15 October 2015

Tips & Tutorial Perniagaan : Tips Untuk Memulakan Perniagaan

Assalamualaikum =)

Topik hari ni yang ingin saya kongsikan ialah TIPS UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN.

Jika anda telah membaca entry saya yang lepas dan anda seorang yang masih samar-samar untuk memulakan perniagaan, di sini saya bagi tips yang mudah untuk anda ikuti.

1. JUAL PRODUK ORANG LAIN
Anda masih tak tau nak jual apa?
Takda idea nak keluarkan produk sendiri?

Baik, satu cara paling mudah ialah jual produk orang lain.
Jika produk itu sudah mempunyai jenama yang kukuh di pasaran, itu lebih baik.
Tetapi jika sebaliknya, anda harus lebih kerja kuat. Sesetengah pemilik produk akan membantu stokis atau agen mereka dalam aspek pemasaran. Gunakan peluang ini untuk mendapatkan ilmu daripada mereka.

2. PROGRAM DROPSHIP
Pernah dengar program dropship?

Program ini sangat membantu mereka yang tidak mempunyai modal. Kebanyakan pemilik tidak mengenakan sebarang yuran atau caj untuk membantu menjual produk mereka. Namun masih ada yang mengenakan sejumlah bayaran untuk mula menjual produk mereka. Ini bagi memastikan anda benar-benar serius untuk menjual produk mereka.

Terpulang kepada anda untuk memilih yang mana. Jika anda sanggup membayar yuran, anda harus berusaha supaya yuran yang anda bayar berbaloi dengan komisyen yang anda akan dapat.

Sekiranya anda tidak dikenakan sebarang bayaran, anda akan mendapat komisyen atau keuntungan bergantung kepada usaha anda. Ianya lebih menguntungkan bukan?

3. MODAL YANG RENDAH
Jika anda berniat untuk mempunyai stok sendiri dengan modal yang rendah, anda boleh membeli secara borong dalam kuantiti yang sedikit.
Sebagai contoh anda mempunyai modal sebanyak RM100, gunakan sebaik-baiknya untuk memilih produk yang ada inginkan.
Terlalu banyak produk yang boleh dijual hanya dengan modal yang sangat rendah. Risiko anda juga rendah. Tidak perlu modal beribu-ribu tetapi anda tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya kepada perniagaan anda itu.

Semoga anda mendapat manfaat dan idea untuk memulakan perniagaan sama ada secara atas talian atau tidak.

Sekian.

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^