10 October 2015

Tips & Tutorial Perniagaan : Produk yang berguna?

Assalamualaikum =)

Sedikit perkongsian hari ni berkenaan dengan tajuk di atas.
Apa yang saya maksud dengan produk berguna?
Semua produk pun berguna ye tak?



Pernah dengar tak kata-kata seorang sifu tentang ayat ini.

"Jual produk yang dapat menyelesaikan masalah orang lain"


Tentu pernah dengar kan?
Tak payah nak pening-pening, sebenarnya kebanyakan perniagaan memang mengeluarkan produk yang dapat menyelesaikan masalah orang lain.

Sebagai contoh, produk sambal.
Sekarang ni banyak betul produk sambal kat pasaran kan?
Sambal belacan, sambal kering, sambal tempe.

Macam mana pulak produk tu boleh menyelesaikan masalah orang lain?
Tahukah anda, dengan adanya produk ini di pasaran dapat menjimatkan masa orang lain untuk masak? haa...hehehe
Daripada 30 minit memasak, dah jadi 20 minit je. 
Contoh kalau selalunya nak masak 3 lauk. 1 lauk mengambil masa 10 minit untuk siap. 3 lauk dah 30 minit. Tolak masa membuat sambal dengan membeli yang dah readymade kat pasaran, tinggal 20 minit je waktu memasak. Haa kan jimat masa tu...hahaha.
Ehh saya bergurau je. 

Sebenarnya, nak buat promosi pastikan kita buat promosi dengan highlight kan masalah & kita dapat menyelesaikannya dengan produk keluaran kita.

Saya pun masih lagi belajar untuk buat promosi cara begitu. Memang agak sukar nak fikir promosi yang kreatif bila kita asyik terkejar-kejar nak buat itu ini. Memandangkan produk saya bukan produk readymade, nak produce produk, nak promosi, nak update media sosial. Haihhh, bukan suatu perkara yang mudah tau. Saya percaya ramai lagi seperti saya.

Tak mengapa, jom perlahan-lahan kita tingkatkan usaha.

Satu lagi kata-kata daripada seorang sifu.

Letaklah impian setinggi langit. Kalau jatuh, jatuh di atas gunung.
Jangan impian setinggi gunung, nanti jatuh terus tersungkur.

 Sekian.
 

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^