22 June 2015

Order : Mini Bantal Peluk Purple

Assalamualaikum =)


Mini Bantal Peluk tema purple.
Berminat untuk order, PM saya di FB PAGE k.


Sekian.
 

20 June 2015

Order : Set Hiasan Kereta Tema Merah

Assalamualaikum =)

Apa yang ada dalam Set  Hiasan Kereta?

1. Bantal A4 2 biji
2. Bantal Leher Kereta 2 biji (1 set)
3. Sarung Kotak Tisu
4. Seat Belt Cover


Tapi terpulang pada korang sama ada nak ambik full set atau nak amik 3 in 1 ke, 2 in 1 ke...
Maksudnya tak nak ambik keempat-empat item kat atas tu pun takpe.

Set Hiasan Kereta ni ambik masa untuk siap. Jadi kesabaran yang tinggi sangat diperlukan.
Berminat untuk order, boleh PM saya di FB k.


Sekian.
 

18 June 2015

Order : Bantal Leher Kereta Versi 4 Segi

Assalamualaikum =)


Bantal Leher Kereta versi 4 segi.
Saya buat dua bentuk tau, satu bentuk 4 segi. Satu lagi bentuk tulang. =D

Selamat menjalani ibadah puasa semua.


Sekian.

17 June 2015

Order : Simple Felt Headband

Assalamualaikum =)

Bulk order untuk simple felt headband.



Sekian.
 

16 June 2015

Bantal Untuk Anakanda

Assalamualaikum =)

Bantal untuk anak saya.
Saja try buat guna felt printed ni.


Anak saya guna untuk alas kepala setiap kali nak minum susu.
Pandai dia cari bantal ni, betulkan kalau terbalik.
Lepas minum susu, takde makna dia nak pandang bantal ni..hahaha


Sekian.
 

15 June 2015

Special Request : Pasu Berhias

Assalamualaikum =)

Ingat lagi tak entry lepas saya post tentang Mini Signage?


Haa ni kesinambungannya.
Pasu berhias sangatlah kan...kehkehkeh
Tak tau nak bagi nama apa. hentam sajelaaa..


Ni la dia...ribbon tu sebenarnya brooch.
Dah bagi kat cikgu, pastu kalau cikgu nak pakai letak kat tudung, boleh amik..hehe

Ok, macam entry saya tentang order Pasu Berhias sebelum ni.
Saya tak dapat supplier yang boleh bagi pasu dalam kuantiti yang banyak.
Ini pun customer beli sendiri dan bagi kat saya suruh siapkan jadi cenggini.
Jadi kalau nak 100% macam ni mungkin tak dapatlah kot.
Kena cari alternatif lain gantikan pasu tu. =)
Kos untuk pasu berhias ni agak besar jugak sebab material pun beli bukan dengan harga borong kan.


Sekian.

14 June 2015

Order : Signage

Assalamualaikum =)

Kali ni signage saiz besar tau.
Untuk gantung kat katil baby.


 

Nak gantung atau letak kat mana-mana pun boleh, ikut koranglah..hehehe
Berminat nak order?
Jom PM di FB.


Sekian.
 

13 June 2015

Special Request : Pasu Berhias

Assalamualaikum =)

Kali ni update order yang agak special sikit lah kunun-kunun nya.
Sebabnya ada material yang customer provide sendiri & saya tinggal hiaskan sampai siap.
Ni order untuk hari guru.
Tapi ni order Hari Guru 2014. hehehe



Pasu ni besar tau.
Dia punya kos pun memang aumppppppp, agak besar jugak.

Tapi tapi...haa ada tapi...
Saya tak dapat nak buka order 100% sama camni sebabnya saya tak jumpa supplier yang boleh bagi pasu ni dalam kuantiti yang banyak. Ni pun customer yang beli sendiri pasu.

Jadi, kalau korang berminat nak order kita boleh cari alternatif lain untuk gantikan pasu tu.
Mungkin boleh guna benda lain sebagai ganti.

Oklah, nak order apa-apa PM saya di FB k.


Sekian.

12 June 2015

Button Talk & Mini Signage

Assalamualaikum =)

Button Talk ni contoh je ye.
Sebenarnya nak tunjuk bentuk yang ada selain bentuk bulat yang saya pernah buat sebelum ni.
Ayat kat dalam tu boleh ubah mengikut permintaan.


Mini Signage ni sebenarnya nak cucuk kat mini pasu.
Haaa next entry nanti saya tunjuk. =D


Sebenarnya ni order masa hari guru bulan lepas.
Ada kesinambungannya la antara dua gambar ni, tapi dari dua gambar ni boleh jadi produk yang lain. hehe
So, jimat masa nak buat yang lain.

Berminat untuk order?
PM saya di FB k.


Sekian.
 

10 June 2015

Order : Mini Bantal Hari Guru

Assalamualaikum =)

Haa...Ambik masa jugaklah kan nak haplod order untuk Hari Guru ni. Padahal Hari Guru dah nak lepas sebulan pun =P
Ini pun kira oklah, selalunya update setahun kendian..kihkihkih

Jom-jom tengok gambar.
Order dari seorang cikgu sempena hari guru hari tu.
Ada 52 biji kesemuanya.


Saya sarankan pada yang nak order dalam kuantiti banyak, order seawal sebulan lebih awal k.
Bantal ni jahit tangan sepenuhnya.

Berminat nak order?
PM saya di FB Page k.


Sekian.

02 June 2015

Barang Baru : Penunjuk Bacaan

Assalamualaikum =)


Ni barang baru kat kedai kecik maya saya ni. Barang baru la sangat kan..hehe
Buatnya dah berzaman pun, buat contoh untuk anak buah..kalau pakai ganas, dah buruk dah pun benda ni..hahaha

Saya buat ni sebagai contoh je, kalau nak bentuk lain pun volehhhhhh...takde masalah lah.

Boleh guna untuk baca Al-Quran.
Yela nak suruh anak-anak suka baca Al-Quran kan, haaa cuba bagi ni. Mesti tak sabar nak baca nanti.

Tunggu anak saya dah pandai baca Al-Quran elok-elok nanti, boleh buatkan dia lain-lain bentuk. Whoaaaa...
Korang nak jugak bagi anak?
Haaa..bulk order 30pcs, sehari 1. Tetiap hari tukar. Kan best tu. hehehe
Ehh...ehhh, nak order satu pun boleh. Takde minima. 

Nak order?
Boleh PM saya di FB k.


Sekian.


01 June 2015

Order : Sepit Rambut

Assalamualaikum =)


Ni Sepit Rambut versi dijahit.


Sekian.
 

Jom LIKE Page Inspire Design ^^