si kecik saya tu tidur. Kejap lagi bila dia bangun tengok saya buat keje, habis tonggang langgang craft corner i ni tau! Memang feveret dia mengemas barang-barang akak ni.

Berminat untuk order?
PM saya di FB k.

Ciaoooo!!

Sekian.

20 January 2015

Cekak Rambut Lembut Untuk Baby & Dewasa

Assalamualaikum =)


Soft Headband sesuai dari new born hinggalah dewasa.
Orang dewasa kalau teringin nak pakai pun bolehhhh....

Headband ni boleh letak nama ye.
Berminat untuk order?
Jom PM saya di FB.

Sekian.

19 January 2015

Order : Bantal Leher Kereta Merah

Assalamualaikum =)


Bantal leher kereta color merah.
Customer ni nak design sama macam saya buatkan untuk husband saya.
Saya pernah cerita dalam entry tahun lepas ataupun tahun 2012, saya ada buatkan bantal leher ni untuk suami sebelum saya deliver. cehhh...hehehe
Cuma material saya tukar, saya guna kain yang lebih soft.

Berminat untuk order?
Jom PM saya di FB.

Sekian.

18 January 2015

Order : Najwa Brooch

Assalamualaikum =)


Selonggok hanya RM???
Haa..berapa? Cer teka. Ngeee...
Najwa brooch ni saya suruh anak sedara saya jual kat kengkawan dia..amboiiii habis licin.
Budak-budak kecik darjah 1-6 ni, diorang tak kisah color apa pun, janji dapat. Tengok kawan lain ada, diorang pun nak jugak. WAJIB nak jugak! hik

Nak cuba?
Jom borong dengan Inspire Design.
Keuntungan sehingga 100%.
Target budak-budak sekolah, kompem laris macam pisang goreng.

Berminat untuk order?
Jom PM saya di FB.

Sekian.

17 January 2015

Jom Tempah Mini Bantal Sekarang

Assalamualaikum =)


Bagi yang masih mencari-cari sesuatu kelainan untuk diberi kepada seseorang, apa kata anda hadiahkan kepada mereka MINI BANTAL.

Bantal yang gebus-gebas
Comel (masuk bakul ni)
Simple
Kecik tapi besar ertinya
Haaa apa lagi???

Alaa kalau berkenan tu, tempah jela sekarang. hehehe

Nak tempah?
Jom PM saya di FB.

Sekian.

16 January 2015

Order : Mini Bantal saiz baru

Assalamualaikum =)

Haa...kali ni dan lepas ni saya update mini bantal saiz baru k. =D
Dah takde gambar order mini bantal saiz lama dah. dah habishhhh upload. kihkihkih


Berminat untuk order?
Jom PM saya kat FB.

Sekian.

15 January 2015

Order : Soft Headband Ribbon

Assalamualaikum =)


Selonggok...selonggok. Lai lai lai...
Kalau gambar dah selonggok ni, macam biasa lah order borong =D

Berminat untuk order?
PM saya di FB k.

Sekian.

14 January 2015

Order : Colorful Bow Brooch

Assalamualaikum =)


Macam biasa kalau dah selonggok gini, namanya order secara borong.hehehe
Kalerpul sangat!
Budak-budak suka.
Anak sedara saya jual kat kengkawan, laju je habis. Budak-budak ni tak kisah color apa, janji dapat. Sebab kawan lain dah beli, dia pun nak jugak. huhu

Berminat untuk order? Ada ready stock tau.
PM saya di FB k.

Sebenarnya saya ada produk baru yang hot. Cehhh hot lah sangat kan!
Sebelum ni saya ambik order secara offline je. Sebab ada mesin yang saya takde masa tu jadi customer kena buat sendiri, pastu bagi kat saya untuk saya bagi cun sama itu produk. huahuahua...
Yang order ramai cikgu-cikgu dan bakal pengantin / keluarga pengantin.
Ingatkan mesin tu mahal bebenor, rupenye murah aje. Kalau tau dah lama ku beli. Caittt!
Dari tahun 2012 tau orang dah order mende ni. Lama gilos.
Nak tau apa?? Tunggu yek.

Saya ada hutang nak post entry tentang masalah Big Shot. Ingat tak pada sesiapa yang rajin datang blog saya ni..kehkehkeh. ada ke?
InshaAllah nanti saya cerita k.

Sekian.

13 January 2015

Order : Kicen Nama versi baru

Assalamualaikum =)

Kicen nama versi baru kat blog saya, kat crafter lain dah lapuk..ngehehehe


Simple je, takde bunga.

Sekian.


12 January 2015

Order : Bookmark

Assalamualaikum =)



Kat atas ni order dari 2 orang customer.
Bookmark kod 003 & kod 001.

Bookmark 003 batang aiskrim saiz besar & berbalut dengan kain felt.
Bookmark 001 batang aiskrim saiz kecil. Customer mintak tambah reben dan butang.

Berminat untuk order?
Jom PM saya di FB ok!

Sekian.

11 January 2015

Order : Borong Pin

Assalamualaikum =)


Customer ni borong Pin Huruf Mini Bulat & Colorful Bow Brooch
Dah beberapa kali repeat order. Alhamdulillah

Berminat untuk order produk di sini?
Jom PM saya di FB =)
Boleh tengok katalog untuk skodeng barang apa yang ada k ;)

Sekian.

09 January 2015

Order : Macam-macam Diborong

Assalamualaikum =)

Ntah pape je tajuk kan? =P
Customer ni borong macam-macam, dah bape kali dia borong.


Untuk pengetahuan, website saya ada problem. Tak boleh bukak langsung.
Jadi, kalau nak order apa-apa raw materials boleh refer gambar kat FB Page ye.

Sedih betul!
Tak tau apa masalahnya tu. Provider pun senyap je ni ha.. emmm
Harap dapat settle secepat mungkin.

Sekian.

08 January 2015

Soft Headband & Colorful Bow Brooch

Assalamualaikum =)

Haaa hari ni nak post gambar anak buah saya pakai soft headband ribbon dengan brooch ribbon.
Anak buah saya ni dah besor sebenornya sekarang.



Gambar ni dah lamaaaaaaaa sangat.hahahaha...rasanya anak buah saya yang kecik tu masa ni belum sekolah kot, tak pun baru sekolah tadika. 5 tahun ke camtu. Sekarang ni nak masuk darjah 2 dah...haaa..lama tak?

Alaa korang bukan tau pun kan..ngeee
Hari ni lambat update blog, FB, instagram semua. Mood kurang sikit hari ni. 
Semalam dah potong kain nak buat bantal, hari ni malas betul nak menjahit. Sabor jele wahai badan.
Kene lawan kan ni patutnya tapi masalahnya sekarang, bukan dilawan tapi diikutkan. >.<

Ok, bagi yang ada instagram. Jom le follow saya kat @inspiredesign2
Malam tadi saya update Tutu romper tau. Cun melecun. Mommies yang suka shopping baju baby, cepat pegi tengok. Rugii tak tengok sebabnya memang cun..Itu pun tak habis lagi upload. Jap lagi sambil baring sambil update instagram.
Baju-baju budak, Pre walker shoes, loafer, soft toys kebanyakkannya saya  update di instagram je sebab pantas & saya post sekali ke personal FB. Edit sikit dah boleh pos. Lagipun saya nak buat keje pun santai sebab boleh baring-baring sambil update, pastu orang Whatsapp reply order. Yuhuuu

Gambar semua dalam tab, tak larat nak update kat semua tempat. FB PAGE & Blog saya tak update untuk baju-baju budak ni. Soooo...cepat folo saya kat instagram. Cepattt!!!!!

Sekian.

07 January 2015

Soft Headband

Assalamualaikum =)


Cekak rambut ni sesuai dari baby 6 bulan ke atas. Kalau new born boleh jugak, kena jahit sikit getahnya sebab agak longgar. Orang dewasa macam kita pun muat sebab getah ni boleh merenggang. Tak sakit kepala.

Nak order satu, dua pun boleh. Takde masalah. Nak order borong lagi dialu-alukan. Minima sedozen je (12pcs). Boleh request color. ;)

Berminat untuk order?
PM saya di FB k!

Yang nak beli raw materials, ready stock item boleh order di website.


Sekian.

06 January 2015

Bookmark Talk

Assalamualaikum =)


Bookmark Talk ni boleh letak nama, ayat, ucapan dan yang seangkatan dengannya.
Tapi tak boleh la nak letak panjang-panjang pasal tapaknya tak berapa nak besor..hehe
Kalau besor sangat, dah kelakor pulak bookmark tu nanti.
Haaa...kuar sungguh cakap orang Johor. Ni belum cakap jawa lagi ni. >.<

Berminat untuk order?
PM saya di FB k.


Sekian.

05 January 2015

Order : Bantal Peluk Merah

Assalamualaikum =)

Bantal peluk ni sebenarnya produk baru kat kedai online saya tapi order ni dah dibuat lama.
Cuma belum update kat blog aje...hee.
Tapi tapi tapi...saya dah masukkan kat katalog tau. Cer tengok kat katalog tu, bape lama saya dah masukkan =P

Saiz bantal peluk ni sesuai untuk kanak-kanak, baby pun boleh. Kalau orang tua kira bolehlah..hahaha
Sebab saiznya takdelah besar sangat tapi tak kecik. Kalau kecik saya akan namanya MINI BANTAL PELUK.
Kiranya sedang-sedang elok jela saiz nya.
Gebus je bila dipeluk.




Berminat untuk order?
Jom PM saya di Facebook. ;)

Ok, website dah update. Bolehlah shopping.


Sekian.

04 January 2015

Order : Sarung Telefon Merah

Assalamualaikum =)

Sarung telefon color merah.
Ok, yang ni saya ingat buat masa bila.
Saya buat masa saya tengah mengadung 8 bulan. hikhikhik
Sebabnya yang order ni sorang cikgu tempat saya jadi guru ganti dulu.
Jadinya kakak ni datang ambik order kat saya, kebetulan dia pun memang order kain felt masa tu.
Bila dah jumpa borak-boraklah kan, saya ingat sangat sebab masa tu perut dah besorrrrr.
Apa pentingnya ek?
Opkos penting sebab order ni saya buat dah lama...tapi inshaAllah kalau ada yang nak order sekarang, masih diterima walaupun sekarang ni dah macam-macam casing ada jual kat pasaran kan? ngeeee....


Berminat untuk order?
Tapi tak tau nak order apa? haa..parah tu.
Ataupun tengah mencari sesuatu untuk diberi kepada seseorang?
Meh jenguk dulu katalog saya www.inspiredesign-estore.blogspot.com

Tengok-tengok dulu, dah rasa ada yang berkenan cepat-cepat order k. =D
Saya tak ambik urgent order. Jadi kalau nak guna pada tarikh sekian-sekian, kena lah order seawal 2-3 minggu lebih awal.

Sekian.

03 January 2015

Order : Bookmark kod 002

Assalamualaikum =)

Bookmark simple ni di order oleh seorang cikgu kalau tak silap saya.
Mungkin cikgu ni nak pindah dan dia bagi bookmark ni kat cikgu-cikgu lain =D
Rasanya lah, pasal order ni pun dah berkurun lamanya. hehehe
Macam biasa, siapa yang selalu singgah kat sini mesti tau owner blog ni selalu update order yang dah berabad lama.hukhukhuk
Takde anak pun memang jarang update, dah ada anak lagilah kadang-kadang je update. ngeeee
Takpelah, sekurang-kurangnya rezeki Allah nak bagi tu ada dan tak kira waktu.


Bookmark ni saya guna batang aiskrim saiz besar.
Tu yang muat nak letak nama bagai. Kalau batang aiskrim saiz kecik, sah tak muat. Tampal kertas bolehlah.

Berminat untuk order?
PM saya di FB ok!

Sebelum saya akhiri post hari ini, ingin saya beritahu bahawasanya website sedang dalam proses pengemaskinian..cewahh!
Bukan kemaskini bagi cun pun, kemaskini stok je.
Sayang fulus lah nak upah orang bagi website cun. ngeheee...
Tunggulah fulus dah banyak lagi, baru lah boleh.
Sekarang ni saya update stok, mana yang nak bagi harga promosi & mana yang ada tambah stok sikit.
Stok barang baru takda lagi pasalnya takde masa lagi nak menyoping raw material ni.. nak buat ready stock pun macam belum boleh lagi. wohaa!
Sebab order sekarang lebih pada bantal-bantal, set kereta.. jadinya agak makan masa nak siapkan kat situ.

oklah, sekian buat  hari ni..daaa

02 January 2015

Order : Bantal A4 Ungu

Assalamualaikum =)

Bantal saiz A4 untuk Hari Lahir.


Macam biasa order ni dah berzaman pun. >.< heee...

Berminat untuk order?
PM saya di FB k.

Kebiasaannya, kalau ada customer buat pertanyaan kat emel mesti lepas saya balas takde respon langsung.
Jadi PM kat FB jela ye. =D
Bukan taknak whatsapp. Whatsapp biasa saya guna untuk customer yang dah confirm je. Lebih mudah untuk saya update segala. Kalau tak nanti, saya sendiri pening sebab dah bercampur-campur dengan customer lain yang nak order. Bila reply lambat nanti, merajuk pulak kan. hehe
Tambahan sekarang ni saya dah keluarkan barang-barang budak pulak. Lagilah fenin i nanti. huhu

Sekian bebelan pagi.
Terima kasih.

Jom LIKE Page Inspire Design ^^