30 May 2015

Order : Sepit Rambut versi campur-campur

Assalamualaikum =)


Sepit rambut ni kawan saya order.
Nak campur-campur bentuk katanya.
Haihhh...takdak idea, ni jela hasilnya. huhu


Sekian.

28 May 2015

Order : Sepit Rambut 3 Serangkai

Assalamualaikum =)


Sepit Rambut order dari seorang rakan sekolah.
Anak dia suka betul dengan sepit saya ni..heee...
Terima kasih sayang sebab sudi order dengan auntie.

Nak order jugak?
Meh PM saya.


Sekian.

27 May 2015

Order : Button Talk Untuk Awak

Assalamualaikum =)

Button Talk order dari seorang Cikgu untuk pelajarnya.
Lama dah order ni, 2 tahun ada kot.. kekeke
Ala korang bukan tau pun kan, lama ke tak lama.
Asal update sudah lee...


Ehh apsal nama kat gambar lain, kat tajuk lain?
Sukati saya la...hahaha.
Masa edit gambar tu takde idea nak bagi nama apa.

Sekarang ni rasanya macam stop dulu ambik order untuk button talk ni sebab saya tersalah beli material untuk buat button talk ni. huhuhu..

Website masih beroperasi seperti biasa tau. Cuma buat masa sekarang saya stop dulu jual kain felt.
Kat website tu takde kain felt dah, selain tu ada. Barang saya tak banyak mana pun tapi kalau apa yang korang perlukan ada, bolehlah beli. heee


Oklah, sekian.

26 May 2015

Order : Fridge Magnet

Assalamualaikum =)

Setelah berbulan tak hapdate blog, saya kembali lagi. huhu
Makin lama makin malas nak ngadap laptop.
Duk update kat instagram je, FB pun kengkadang je.
Tapi saya tak tutup order tau, bisnes masih berjalan macam biasa.
Kalau time banyak order tu, langsung takde update.
Dasar pemalas..kikiki

Alkisahnya sebelum ni saya ada bagitau, gambar yang dah siap edit habis. Tu yang malas nak ngedit gambar lagi. Pasal tu le malas nak update.
Nak ngedit-ngedit ni, kena duduk lelama depan laptop. Sekali edit, haaa banyak-banyak terus.
Dahlah...dahlah...korang bukan nak baca pun bebelan saya ni kan? =P
Annoying betul!

Jom...jom...cuci mata tengok order zaman tok kaduk kat bawah ni.
Tak tau le bile customer ni ngoder nyeee...2-3 tahun lepas kot..hahahaha
Buat nyemak je folder-folder lama ni, kita kasi up semua dulu la.
Serius ada beberapa folder lagi yang dah bertahun saya tak haplod. Biasanya saya letak satu order, satu folder. Kan ke banyak jadinya.



Ni fridge magnet ye.
Customer ni order untuk office dia kalau tak silap.

Korang berminat nak order?
Boleh tengok katalog kat link kanan atas blog ni ye.
Pm kat FB Page saya.
Sekian dulu untuk hari ni , anak dah merengek-rengek nak tido.


Sekian.

Jom LIKE Page Inspire Design ^^