25 January 2015

Big Shot rosak? Jom repair sendiri!

Assalamualaikum =)

Haa...baru tercapai hasrat nak post entry tentang Big Shot.ngeee...

Haritu Big Shot saya rosak. Tak boleh gelek.
Memang nak menangis sebab dalam beberapa hari lagi saya akan join Festival.
Mintak tolong suami betulkan. Ok, dia janji dia akan betulkan. Lega hati & letakkan sepenuh harapan pada dia. heh...

Tapi disebabkan tak sabar, saya memandai bukak skru sendiri. Tapi nak pisahkan part yang ada tu tak reti sebab dia melekat. Jadi bila suami saya balik sekolah tu, dia cuba bukak pelan-pelan. Ok, berjaya!

Jadi, kalau korang nak bukak sendiri. Bukak pelan-pelan ye, jangan takut takde benda pun. Cewah!


Gambar kat atas ni semua part yang ada ye.
Bila dah dibukak semuanya, suami saya cek rupanya bearing pecah.
Kami google.
Kebanyakkan masalah Big Shot memang inilah. Bearing.
Jadi, kalau Big Shot korang tak boleh gelek dengan smooth, maknanya bearing la.
 


Ni rupa side yang tempat kita nak pusing-pusing tu.


Haa...yang ni lah bearing. Yang bulat ada dua ni, atas dan bawah.
Bearing bawah yang pecah, tapi gambar atas ni dah guna bearing baru.

Benda ni boleh cari kat kedai spare part motor atau kereta. Harga yang saya dapat paling murah RM17.
Banyak kedai cari, semua kena order sebab saiz bearing ni tak banyak mesin guna. Kalau saiz biasa melambak, saiz untuk Big Shot ni kena order. Ni kat tempat saya,  kalau tempat korang ada ready stock lagi senang.

Kenalah bawak bearing ni, cakap kat kedai saiznya. Sebab suami saya order, 3 kali baru dapat saiz yang betul. jadi memang ambik masa. Bila dah dapat, sekejap je dah boleh pakai.

Sebelum saya stop, saya mintak maaf sebab saya tak ingat saiz bearing yang betul untuk Big Shot ni. Dah tanya suami, dia pun lupa. Dah lebih 3 bulan kot. Napelah, tak teringat nak tulis kat mana-mana. Cett!
Tapi jangan risau ye, semua boleh settle. hehehe. Jangan menangis k.

Sekian.

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^