07 October 2015

Tips & Tutorial Perniagaan : Macam Mana Nak Mulakan Bisnes

Assalamualaikum =)

In shaa Allah, mulai hari ni saya buat slot untuk Tips & Tutorial.
Mana yang saya tau, akan saya kongsikan kat slot ini.

Memandangkan setiap kali saya bukak blog, bila tengok bahagian keyword searching (kalau tak silap)
banyak pulak keyword cari tutorial, ada yang berkaitan macam mana nak buat kraf, bahan-bahan yang digunakan, tips lah..pendek taip..macam-macamlah. Tercetuslah idea yang tak seberapa ni.
Jadi, sesiapa yang dah sampai kat blog saya ni. Follow dan Bookmarklah terus..hihihi

Apa yang saya kongsikan ni berdasarkan pendapat saya sendiri melalui pengalaman tau.
Pengalaman yang tak berapa nak lama pun.
Saya bukan otai, bisnes pun masih lagi merangkak, belum boleh berjalan @ berlari lagi (dalam proses in shaa Allah).
Jangan nanti ada yang mempersoalkan itu ini.

Hari ni saya kongsikan berdasarkan tajuk di atas k.
Buat yang berangan-angan, merancang atau nak mulakan bisnes tapi blur dan tak tau nak start bisnes apa. Jenuh dah fikir nak bisnes apa. Boleh guna tips yang saya berikan ini.

APA YANG ANDA SELALU LAKUKAN SEHARIAN / HOBI?

  • Cuba semak balik apa yang korang suka buat hari-hari. Fikir dari korang celik mata nak solat Subuh sampailah korang nak tidur malam.
  • Jangan fikir benda besar je, fikir yang kecik-kecik sekali. Maksudnya, kalau kerja memasak, basuh baju semua tu benda yang biasa dan kita nampak kerjanya. Cuba cari benda yang korang sendiri je buat.
  • Contoh dalam pemilihan pakaian dalam..haaa...kehkehkeh...Korang agak cerewet dan suka sangat pakai corak kartun. Ada orang tau tak korang suka pakai corak kartun selain pasangan (kalau dah ada pasangan)? Gunakan tabiat korang sebagai idea bisnes, ianya akan jadi sangat menakjubkan. Sebabnya korang tau tak, ada berjuta-juta manusia kat dunia ni. Mustahil takde sorang pun sama tabiat macam korang. Haaa...nampak tak? nampak tak? Betul ke betul?
MINAT ATAU BAKAT


  • Cari minat atau bakat korang sepanjang berapa belas atau puluh tahun korang hidup. Sila ingat kembali. 
  • Mungkin minat itu boleh menjadi idea bisnes
PENYELESAIAN KEPADA MASALAH ANDA

  • Dalam kita menjalani kehidupan seharian, kadangkala ada benda yang kita ada trick tersendiri nak menyelesaikan masalah tersebut.
  • Sebagai contoh, korang ada idea nak settle kan kain perca atau baju-baju lama yang tak dipakai untuk dijadikan perhiasan, selimut yang cantik, permaidani dan lain-lain. Selalunya korang buat untuk guna kat rumah je, maklumlah guna kain terpakai. Dulu masa kecik-kecik mak saya suka sangat buat selimut dari perca-perca baju raya. Jadilah selimut yang sangat cantik sebab ada macam-macam corak. Lepas tu kami adik-beradik dah macam main teka-teki ni baju mak, baju akak, ni baju kau...hehehe
IMBAS KEMBALI CARA HIDUP ZAMAN LAMPAU
  •  Korang perasan tak air minuman dalam botol kaca sekarang dah banyak brand? Setahu saya, zaman saya kecik-kecik dulu ada jual. Lepas tu dah tak nampak lagi. Tup tup sekarang keluar lagi dalam versi yang lebih cool & segar.
  • Kalau korang rajin bersembang dengan moyang, atok nenek. Cuba tanya mereka, benda yang paling rare pada zaman tu yang ramai anak-anak muda atau orang ramai suka. Jadikan itu sebagai idea bisnes.

Inilah serba sedikit tips dari saya untuk anda yang nak mencari idea bisnes secara kecil-kecilan...besar-besaran kena cari sifu-sifu ya..hehehe
Semoga dapat dimanfaatkan.
Jumpa lagi dilain kesempatan dalam slot ini.

Sekian.

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^