14 October 2015

Tips & Tutorial Perniagaan : Siapa yang sepatutnya berniaga?

Assalamualaikum =)

Tahukah anda, siapa yang sepatutnya berniaga?
Jawapannya, semua orang patut berniaga.
Besar atau kecik, muda atau tua, lelaki atau perempuan semua boleh dan seharusnya berniaga.

Apa yang penting
  • Rajin
  • Minat
  • Komitmen 
Baru-baru ni, saya nak beli barang kosmetik dengan seorang online seller.
Bila dah senaraikan barang, seller offer saya untuk join group dropship untuk dapatkan harga yang murah.
Niat saya pada awalnya nak beli barang untuk diri sendiri je, bukan nak dropship.
Malaslah juga sebab saya taknak jual kosmetik.hehehehe

Tapi saya ubah fikiran, oklah saya join. Tak rugi pun. Bukan keluar modal.
Bila dah masuk group, alangkah terkejutnya saya.

Dalam group tu, saya antara yang dikira agak berusia.
Majoriti dalam tu semuanya belasan tahun.
Paling muda 13 tahun.
Masing-masing buat sale gila-gila.

Admin sampai pening kepala, baru restock dah habis. Tak menang tangan dibuatnya.
Dan inilah satu-satunya group yang paling aktif pernah saya join.
Tiba-tiba rasa diri ni kerdil nak dibandingkan dengan adik-adik ni.

Nampak tak?
Seusia 13 tahun dah buat sale mencanak-canak.
Baru 13 tahun, bayangkan 10 tahun akan datang macam mana kehidupan dia?
Kalau sekarang ada diantara anak muda bergelar jutawan seawal usia 20an, tak mustahil akan datang belasan tahun dah jadi jutawan. (Ke dah ada sekarang budak sekolah dah jadi jutawan? Mungkin saya agak ketinggalan di sini?)
Saya sangat kagum dengan kesungguhan adik-adik ni.
Tak payah mintak mak ayah duit belanja sekolah lagi.

Tapi adik-adik yang nak berniaga kenalah mintak izin mak ayah dulu.
Sebab ini melibatkan jadual harian.
Kena fikir waktu belajar, waktu uruskan perniagaan. Kena seimbang, jangan abaikan pelajaran ok!

Sekian untuk entry kali ini.
Kena sambung siapkan tempahan sementara tengah cuti Maal Hijrah.

SALAM MAAL HIJRAH.
Mari sama-sama kita berhijrah.

Sekian.


No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^