14 October 2017

Jom berbisnes dalam Network Marketing!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Masih dalam proses nak update blog semula. hihi
Nak tambah itu ini, nak delete itu ini.

Kira macam reborn laaa..hukhuk
Nak tak saya share sesuatu yang boleh buat anda buka mata tentang Network Marketing?



Alhamdulillah sebenarnya saya dah dipertemukan dengan projek ni dah lama cuma tak buka mata je.
Tak tau apa kelebihannya, kebenarannya & boleh ke saya percaya?

Dalam pada saya mencari peluang bisnes yang menarik, yang ada support group & ada leader yang boleh lead saya untuk laju dalam buat sale. Saya dah bersedia nak keluar modal. Loan dengan suami lah lebih tepatnya. kahkahkah
Saya terjumpa semula dengan projek ni.
Tiba-tiba terus terbuka mata, minda dan hati.
Tak tau kenapa.
Saya ambil masa sebulan juga untuk register sebab nak kumpul duit hasil komisyen jual barang. Nak register guna duit sendiri konon. hihihi
RM50 je pun.
Takut suami marah. Yela, dia cakap kalau nak bisnes, bisnes betul-betul.
Jadi akhirnya saya register guna duit komisyen dropship.

Bila dah register, ya Allah kenapalah aku tak jumpa bisnes ni dari awal lagi.
Emmm...tetiba rasa bersyukur Allah dah pertemukan dengan bisnes yang menjamin masa depan ni.
Saya positif, Allah nak saya berusaha dulu ikut jalan lain.

Saya dah berbisnes sejak 2010 lagi. Masa tu baru kahwin, saya terus nak bisnes jual yang budak-budak suka ni. Ehh bukan budak-budak je, mak budak pun suka.. haha
Jual apa tu? Jual brooch handmade.
Masa tu alhamdulillah, banyak jugaklah dapat. RM2k - RM3k sebulan dan saya lah sponsor duit pegi honeymoon...hihihi
Dalam masa yang sama saya jadi guru sandaran. Gunalah juga gaji untuk modal bisnes.
Dalam masa yang sama juga saya apply untuk Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah(DPLI) & Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI).
Malangnya hingga tahun kedua perkahwinan tak berjaya jugak.
Jadi macam down jugak. Saya continued bisnes & disahkan mengandung anak sulung.
Terubatlah rasa down tak dapat sambung belajar tu.
Dan bermulalah episod kehidupan seorang ibu.

Bila dah ada anak, masa untuk berbisnes pun semakin kurang tapi masa anak sulung ni, alhamdulillah rezeki tak pernah putus.
Kalau sehari dapat pos 10 parcel pun pada saya dah banyak dah.
Staff kat poslaju pun dah kenal sampai dia ikut perkembangan saya  daripada belum ada anak, mengandung, dah ada anak sampai mengandung lagi.hahaha

Tahun lepas, 2016 saya mengandung lagi.
Mengandung kali kedua ni, saya rasa macam teruk sangat.
Sale bukan takde, ada cuma saya tak dapat nak handle.
Mabuk jugak tambah malas pun iye kot.

Masa tu lah saya fikir, saya ni bisnes sendiri.
Bila sihat, saya boleh buat macam-macam. Bisnes pun masyukkk...
Tapi kalau saya tak sihat, habis semua.
Yela bisnes saya ni kena menjahit. Semua handmade. Perlukan komitmen dari segi masa & tenaga.
Saya mula fikir untuk ada bisnes yang mudah.
Bila saya tak sihat, bisnes tetap jalan.
Saya nak guna handphone je. Sebab bila dah ada anak dua orang. Tanggungjawab bertambah.

Lepas bersalin tahun lepas, saya mula mencari dan terus mencari bisnes yang menjamin masa depan.
Syukur, saya dipertemukan dengan PROJEK STG.
 Tau tak apa itu projek STG?
Nanti saya cerita dalam post akan datang k.

Bersambung....

Sekian.



No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^