01 October 2015

Order : Mini Bantal Merah

Assalamualaikum =)

Waahh...lamanya tak tengok blog.
Bila banyak kerja, memang tak ter update la semuanya.
Kena ada assistant dah ni patutnya...huhuhu
Assistant tak rasmi kecik lagi, belum boleh harap..kihkihkih

Oklah, sambung upload gambar order-order yang dah berbulan lepas.


Mini bantal color merah.
Sekarang ni, ada beberapa color kain untuk bantal dah sold out.
Belum dapat order lagi sebabnya saya tengah susun jadual untuk projek baru.

Bila ada projek baru dah tentulah kena ada modal baru...huhu
Siap dapat suntikan modal dari encik asben lagi >.<
Perkara yang belum pernah saya buat, selalu saya usaha sendiri walau macam mana kecik @ besar pun kos nya. heee...

Adik-adik atau kawan-kawan yang nak order bantal boleh PM saya kat FB untuk tengok tau color yang masih ada. Ada lah dalam 2 atau 3 color yang betul-betul dah habis. Bukan taknak order lagi tapi biasanya saya order dalam kuantiti yang banyak, rugi kalau order sikit-sikit. Jadi saya hold dulu. ;)
Jangan risau, color yang ada pun cun-cun belaka.

Sekian. 


No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^