10 October 2017

Jaga Hubungan Suami Isteri, Rezeki Melekat-lekat



Assalamualaikum =)

Belum ada kesempatan nak transfer gambar daripada handphone ke lappy.
Dahlah tak reti nak update blog guna hp. hihi..

Jadi sebelum buat posting tentang produk saya nak share tentang KAITAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI DENGAN REZEKI.

Umum tau, bila berkahwin rezeki akan bertambah.
Isteri tu asbab rezeki bertambah.
Suami bahagiakan isteri, isteri bahagiakan suami. Barulah rezeki bertambah-tambah.

Jagalah hubungan suami isteri.
Jangan dekati pembohongan. Jujurlah dalam apa jua keadaan.
Beritahu pasangan apa sahaja.
Adakalanya pasangan menipu tanpa diketahui.
Tanpa kita sedar, sebenarnya kita dah menyekat rezeki.
Sehinggalah kita sendiri terhantuk, barulah sedar. Rupanya apa yang pasangan buat dibelakang tanpa pengetahuan atau lebih senang, tidak jujur sebenarnya dah menghalang rezeki sampai.

Sentiasalah istiqamah.
Nak buat sesuatu fikirkan banyak kali.
Kita hidup suami isteri bukan untuk sehari dua, tapi kalau boleh sehingga akhir hayat.
Janganlah kita sekat rezeki sendiri.
Allah tu Maha Pemurah.
Kita jaga hubungan dengan Dia.
Kita jaga hubungan dengan pasangan, Allah dah beri kerahmatan kat situ.
Mengalir-ngalir rezeki Allah bagi.

So, jagalah energy suami isteri untuk kekal bahagia.
Membina keluarga Sakinah, Mawaddah, Warahmah.
Yang berbisnes, pasti akan rasa kelainan dalam bisnes anda.
Kadang-kala, anda tak promot produk anda dah berbulan-bulan. Akhirnya berturut-turut customer datang nak order.
Allah, besarnya kuasa Allah.

Sekian dulu untuk hari ini. =D
Assalamualaikum.

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^