08 October 2015

Tips & Tutorial Perniagaan : Mengenalpasti Potensi Bisnes Dengan Diri

Assalamualaikum =)

Sebagai sambungan daripada entry yang lepas, "Macam mana nak mulakan bisnes".
Sekarang ni kita masih berada di zon mencari idea perniagaan & baru ingin mencuba.


PERTAMA : CUBA PERNIAGAAN PENIAGA LAIN YANG DAH MAJU

Sesetengah peniaga, dia akan berniaga seperti peniaga yang menjual produk yang laris. Contohnya pisang goreng. Sebab dia nampak perniagaan orang tu berjaya & dia pun nak buat jugak.

"Minah tu jual pisang goreng, laku. Ramai orang beli. Nak kata sedap sangat, biasa je"

Pertama, rezeki Allah bagi kat dia.
Kedua, mungkin lokasi perniagaan dia betul.
Ketiga, mungkin juga dia memang suka memasak.
Keempat, cara promosi yang berkesan.

Percayalah pada potensi diri, meniru orang lain bukan tak boleh tapi biar kena dengan caranya.

Pada saya nak meniru, kena tengok diri sendiri dulu.
Kalau orang tu jual pisang goreng laku, kita nak jual pisang goreng jugak.
Tapi tak tengok potensi diri.
Boleh ke kita memasak?
Minat atau tidak untuk buat bisnes ni?
Perniagaan untuk jangka masa panjang, sama ada kita boleh bertahan atau tidak sebab kita meniru orang lain.

Jujur daripada diri saya sendiri, saya tak minat nak jual pisang goreng sebab saya tak minat memasak..hahaha. Masak untuk family je bolehlah.
Boleh memasak, resepi pun tak susah mana tapi boleh ke saya buat perniagaan ni dalam jangka masa yang panjang? Minat atau tidak?
Jawapan saya, tidak. Sebab saya tak minat memasak. Full stop.

Kalau saya paksa jugak untuk buat, pada awal berniaga saya akan rasa begitu bersemangat. Maklumlah, baru mula. Tapi lama-kelamaan, semangat saya akan merundum sebab saya sedang buat perkara yang saya tak minat. Itu saya, kalau anda rasa anda boleh. Sila teruskan. Pendek kata, ukur di badan sendiri.


KEDUA: MENCUBA PELBAGAI JENIS PERNIAGAAN

Ada beberapa usahawan yang dah berjaya, pernah membuat pelbagai perniagaan. Ada yang masih teruskan perniagaan itu sehingga sekarang, ada yang hanya 1 daripada 3 perniagaan dahulu dan ada yang berubah ke perniagaan yang lain.

Pernah saya terbaca cerita salah seorang usahawan kosmetik yang dah famous dalam dunia online. Dulu dia pernah cuba untuk buat bisnes andaman, jual laksa, tudung dan beberapa lagi. Beliau memang seorang yang sangat rajin dan suka mencuba. Tapi apa yang beliau nak sampaikan, tak semua perniagaan tu punyai potensi terutama pada diri sendiri. Dalam 5 perniagaan, hanya 2 yang masih bergerak hingga sekarang. Dan dia fokus pada perniagaan sekarang.

Risiko mencuba pelbagai jenis perniagaan ni, pertama sekali dah tentulah modal. Walaupun sedikit tapi ia tetap dipanggil modal. Buat keputusan dengan bijaksana sebab yang nak keluarkan modal, diri kita jugak.
Tak jadi bisnes A, cuba bisnes B. Tak jadi bisnes B, cuba bisnes C. Rugi modal, rugi masa.

Pastikan modal yang kita keluarkan, akan dapat pulangan yang berganda. Jadi pastikan perniagaan yang kita nak jalankan, kena dengan jiwa, kena dengan minat & kita tahu arah tuju perniagaan tu. Bila dah buat keputusan, fokus pada yang satu.

KETIGA : FOKUS PADA MINAT & BAKAT

Sangat beruntung orang yang mempunyai minat & bakat. Semua orang punya minat & bakat. Sedar tak sedar je.

Sebagai contoh, bakat dalam bertukang. Tak semua orang lelaki boleh buat. Dahlah berbakat, minat pulak tu. Baik, sila teruskan perancangan anda untuk memulakan bisnes yang berlandaskan minat dan bakat. Percayalah, anda akan rasa sangat enjoy, seronok dan sangat bersemangat untuk berniaga.

Kawan-kawan, anak buah pernah bertanya dengan saya. Nak bisnes tapi tak tau nak bisnes apa? Nampak macam best je bisnes online ni.
Jawapan saya sangat mudah, bisnes apa yang kau minat. Kalau kau minat make up. Kau jual barang-barang make up. Simple. Jadi, kita boleh fokus, rasa sangat seronok & sangat bersemangat.

Bak kata Dr Azizan masa saya pergi seminar dulu, "Berniaga kacang tanah pun boleh jadi jutawan".
Betul, saya sangat setuju dengan Dr Azizan. Saya pegang kata-kata tu. In shaa Allah, moga kita sama-sama berjaya.

Semoga apa yang saya sampaikan ni serba sedikit, dapat membantu anda dalam mencari idea untuk perniagaan.
Pesanan saya, semua ni hanya pendapat daripada pengalaman saya. Mohon jangan ada pertikaian mengenai point yang saya sampaikan. Buat pesanan awal-awal sebab ada ramai manusia di luar sana yang suka mencari kesalahan orang lain. Peace! ;)

Sekian.

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^