18 October 2017

Min Kaffe - Kopi Dengan Garam Buluh

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah, hari ni saya nak kongsikan KELEBIHAN MIN KAFFE.
Buat yang belum tahu, kopi ini mengandungi Garam Buluh & tiada kandungan gula.

Bagi peminat kopi, anda harus cuba Min Kaffe.
Kami suami isteri memang jadikan Min Kaffe ni minuman harian.
Tak perlu risau tentang tinggi kandungan gula.
In sha Allah selain dapat menyelesaikan masalah kesihatan, dapat juga menambah duit poket. hihi



Ok, jom tengok antara kelebihan Min Kaffe. =)


Alhamdulillah, banyak testimoni pelanggan selepas minum Min Kaffe.
Asbab minum Min Kaffe, susu badan bertambah.


Minum Min kaffe juga boleh jadi energy booster. 

Min Kaffe juga boleh menyebabkan berat badan menurun tau!
Dalam posting akan datang saya cerita macam mana boleh turunkan berat.
Low cost!
Jimat sangat! =)

Berminat untuk mencuba?
Boleh whatsapp saya di nombor tertera di side bar kanan.

sekian.

17 October 2017

Projek STG - Bisnes Networking

Assalamualaikum =)

Sambungan daripada posting semalam.
Saya nak menjelaskan tentang "Apa itu Projek STG?"

STG bermaksud Smart Tycoon Group.
Pengasas Projek STG, kini telah memegang income RM200k - RM400k sebulan.
Telah melahirkan ramai usahawan-usahawan yang berjaya memegang income sehingga 6 angka sebulan.

Siapa sangka, dahulunya seorang kerani kini telah memegang income RM100k ke atas.
Siapa sangka, dahulunya seorang surirumah yang bergantung kepada pendapatan suami. Kini telah memegang income RM150k dan ke atas.

Ramai yang salah faham tentang projek STG.
Mereka menganggap STG adalah MLM.

Yaa..STG sebahagian daripada MLM.
Tetapi bukan macam MLM yang dulu-dulu tu.
Korang labur, duduk diam dapat duit.
Ditaburkan janji-janji manis, anda akan dapat sekian-sekian pada minggu berikutnya, pada bulan berikutnya.
SILA BUANG PEMIKIRAN BEGITU SEKARANG!!!

Projek STG ada produk. Perlu ada sale.
Senang cerita memang kena berniagalah, memang kena jual baranglah.
Barulah nama bisnes.
Ini labur duit tak tau ke mana, tau-tau dapat untung. Pastu claim, aku bisnes. hehehe
Maaf ye andai terasa. Saya bagi contoh je.

Modal untuk mula berniaga bersama Projek STG, hanyalah RM50.
Ya, anda tak salah baca. Hanya RM50
Anda akan dapat Sabun Marine Essence Body Wash bernilai RM38 secara percuma.
Kemudian, anda akan dimasukkan ke dalam group telegram & group FB tertutup.
Anda akan dibimbing sehingga berjaya!

Ok, jom tengok antara produk yang anda boleh jual dalam Projek STG.




Produk Sahajidah Hai O Marketing adalah produk harian yang biasa kita guna.
Produk HOT & sangat laku keras.
Produk yang mudah dijual.

PROJEK STG lengkap dengan ILMU, SISTEM & MENTOR.
Jika anda telah terbuka hati untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang PROJEK STG, jangan ragu-ragu untuk whatsapp kami di nombor yang tertera. =)

Bertemu anda di puncak kejayaan.
In shaa Allah jumpa lagi di posting akan datang.

Sekian.



14 October 2017

Jom berbisnes dalam Network Marketing!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Masih dalam proses nak update blog semula. hihi
Nak tambah itu ini, nak delete itu ini.

Kira macam reborn laaa..hukhuk
Nak tak saya share sesuatu yang boleh buat anda buka mata tentang Network Marketing?



Alhamdulillah sebenarnya saya dah dipertemukan dengan projek ni dah lama cuma tak buka mata je.
Tak tau apa kelebihannya, kebenarannya & boleh ke saya percaya?

Dalam pada saya mencari peluang bisnes yang menarik, yang ada support group & ada leader yang boleh lead saya untuk laju dalam buat sale. Saya dah bersedia nak keluar modal. Loan dengan suami lah lebih tepatnya. kahkahkah
Saya terjumpa semula dengan projek ni.
Tiba-tiba terus terbuka mata, minda dan hati.
Tak tau kenapa.
Saya ambil masa sebulan juga untuk register sebab nak kumpul duit hasil komisyen jual barang. Nak register guna duit sendiri konon. hihihi
RM50 je pun.
Takut suami marah. Yela, dia cakap kalau nak bisnes, bisnes betul-betul.
Jadi akhirnya saya register guna duit komisyen dropship.

Bila dah register, ya Allah kenapalah aku tak jumpa bisnes ni dari awal lagi.
Emmm...tetiba rasa bersyukur Allah dah pertemukan dengan bisnes yang menjamin masa depan ni.
Saya positif, Allah nak saya berusaha dulu ikut jalan lain.

Saya dah berbisnes sejak 2010 lagi. Masa tu baru kahwin, saya terus nak bisnes jual yang budak-budak suka ni. Ehh bukan budak-budak je, mak budak pun suka.. haha
Jual apa tu? Jual brooch handmade.
Masa tu alhamdulillah, banyak jugaklah dapat. RM2k - RM3k sebulan dan saya lah sponsor duit pegi honeymoon...hihihi
Dalam masa yang sama saya jadi guru sandaran. Gunalah juga gaji untuk modal bisnes.
Dalam masa yang sama juga saya apply untuk Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah(DPLI) & Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI).
Malangnya hingga tahun kedua perkahwinan tak berjaya jugak.
Jadi macam down jugak. Saya continued bisnes & disahkan mengandung anak sulung.
Terubatlah rasa down tak dapat sambung belajar tu.
Dan bermulalah episod kehidupan seorang ibu.

Bila dah ada anak, masa untuk berbisnes pun semakin kurang tapi masa anak sulung ni, alhamdulillah rezeki tak pernah putus.
Kalau sehari dapat pos 10 parcel pun pada saya dah banyak dah.
Staff kat poslaju pun dah kenal sampai dia ikut perkembangan saya  daripada belum ada anak, mengandung, dah ada anak sampai mengandung lagi.hahaha

Tahun lepas, 2016 saya mengandung lagi.
Mengandung kali kedua ni, saya rasa macam teruk sangat.
Sale bukan takde, ada cuma saya tak dapat nak handle.
Mabuk jugak tambah malas pun iye kot.

Masa tu lah saya fikir, saya ni bisnes sendiri.
Bila sihat, saya boleh buat macam-macam. Bisnes pun masyukkk...
Tapi kalau saya tak sihat, habis semua.
Yela bisnes saya ni kena menjahit. Semua handmade. Perlukan komitmen dari segi masa & tenaga.
Saya mula fikir untuk ada bisnes yang mudah.
Bila saya tak sihat, bisnes tetap jalan.
Saya nak guna handphone je. Sebab bila dah ada anak dua orang. Tanggungjawab bertambah.

Lepas bersalin tahun lepas, saya mula mencari dan terus mencari bisnes yang menjamin masa depan.
Syukur, saya dipertemukan dengan PROJEK STG.
 Tau tak apa itu projek STG?
Nanti saya cerita dalam post akan datang k.

Bersambung....

Sekian.



10 October 2017

Jaga Hubungan Suami Isteri, Rezeki Melekat-lekat



Assalamualaikum =)

Belum ada kesempatan nak transfer gambar daripada handphone ke lappy.
Dahlah tak reti nak update blog guna hp. hihi..

Jadi sebelum buat posting tentang produk saya nak share tentang KAITAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI DENGAN REZEKI.

Umum tau, bila berkahwin rezeki akan bertambah.
Isteri tu asbab rezeki bertambah.
Suami bahagiakan isteri, isteri bahagiakan suami. Barulah rezeki bertambah-tambah.

Jagalah hubungan suami isteri.
Jangan dekati pembohongan. Jujurlah dalam apa jua keadaan.
Beritahu pasangan apa sahaja.
Adakalanya pasangan menipu tanpa diketahui.
Tanpa kita sedar, sebenarnya kita dah menyekat rezeki.
Sehinggalah kita sendiri terhantuk, barulah sedar. Rupanya apa yang pasangan buat dibelakang tanpa pengetahuan atau lebih senang, tidak jujur sebenarnya dah menghalang rezeki sampai.

Sentiasalah istiqamah.
Nak buat sesuatu fikirkan banyak kali.
Kita hidup suami isteri bukan untuk sehari dua, tapi kalau boleh sehingga akhir hayat.
Janganlah kita sekat rezeki sendiri.
Allah tu Maha Pemurah.
Kita jaga hubungan dengan Dia.
Kita jaga hubungan dengan pasangan, Allah dah beri kerahmatan kat situ.
Mengalir-ngalir rezeki Allah bagi.

So, jagalah energy suami isteri untuk kekal bahagia.
Membina keluarga Sakinah, Mawaddah, Warahmah.
Yang berbisnes, pasti akan rasa kelainan dalam bisnes anda.
Kadang-kala, anda tak promot produk anda dah berbulan-bulan. Akhirnya berturut-turut customer datang nak order.
Allah, besarnya kuasa Allah.

Sekian dulu untuk hari ini. =D
Assalamualaikum.

09 October 2017

Come back =D

Assalamualaikum.

Lamanyaaa tak jenguk blog.
Bila banyak sangat media sosial, tak ter "update" ..huhu

In shaa Allah, lepas ni nak cuba istiqamah semula.

Dalam planning, nak clearkan stok barang kraf.
Bila banyak sangat, tak terbuat.
Terkejar-kejar dengan anak-anak. 😅😅
So, buat yang saya rasa boleh je.

Dan untuk makluman bakal-bakal pelanggan saya. Tempahan produk kraf macam bantal, aksesori dan lain-lain yang ada kat katalog tu, tak boleh order last minute.
Make sure kalau nak order yang ada tarikh nak guna, order seawal 2 minggu atau lagi awal lagi baik.
Faham-faham jela dengan anak-anak kecik ni.
Lagi-lagi yang sulung dah sekolah.

Lagi satu, alhamdulillah sekarang dah ada tambahan produk.
Ada peluang berniaga lagi untuk anda di luar sana.
Memamng best, memang masyukkkk!!!

Tunggu post seterusnya k, in sha Allah.

Assalamualaikum.

Jom LIKE Page Inspire Design ^^