24 April 2018

I am Crafter & MomPrenuer



Assalamualaikum.
Lama tak bersiaran kat blog πŸ˜…

Macam-macam nak dibuat, sampai lupa kat blog. Tapi sekarang ni, alhamdulillah saya dah ubah sikit-sikit wajah blog walaupun sikit je bezanya😁

Nak sharing sikit, baru-baru ni baru terdetik kat hati nak let go barang-barang kraf. Tiba-tiba FB, whatsapp saya dihujani dengan mesej daripada regular customer, yang baru pun ada. Ada yang bagitau, dia suka sangat hasil jahitan saya. Terharu sangat❕😭

Sebelum ni memang ada je yang nak order tapi saya tengok juga masa saya & customer. Kalau tak urgent, in shaa Allah saya usahakan. 😊
Tapi dah tak boleh macam dulu la, ambik order banyak-banyak serentak. Anak dah bertambah ni, banyak dugaan..hihi. Dua-dua anak dara pulak tu, baru nak buat keje sikit mulalah diorang pun ikut tolong.

So sekarang ni, in shaa Allah saya masih teruskan crafting. Hobi saya & dah beri income lebat juga. Lagipun saya memang minat benda-benda comel 😁

Saya juga adalah usahawan STG, selain menjual produk-produk superbrand, saya juga menawarkan peluang bisnes untuk anda menjana pendapatan pasif setiap bulan.

In shaa Allah, sama-sama kita berusaha untuk tambah nilai dalam hidup. Dalam usia yang makin meningkat ni, banyak yang perlu diperbaiki .😊

Ok, jumpa lagi.
Wassalam.

No comments:

Jom LIKE Page Inspire Design ^^