03 January 2015

Order : Bookmark kod 002

Assalamualaikum =)

Bookmark simple ni di order oleh seorang cikgu kalau tak silap saya.
Mungkin cikgu ni nak pindah dan dia bagi bookmark ni kat cikgu-cikgu lain =D
Rasanya lah, pasal order ni pun dah berkurun lamanya. hehehe
Macam biasa, siapa yang selalu singgah kat sini mesti tau owner blog ni selalu update order yang dah berabad lama.hukhukhuk
Takde anak pun memang jarang update, dah ada anak lagilah kadang-kadang je update. ngeeee
Takpelah, sekurang-kurangnya rezeki Allah nak bagi tu ada dan tak kira waktu.


Bookmark ni saya guna batang aiskrim saiz besar.
Tu yang muat nak letak nama bagai. Kalau batang aiskrim saiz kecik, sah tak muat. Tampal kertas bolehlah.

Berminat untuk order?
PM saya di FB ok!

Sebelum saya akhiri post hari ini, ingin saya beritahu bahawasanya website sedang dalam proses pengemaskinian..cewahh!
Bukan kemaskini bagi cun pun, kemaskini stok je.
Sayang fulus lah nak upah orang bagi website cun. ngeheee...
Tunggulah fulus dah banyak lagi, baru lah boleh.
Sekarang ni saya update stok, mana yang nak bagi harga promosi & mana yang ada tambah stok sikit.
Stok barang baru takda lagi pasalnya takde masa lagi nak menyoping raw material ni.. nak buat ready stock pun macam belum boleh lagi. wohaa!
Sebab order sekarang lebih pada bantal-bantal, set kereta.. jadinya agak makan masa nak siapkan kat situ.

oklah, sekian buat  hari ni..daaa

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^