24 November 2015

Order : Special Request - Cat Car Charm

Assalamualaikum =)

Customer ni pernah order keychain dengan plushy bentuk kucing.
Kali ni pun order kucing jugak tapi versi car charm.
Akak buat je dik.
Kalau takde apa-apa halangan in sha Allah akak usahakan =D


Ok, akak nak tegaskan kat sini tau.
Cara order, korang boleh refer kat side sebelah ni.
Entry yang lepas baru pertama kali akak publish nombor phone.
Nombor fon tu hanya boleh digunakan untuk whatsapp atau telegram SAHAJA.
No message ok.
Akak hanya layan pertanyaan dari whatsapp & telegram saja, bukan melalui mesej.
Nak order kat FB PAGE pun boleh.

Buat masa sekarang ni, melalui emel akak tak galakkan sebab jarang sangat dah bukak emel.
Sebab kadang-kadang terlupa nak bukak.
Tau-tau nak seminggu customer emel. Kesian korang kan.

Ehhh tetiba guna "AKAK" pulak kan?
Tak memasal. haha
Tak mau..tak mau. Kita balik pada asal.

Nak order?
Boleh hubungi saya dengan menggunakan medium order di side kanan blog ini ok.

Sekian.

19 November 2015

Order : Mini Bantal Love

Assalamualaikum =)

Mini Bantal Love color cream bersama dua kuntum bunga ros.


Berminat untuk order produk di sini?
Boleh hubungi saya melalui :

1. PM di FB PAGE
2. Whatsapp atau Telegram 019-6221801

Saya nak mintak tolong pada customer atau bakal customer, kalau nak tengok contoh silalah rujuk contoh-contoh order yang pernah saya buat yang saya dah upload di blog, FB Page atau Instagram.
Tak faham, boleh tanya.

Saya bagitau ni sebab dah bape orang customer PM atau whatsapp suruh send contoh-contoh produk yang saya buat.
Aduii laaa sayang, kalau camtu tak payahlah saya upload gambar kat blog, FB & instagram semua tu. Baik saya taip je kat situ, nak tengok contoh kene PM saya. Nanti saya bagi semua contoh gambar.

Beratus-ratus gambar sayang oiii nak send gambar contoh kat PM.
Saya dah sediakan katalog kat link atas sebelah kanan blog ni.
Saya dah categorize. Senang untuk korang tengok.
Cuma untuk tengok contoh banyak-banyak tu kenalah tengok kat blog, FB atau instagram.
Kalau tak suka baca ayat panjang-panjang kat blog, susah nak tengok contoh, sila tengok di FB PAGE atau instagram. Haa kat situ boleh tengok gambar dengan senang. Kat FB PAGE siap ada folder lagi ikut jenis. Kat instagram scroll je atas bawah.

Agak emosi sikit pagi ni sebab tengah migraine. huhu
Saya tak suka nak marah-marah ni sebab boleh bertambah-tambah sakit migraine ni karang.

Saya jenis mesra, kalau korang PM saya dengan ramah- tamah dan mesra. Saya layan lagiiiiiii ramah. Macam kengkawan je saya layan.

Buat korang yang jenis suka order last minute, kadang-kadang awal-awal tak terfikir nak order, bila dah dekat tarikh ke apa ke terasa nak order pulak kan. Nak tau saya boleh buat atau tidak?
Sila PM, whatsapp atau telegram saya. Kadang-kadang saya boleh buat last minute. Tengok pada keadaan, kuantiti, stok, kesihatan. Pendek kata, kalau takde masalah, in sha Allah saya boleh buat.
 
Ok, sekian bebelan hari ini.

Sekian.



12 November 2015

Order : Bantal 33cm Pink Color

Assalamualaikum =)


Bantal 33cm tema pink.

Berminat untuk order?
PM saya di FB PAGE k. ;)

Sekian.

08 November 2015

Order : Bantal A4 Half Printed

Assalamualaikum =)

Kali ni Bantal A4 saya buat style printed.
Tapi tak semua la sebab guna kain felt macam tak best sangat. huhu
Kena guna material lain, baru best nak print bagai ni.

Boleh kena air tau atau senang cakap kalau nak basuh tu, boleh jeee.



In shaa Allah lepas ni ada produk guna teknik heat press atau print bagai ni. huhuhu
Tapi saya ni baru lagi nak buat produk camni, jadi banyak alatan tak lengkap.
Jalan mana yang boleh dulu.

Sekian.


06 November 2015

Order : Sakura Brooch

Assalamualaikum =)

Tempahan daripada regular customer aka kawan sendiri. hik3


Suka betul kawan saya sorang ni dengan sakura brooch.
Dah bape kali dia tempah. =D
Alhamdulillah, ada jugak kawan yang menyokong bisnes kecik kawan dia ni. heee...
Actually kawan masa sekolah tapi umur dia muda setahun dari saya.
Bila dah habis sekolah, jumpa balik sebab dia satu ofis dengan ayah saya. huhu...
Walaupun ayah saya dah bersara sekarang tapi hubungan tak terputus. Maklumlah zaman teknologi, media sosial banyak untuk berhubung.
Skema tak ayat saya?

Ok. Bye.

Sekian.

05 November 2015

Order : Set Hiasan Kereta Tema Hitam Putih

Assalamualaikum =)

Kali ni buat pertama kali, ada customer tempah tema hitam putih untuk set kereta.hehh
Ok apa. Cantik jugak. Sesuai untuk dalaman kereta yang color hitam ke kan.
Lelaki perempuan bawak kereta tu pun tak kisah.
Kalau color pink, dah sah-sah kereta pompuan. Ye tak?

Tapi kereta saya guna tema kelabu. huhuhu
Kain color kelabu banyak, buat color kelabu la..haha


Customer ni tempah Full Set & tambah lagi sebiji bantal A4

Dalam Full Set ada :
1. Bantal A4 2 biji
2. Bantal Leher 2 biji
3. Sarung Kotak Tisu
4. Seat Belt Cover

Berminat untuk order?
Jom PM saya di FB PAGE.

Sekian.

04 November 2015

Order : Bantal Kereta Saiz A4

Assalamualaikum =)


Depan

Belakang

Berminat untuk order?
Jom PM saya di FB PAGE.

Sekian.

03 November 2015

Ready Stock : Mini Bantal Limited Edition =D

Assalamualaikum =)

Sibuk sungguh dua tiga minggu ni, dengan sepupu-sepupu kahwin 3 minggu berturut-turut. huhu
Patutnya entry ni dah post 3 minggu lepas. Tapi tersimpan kat draft pulak..caittt...

Ok lah, kat bawah ni ready stock mini bantal tau.
Ada 10 color.
Tinggal letak nama je, tampal je tau. Tak dijahit.

Nak tengok lebih dekat, boleh rujuk FB PAGE saya.
Ada album untuk ready stock.


Nak order, boleh terus PM saya di FB PAGE k.

Bulan November ni banyak kerja kena siapkan termasuklah renew domain & hosting.
In sha Allah menjelang 2016 website dah boleh guna payment gateway.
Lebih mudah & cepatlah lepas ni customer nak shopping.

Produk pun akan saya tambah in sha Allah, daripada kraftangan, produk baby & kanak-kanak, produk kesihatan & kecantikan.
Cuma kemunculannya akan berlaku perlahan-lahan.
Tangan ada dua je nak buat semua. huhu.
Bila macam-macam benda nak buat, otak pun jadi serabut.
Perlukan waktu & hati yang tenang nak buat semua.hehe

Oklah, stop membebel.
Jom sambung buat keje.

Sekian.

Jom LIKE Page Inspire Design ^^