10 February 2017

Muncul Sebentar di Tahun 2017

Assalamualaikum =D

Setahun tak menjengah blog.
Sebelum saya meleret membebel kat sini, saya nak mohon maaf banyak-banyak pada yang sentiasa setia dengan Inspire Design.
Tak putus-putus order masuk sejak Januari 2016 sehingga sekarang & saya reply sangat lambat.
Mungkin juga ada yang saya tak reply langsung.



Saya membebel kat sini untuk ceritakan perjalanan hidup tahun 2016. hehehe

1. Alhamdulillah, awal 2016 saya disahkan mengandung anak kedua. Cabaran mengandung kali kedua ni lain macam sikit. Tak boleh buat kerja-kerja kraf dan menjahit. Bila tengok kain je, mabuk saya dibuatnya. Mata berpinar-pinar. huhuhu. Pening mak order banyak pending 😅
Sampai saya terpaksa pulang balik duit customer sebab saya tak mampu nak buat.

2. Lebih kurang bulan Mei dan Jun 2016, samsung tablet saya yang dah tua tu pun sakit. Memang dah sakit ditambah pulak anak sulung saya suka campak ikut suka dia. Makanya terus innalillah la tablet itu.
Masa tu saya hanya ada tablet tu je untuk berurusan dengan customer melalui whatsapp.
Bila tab tu dah sakit, tak boleh on. Nak beli baru kena mengumpul jugakla kan. 😁
Jadi kumpul punya kumpul, tunggu punya tunggu. Akhrinya bulan November 2016, barulah saya ada fon lain untuk bukak whatsapp. Bayangkan 5 bulan saya tak on whatsapp!

Tapi berlaku kesulitan & masalah bila saya nak sign in whatsapp. Mungkin sebab berjuta-juta gamaknya mesej dalam tu, tak boleh nak recover. Jadinya semua whatsapp hilang & semua group yang saya join terkeluar automatik. Menangis tau!
Ntah berapa ramailah whatsapp nak order kan.
Saya mintak maaf sangat-sangat.
Inbox di FB saya reply lambat.

Beginilah kerja sendiri, takde siapa tolong. Semua benda nak kena handle. hehehe
Sekarang ni saya masih belum boleh aktif berkraf sebab anak kedua saya ni nak melekat je. Dia punya manja Ya rabbi..hahaha. Ibu hilang je dari pandangan dia, nangis macam kena pukul.

Jadi, saya masih tutup tempahan. Maaf sebab baru ada kesempatan nak edit & update blog.
In shaa Allah, anak dah besar sikit nanti saya aktif semula.
Sekarang ni dalam perangcangan saya akan aktifkan Facebook dan instagram dengan produk drophip memandangkan saya tak boleh nak produce produk kraf buat masa ni.
Jemputlah singgah & jenguk FB dan instagram saya ye. =D

FB PAGE : Inspire Design
Instagram : @inspiredesign2u
Instagram : @kioskecik2u

Sekian. 😉

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^